Sunday, June 27, 2021

Review Movie PKP- The Call

 Assalammualaikum.


Hai. Sempena PKP yang entah bila nak habis ni, aku nak review movie lah. Maklumlah masa aku diisi dengan tengok movie sampai lebam. Weekdays siang keje, malam layan movie/drama, weekend memang sepanjang hari layan movie/drama jelah. Itu je yang menggembirakan. 

So aku nak review movie The Call dari Korea ni. Tapi depends kepada selera tekak koranglah nak rate movie macam mana, bagi aku, mana aku suka aku bagi terbaik lah. 


Genre : Thriller/Ganas

Rating : 6/10

Tengok kat mana : Netfilx

Plot : 

Kisah dia dari sorang perempuan ni balik kampung dia. Tapi something terjadi tak silap. Dia stay dalam 1 rumah tapi terima call dari sorang perempuan yang misteri. Sampai lah 1 hari, dia dapat agak dorang ni duduk serumah tapi berbeza tahun. 

Lepas tu si perempuan psiko ni gunakan di perempuan yang innocent ni untuk keselamatan dia. Plot dia mula bila perempuan innocent ni dapat jumpa balik dengan ayah dia yang dia sangka 'betul' atas bantuan perempua psiko. 

Pastu terjadilah macam-macam flashback baru paham.

Aku tak berapa paham cite ni sebenarnya sampai aku kena ulang sikit bahagian tengah dengan awal nak bagi clear story line dia. Tapi sadly ending dia aku tak puas hati. 

So korang bolehlah tengok cite ni. Best tapi macam ada yang tak kena dengan tekak aku sebagai penonton yang suka movie genre thriller ni.


Bye!

Sunday, March 7, 2021

Pengalaman Buat Rawatan Akar Gigi : Root Canal Treatment (RCT) Best!

 Assalammualaikum, 


Hai semua! aku nak cerita pasal gigi lagi. Alkisah aku decide nak buat rawatan akar gigi atau RCT ni since mula-mula gigi aku berlubang belah atas ni. Pastu aku pegi tampal sebab sakit gila oi. Masa 1st PKP tak sakit pulak, lepas PKP terus sakit. Kisahnya aku tampal 2 kali ko tau dalam masa 4 bulan macam tu. RCT macam gambar kat bawah ni prosedur dia. 



Tampal kali pertama tu ok lah, memang aku scary gila nak tampal sebab dia korek bahagian dalam gigi nak bersihkan. Last aku tampal gigi 11 tahun lepas and that was a very painful moment. Sakit nak mampus aku buat masa tu kat Hospital Serdang tak silap. Lepas pada tu aku rasa trauma nak cek gigi, nak buat apa-apa dengan gigi. Mujur gigi elok, tak delah teruk sangat. 

Lepas dari tampalan kali pertama tu, dalam beberapa bulan lepas tu aku tergigit benda keras, pastu tampalan tu macam loose kot pastu dah start sakit semula. Then aku pegi klinik tu balik untuk cek. So doktor decide untuk tampal semua & see kalau sakit lagi.Doktor ade suggest aku buat rawatan akar. Mindset aku macam, ala mahal. Aku google rawatan akar, agak scary ya. Tapi kawan aku cakap tak rasa apa, so aku lega.

Tanya doktor, harga berapa, dia kata untuk gigi aku yang belah atas tepi ni dalam RM600. Nak tersedak aku dengor. Tapi treatment by treatment lah sebab appointment dia banyak kali. So lepas aku balik aku decide untuk proceed buat RCT. Redah jelah dari sakit. Sebab aku sayang gila nak cabut gigi. Geraham belakang aku 2 2 dah selamat aku cabut. Masa dulu aku bodoh lagi tak tau pasal RCT, plus masa tu mana nak dapat duit. So cabut jelah. 

  • 1st appointment
Buat appointment dulu. Oh aku buat dekat Dental Cottage Muar sebab aku cari klinik yang ada bukak sampai malam, sabtu ahad & rating tinggi. Doktor yang assist aku dari mula aku tampal gigi tu baik gila. Muda, cantik & sangat lembut ok. Nama dia Doktor Sia. Dia punya friendly layan je apa assitant dia cakap. 




Dia bius aku. Ok sakit nak mampus, mengalir jugak air mata aku bila kena suntik. 2 kali. Tapi sakit kejap je. Lepas tu dah tal rasa apa kebas. Cuma mulut rasa lenguh gila & aku rasa mengantuk sebab lama dia buat rawatan tu. 1st treatment tak silap aku dalam 30 minit kot. 

Dia akan gerudi dulu gigi kau, lepas tu dia rodok untuk keluarkan urat sarat gigi. Dia rodok lubang gigi untuk cari akar. Lepas tu dia bersihkan guna bahan2 dia, cecair. Chill gila sebab tak de rasa apa. Lepas tu dia ukur dalam lubang gigi tu pakai K file dia, tak silap aku by size kot. Korang boleh google. Lepas dah siap, dia buat tampalan sementara and dia bagi ubat tahan sakit in case kalau sakit. 

So total masa tu kalau tak silap aku sekali tampal dalam RM250. 

  • 2nd appointment
Dia bukak tampalan sementara & tengok keadaan lubang gigi. Dia bersihkan lagi sampai betul2 bersih. Lepas tu aku nampak dia guna something macam xray ke apa untuk test K file tu dah sampai dalam kat akar tu ke belum. Masa ni mula2 dia tak bius. Aku rasa ok. Macam dalam gambar ni. 




Sampai dalam 30 minit macam tu kot, tak jumpa the best setting. Haha. Dia rodok lagi pakai tester tu sampai bunyi tet tet tet maksudnya dah sampai hujung. Kadang aku rasa sakit. Pastu dia bius aku sebab aku rasa sakit masa dia rodok tu. Kena lagi suntik. Sakit oi. Lepas tu ok dah tak rasa. 

Kali ni punya treatment lama jugak dalam nak dekat sejam lebih. Aku tadah jelah mulut aku dah sampai nak koyak rasa. Nasib baik ade mouth guard tu. Sampai nak tido. Lama gila time dia nak rodok2 pakai K file tu. Salah rodok nanti bahaya sebab takut ada kuman lagi & takut urat saraf tak habis jumpa. Sebab tu masih rasa sakit. 

Dan paling risau takut dia salah tengok gigi yang sakit. Luckily doktor tu chill je. Dia kata kalau sakit angkat tangan, tapi aku angkat kaki. So dia slow down sikit. So habis, balik. 

Total dalam RM250

  • 3rd appointment (last)

Dah ok lepas tu dia tampal tampalan kekal. Yang ni aku nervous sebab aku takut ada kuman kat bawah lagi lepas tampal kekal. Yelah aku  baca, suppose kalau lepas tampal gutta percha tu, dah tak sakit. Tu nervous. Dah selamat tampal. Last tampal dia suruh aku rasa rata ke tak. Aku rasa elok je. So baliklah. 

Total dalam RM150

Tapi malangnya lepas beberapa hari lepas aku buat RCT tu, gigi yang aku buat rawatan tu rasa sakit bila aku nak kunyah. Sakit terus sampai otak. So aku mesej klinik tu, dia kata normal tapi beberapa jam je. So aku mesej hari Ahad, tapi Ahad tu doktor yang buat tu on leave dia suruh datang Isnin. 

So dengan pantas lepas aku keje aku terus shoot pegi klinik tu. Aku neves sebab kesian depa tunggu lama sebab klinik tu bukak sampai pukul 7.00 malam je tapi doktor tu willingly nak tunggu sebab dia rasa cuak. Sebab supposed takkan sakit lepas 24 jam. Tapi aku sakit. So dia suruh aku pegi buat Xray dulu kat klinik lain sebab klinik tu tak de kemudahan tu lagi. Mencacai aku pegi cari masa tu. Dah lah hari ahad. Tak semua klinik provide ya.  

Lepas dia cek, rupanya tampalan tu tak rata. Dia gerudi bagi rata, elok kau, terus tak rasa sakit langsung. Punya lah lega doktor tu & aku pon lega. Aku mintak maaf lah sebab aku depa lewat balik keje tapi nasib baik staff & doktor tu baik gila. 

Sumpah berbaloi dengan harga & layanan. So kesimpulan dia, jagalah gigi kau baik2. Actually lepas buat RCT, kena buat crown, tak nak bagi risiko gigi patah sebab saraf dah tak ada, so gigi tu kira dah mati. Sebab tu kau gigit ape pun tak rasa tapi bahaya sebab takut pecah. 

Aku tanya kos buat crown, RM1000 so aku cakap oklah nanti saya kumpul duit. So macam tulah cerita dia. Tak sakit langsung buat rawatan ni sebab dia bius. Cuma kau penat nganga je. Berbaloi sebab save gigi tak payah cabut. Sayang.

Aku malas nak pegi kerajaan sebab nak kena tunggu & masa tu tak sure ada provide ke tak sebab Covid, so aku malas nak tunggu sebab sakit, aku proceed swasta je. Worth it lah. So korang try la survey2 klinik mana yang ok & baca pengalaman orang lain ok. Jaga gigi, save duit. 

Bye. 

Monday, February 8, 2021

Pengalaman Gigi Karat- Scaling Gigi Paling Best & Tips Scaling Gigi

 Assalammualaikum.

Hai semua. Lama gila aku tak bersiaran. Maklumlah kehidupan semakin sibuk. Aku nak share pengalaman aku pegi scaling gigi. Syok gila wei. Actually, to be honest aku dah lama tak scaling gigi bertahun-tahun since past 5 years or more! Sebab aku takut sakit. 

Walaupun aku lama gila tak scaling gigi, aku tetap jaga gigi aku ok. Nak kata karang gigi aku banyak sangat sampai tebal membukit tu tak la tapi ada. Dah dapat kesedaran nak pegi scaling dah masa umur meningkat ni. Aku pun tak tau kenapa boleh berani nak pegi scaling gigi tiba-tiba. 




So aku nak share pengalaman aku scaling gigi & tips masa scaling sekali. Pengalaman aku ni picisan je, tapi maklumlah sebab dalam otak fikir sakit, so aku tak pegi. Sampai lah aku pegi beranikan diri buat scaling. Sumpah tak sakit. Ngilu je. Tu pun beberapa saat je. 

Luckily aku pegi klinik memang indah gila. Dengan tak ada orang, walk in terus buat. Waiting time less than 5 minutes. Tapi depends klinik yang korang pegi jugakla ya. Lain klinik lain lah pengalaman dia. Klinik aku pegi best gila. Nama dia Klinik Pergigian Sungai Abong

Masa aku buat lebih kurang dalam 30 minit kot sekali polishing. Sebelum tu aku tanya doktor, sakit ke tak sebab kalau berkaitan gigi ni aku scary sikit. Kalau sakit, bagitau doktor nanti dia bagi ubat kurangkan sensitif gigi. Sebab karang gigi aku tak banyak sangat. Kalau yang jenis banyak tu makanya lama lagilah. Masa dia buat tu tak sakit cuma ngilu. Ya, sangat ngilu sebenarnya tapi kejap je. Ngilu masa bersihkan je tu pun kat sesetengah gigi je. Chill. 

Lepas dalam 15 minit scaling, doktor suruh kumur dulu, ada darah tu biasa tapi sikit je. Pastu sambung balik. Aku siap nak tertido layan scaling gigi. Nasib baik tak berdengkur. Lepas scaling dah siap, dia polish gigi kau. Time ni best gila. Rasa kilat je gigi. Syok. Pastu kumur lagi. Pastu siap!

Oh ya, total payment RM80 tak silap. Depends on klinik jugak. Nak murah pegi Klinik Gigi kerajaan tapi time PKP tak taulah ada buat ke tak yang penting kena buat appointment dulu. 

So al kisah lepas aku buat scaling, aku pegi cari dental floss. Untuk kegunaan daily, untuk cabut/hilangkan lebihan makanan yang terselit kat celah gigi tu lepas makan. Nak depends on berus gigi ke memang tak lah. Selama ni aku tak pernah pakai & wondering benda apa yang depa dok pakai kat gigi tu penting ke. Lol.



Aku pakai jenis atas ni. Nak pakai jenis yang benang tu pun boleh jugak. Terpulang janji floss. 

So another 6 months kenalah follow up balik. Gigi kena check at least 6 bulan sekali. Dah tua-tua ni baru sedar nak jaga gigi. Maklumlah, gigi tinggal sikit sayang nak buang kalau rosak nanti. So, go get your appointment for scaling peeps. Lepas ni aku share pulak pengalaman aku buat Root Canal Treatment yang macam-macam benda jadi. 


Tips nak scaling gigi tak ada sangat pun. General. Kau kena :

  • gosok gigi atau kumur mulut sebelum datang jumpa dentist. Nanti dentist terkejut
  • Survey dulu harga. Setiap klinik roughly berbeza harga
  • Inform doktor kalau kau fobia atau rasa was-was. Nanti doktor akan confort, inshaallah kalau dia rajin layan
  • lepas scaling, selfie!

Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini