Assalammualaikum,
Hai semua! aku nak cerita pasal gigi lagi. Alkisah aku decide nak buat rawatan akar gigi atau RCT ni since mula-mula gigi aku berlubang belah atas ni. Pastu aku pegi tampal sebab sakit gila oi. Masa 1st PKP tak sakit pulak, lepas PKP terus sakit. Kisahnya aku tampal 2 kali ko tau dalam masa 4 bulan macam tu. RCT macam gambar kat bawah ni prosedur dia.
Tampal kali pertama tu ok lah, memang aku scary gila nak tampal sebab dia korek bahagian dalam gigi nak bersihkan. Last aku tampal gigi 11 tahun lepas and that was a very painful moment. Sakit nak mampus aku buat masa tu kat Hospital Serdang tak silap. Lepas pada tu aku rasa trauma nak cek gigi, nak buat apa-apa dengan gigi. Mujur gigi elok, tak delah teruk sangat.
Lepas dari tampalan kali pertama tu, dalam beberapa bulan lepas tu aku tergigit benda keras, pastu tampalan tu macam loose kot pastu dah start sakit semula. Then aku pegi klinik tu balik untuk cek. So doktor decide untuk tampal semua & see kalau sakit lagi.Doktor ade suggest aku buat rawatan akar. Mindset aku macam, ala mahal. Aku google rawatan akar, agak scary ya. Tapi kawan aku cakap tak rasa apa, so aku lega.
Tanya doktor, harga berapa, dia kata untuk gigi aku yang belah atas tepi ni dalam RM600. Nak tersedak aku dengor. Tapi treatment by treatment lah sebab appointment dia banyak kali. So lepas aku balik aku decide untuk proceed buat RCT. Redah jelah dari sakit. Sebab aku sayang gila nak cabut gigi. Geraham belakang aku 2 2 dah selamat aku cabut. Masa dulu aku bodoh lagi tak tau pasal RCT, plus masa tu mana nak dapat duit. So cabut jelah.
Buat appointment dulu. Oh aku buat dekat
Dental Cottage Muar sebab aku cari klinik yang ada bukak sampai malam, sabtu ahad & rating tinggi. Doktor yang assist aku dari mula aku tampal gigi tu baik gila. Muda, cantik & sangat lembut ok. Nama dia Doktor Sia. Dia punya friendly layan je apa assitant dia cakap.
Dia bius aku. Ok sakit nak mampus, mengalir jugak air mata aku bila kena suntik. 2 kali. Tapi sakit kejap je. Lepas tu dah tal rasa apa kebas. Cuma mulut rasa lenguh gila & aku rasa mengantuk sebab lama dia buat rawatan tu. 1st treatment tak silap aku dalam 30 minit kot.
Dia akan gerudi dulu gigi kau, lepas tu dia rodok untuk keluarkan urat sarat gigi. Dia rodok lubang gigi untuk cari akar. Lepas tu dia bersihkan guna bahan2 dia, cecair. Chill gila sebab tak de rasa apa. Lepas tu dia ukur dalam lubang gigi tu pakai K file dia, tak silap aku by size kot. Korang boleh google. Lepas dah siap, dia buat tampalan sementara and dia bagi ubat tahan sakit in case kalau sakit.
So total masa tu kalau tak silap aku sekali tampal dalam RM250.
Dia bukak tampalan sementara & tengok keadaan lubang gigi. Dia bersihkan lagi sampai betul2 bersih. Lepas tu aku nampak dia guna something macam xray ke apa untuk test K file tu dah sampai dalam kat akar tu ke belum. Masa ni mula2 dia tak bius. Aku rasa ok. Macam dalam gambar ni.
Sampai dalam 30 minit macam tu kot, tak jumpa the best setting. Haha. Dia rodok lagi pakai tester tu sampai bunyi tet tet tet maksudnya dah sampai hujung. Kadang aku rasa sakit. Pastu dia bius aku sebab aku rasa sakit masa dia rodok tu. Kena lagi suntik. Sakit oi. Lepas tu ok dah tak rasa.
Kali ni punya treatment lama jugak dalam nak dekat sejam lebih. Aku tadah jelah mulut aku dah sampai nak koyak rasa. Nasib baik ade mouth guard tu. Sampai nak tido. Lama gila time dia nak rodok2 pakai K file tu. Salah rodok nanti bahaya sebab takut ada kuman lagi & takut urat saraf tak habis jumpa. Sebab tu masih rasa sakit.
Dan paling risau takut dia salah tengok gigi yang sakit. Luckily doktor tu chill je. Dia kata kalau sakit angkat tangan, tapi aku angkat kaki. So dia slow down sikit. So habis, balik.
Total dalam RM250
Dah ok lepas tu dia tampal tampalan kekal. Yang ni aku nervous sebab aku takut ada kuman kat bawah lagi lepas tampal kekal. Yelah aku baca, suppose kalau lepas tampal gutta percha tu, dah tak sakit. Tu nervous. Dah selamat tampal. Last tampal dia suruh aku rasa rata ke tak. Aku rasa elok je. So baliklah.
Total dalam RM150
Tapi malangnya lepas beberapa hari lepas aku buat RCT tu, gigi yang aku buat rawatan tu rasa sakit bila aku nak kunyah. Sakit terus sampai otak. So aku mesej klinik tu, dia kata normal tapi beberapa jam je. So aku mesej hari Ahad, tapi Ahad tu doktor yang buat tu on leave dia suruh datang Isnin.
So dengan pantas lepas aku keje aku terus shoot pegi klinik tu. Aku neves sebab kesian depa tunggu lama sebab klinik tu bukak sampai pukul 7.00 malam je tapi doktor tu willingly nak tunggu sebab dia rasa cuak. Sebab supposed takkan sakit lepas 24 jam. Tapi aku sakit. So dia suruh aku pegi buat Xray dulu kat klinik lain sebab klinik tu tak de kemudahan tu lagi. Mencacai aku pegi cari masa tu. Dah lah hari ahad. Tak semua klinik provide ya.
Lepas dia cek, rupanya tampalan tu tak rata. Dia gerudi bagi rata, elok kau, terus tak rasa sakit langsung. Punya lah lega doktor tu & aku pon lega. Aku mintak maaf lah sebab aku depa lewat balik keje tapi nasib baik staff & doktor tu baik gila.
Sumpah berbaloi dengan harga & layanan. So kesimpulan dia, jagalah gigi kau baik2. Actually lepas buat RCT, kena buat crown, tak nak bagi risiko gigi patah sebab saraf dah tak ada, so gigi tu kira dah mati. Sebab tu kau gigit ape pun tak rasa tapi bahaya sebab takut pecah.
Aku tanya kos buat crown, RM1000 so aku cakap oklah nanti saya kumpul duit. So macam tulah cerita dia. Tak sakit langsung buat rawatan ni sebab dia bius. Cuma kau penat nganga je. Berbaloi sebab save gigi tak payah cabut. Sayang.
Aku malas nak pegi kerajaan sebab nak kena tunggu & masa tu tak sure ada provide ke tak sebab Covid, so aku malas nak tunggu sebab sakit, aku proceed swasta je. Worth it lah. So korang try la survey2 klinik mana yang ok & baca pengalaman orang lain ok. Jaga gigi, save duit.
Bye.
hari tu plan nk buat RCT jgk tp mahai gila.. survey 2 klinik ni cost RM1k++ utk 1 gigi. pastu tak fikir pjg terus cabut je sbb x nk tanggung sakit dh. then igt nk buat bridge tp Doc x galakkan sbb dia kata buat apa sia2 kan 2 btg gigi elok utk selamatkan 1 btg gigi yg rosak. so dia suggest buat denture je utk sebatang tu which cost RM350.
ReplyDeleteHye... Nak tanya denture tu gigi palsu yang pakai lekap tu ya ??. Senang tak nak pakai dan macamana penjagaannya awak ??. Saya baru cabut gigi geraham bawah.. Ingat nak buat bridge.. Tapi fikir balik betul jugak sayang gigi kiri kanan tak bersalah tu....
Deletesaya pernah buat bridge 5 tahun dh, sekarang gigi yg dikecikkan tu nanah ;(. sekarang tunggu nak buat rawatan akar pulak.
DeleteWat RCT gigi geraham depan..ri ni 2nd rawatan..menahan sakit..doc mmg ada inform akan ada rsa tak selesa..rsa cam nak cabut je gigi ni 😅 cepat la rsa sakit ni ilang.. 😭
ReplyDeleteMurahnyaaa ada jugak yang buat kat Muar je kang..
DeleteHi, nak tanya, lepas buat 1st treatment tu muka bengkak tak? Sy baru lepas 1st treatment semalam. Tp hari ni muka bengkak lagi teruk dr sblm tu. 😭
ReplyDeleteSy buat treatment ni kt klinik gigi kjaan batu pahat jhr, rm2 jer utk sekali dtg, alhamdulillah doctor mmg baiik, 1st treatment sakit sikit tp 2x jgklah dia bius, kali kedua pn ok doc baik giler, next appointment harap2 dpt doc yg sama
ReplyDelete