Showing posts with label tips blogging. Show all posts
Showing posts with label tips blogging. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

5 Perkara Paling Mencabar & Payah Buat Blogger

Assalammualaikum..



    Hai. Korang pernah menghadapi perkara yang susah & payah masa berblog? Mesti ada kan. Tak banyak pun adalah jugak kan. Lagi-lagi blogger baru. Aku pun ada jugak. Aku dah 4 tahun dah berblog. Lamanya. Alhamdulillah syukur ada jugak orang nak baca blog kusam aku ni. Bertahun usaha nak kasi orang baca & tarik readers.

   Perkara yang aku pernah hadap masa aku berblog sepanjang 4 tahun ni & aku rasa agak payah dan rasa kekadang nak surrender. Apa dia? Meh aku share :

  • gain followers
Yang ini aku rasa tak payah sangat kot. Kalau dulu masa berblog or even sekarang pun ada banyak blogger yang buat GA, contest & banyak lagi benda yang membolehkan kita gain followers yang ramai. Honestly aku gain followers dulu melalui cara macam tu. Almost 70% of themlah. Yang lain aku rajinkan diri cari & baca melalui bloglist orang lain.

Mungkin 90% blogger senang dapat followers kalau cantik & hensem. 
  • gain loyal readers
This is the hardest aku rasa. I bet u, bukan senang bagi sesorang blogger nak gain readers yang loyal tau. Depends semuanya pada isi blog kita, cara kita sampaikan entry kita kat orang, susunan blog & semuanya. Aku dulu tebalkan jugak muka pegi ping sana sini link blog untuk dapatkan readers. Seriously that was not easy.

Tambah lagi bila kita jarang update blog. Macam aku dah tertangguh berbulan kot. Kalau dulu aku rajin sangat up entry. Sehari kadang2 4 entry. Sekarang dah ada komitmen agak susah nak spend masa update blog. Memang susah! Tambah pulak aku spesis yang malas. 

So then aku rasa aku nak sambung balik blogging sebab rasa sayang weh. Sayang kat blog, sayang kat readers, sayang kat followers yang dah lama aku kumpul tu. Sedih pulak tetiba & nyesal tinggal blog dulu. haha.
  • got comments from readers
Yang ni lagi 1 hal. Aku yang dah lama berblog, delay blogging pastu sambung blog balik nak gain komen macam dulu memang susah. Kalau dulu bolehla dikatakan banyak komen yang datang. Sekarang macam biasalah. Adat kalau kita dah lama tak berblog, readers akan rasa jemu & kadang kadang je nak komen. Tak pun lupa terus. 

Macam macam cara boleh buat sebenarnya nak dapatkan banyak komen. Kunci dia senang. Rajin kan diri datang komen kat blog orang lain jugak. Simple!
  • disisih
Point ni macam 2/10 kot tendency dia. Amboi! It depends. Kenapa kita disisih oleh blogger lain. Contoh macam kadang-kadang kita tak sedar.

- up entry yang sakitkan hati orang lain
- tak sensitif dengan entry
- sombong
- over acting

Kalau nak rebuild balik nama blog memang susah once orang especially bloggers tahu kita macam tu. So kena careful. Extra careful!
  • design blog 
Yang ini pun genting & susah jugak aku rasa. Dulu Ya Rabbi blog aku dah lah bersepah, semak pulak tu. Macam-macam benda aku letak. Almaklumlah dulu masa newbies mana aku tahu citarasa readers. Bagi aku kalau dah jadi blogger ada few things yang kena consider. 

- berat blog
- susunan blog
- isi blog
- cara kita berblog
- URL

    Mungkin banyak lagi tapi blogger suam kuku macam aku ni ini jelah kot. Cakap lebih-lebih tak pandai. Nanti ada yang kata aku over pulak kalah blogger yang ternama. Opinion masing-masing. Korang pun kalau nak share pendapat pun boleh jugak. 

   Aku suka baca blog Namee Roslan, Afzal. Entry simple, fresh & bloggernya pun friendly.

   Btw thank u so much kepada readers blog aku yang ada komen, ada yang datang baca entry aku. Thanks! Ok nak sambung masak. Bye!

Thursday, May 2, 2013

Best Ke Jadi Blogger??

Assalammualaikum..

   Alhamdulillah aku kembali menaip. Setelah sekian lama aku tinggal blog aku disebabkan kerja2 yang tersangat banyak yang perlu aku buat lebih dulu. Maaf ye kawan2 yang aku tak sempat nak balas jejak korang. InshaAllah bila dah setel sikit2 kerja aku, akan aku balas komen & jejak korang. No worries okeh.

   Few of my friends even my kosmate keep on asking "fara, best tak jadi blogger?", "best ke jadi blogger.Ape yang bestnye?" and something like that lah. Weh tetiba apesal aku speaking mengada2 ni. Ok practice nak present depan judges nanti aww. Haha. Ok enough. So bagi korang blogger2 sekalian, ape macam best tak jadi blogger?



  • best gila
Best gila bila sahabat2 blogger kumpul ramai2 buat gathering semua. Tapi buat masa ni aku tak berkesempatan nak join mana2 gathering lagi. Sadis gila aku kan. Tapi inshaAllah next time aku akan join. Itu pun kalau ada yang sudi invite. Double sadis. Haha.

Bagi aku jadi blogger best bila mana idea kau, blog kau orang baca setiap hari tak pun at least akan singgah tengok perkembangan. Macam aku blog yang aku selalu datang tu memang wajib aku tinggal jejak ke komen ke. Depends pada kelapangan masa. 

Dan best juga jadi blogger bila dapat share pengetahuan & isu2 kat luar sana. Yelah even tak pernah meet up sesama sendiri kat alam nyata tapi terasa rapat gila. Itu yang best sebenarnya. Seriously. Best sebab kekadang boleh tukar hadiah sesama sendiri macam2 lah aktiviti.
  • tak best
Tak jadi tak best jadi blogger bila mana kau kena hentam ke, ada orang dengki iri hati dengan kau then fitnah kau macam2. Benda2 macam ni bila jadi blogger adalah normal. Cuma kental tak kental je nak ngadap semua tu. Betul tak. Cuba tanya blogger yang sekarang dah meletup2 sebelum ni pernah tak mereka dijatuhkan. Kompem pernah. Aku rasa setakat anon mulut longkang tu dorang dah master gila nak handle. 

Seriously jadi tak best jadi blogger bila kau sombong sesama blogger lain. Sebab bila kau sombong dengan blogger lain then orang lain pun akan sombong kat kau juga. Mind that. Tak payah nak rasa diri tu hebat & gah sangat. Tak payahlah nak sombong sangat. Tak kemana pun. Always remember that when u're in blogging world. 

     Ada juga kawan aku tanya "kau penah tak kena maki ke dengan orang?". Bila ditanya aku senyum je. Ya, memang sangat pernah. Bukan takat kena maki, kena perkataan lucah teramat pun pernah. Kalau korang pernah terbaca dulu kat shoutbox aku tu mesti korang perasan. Something like yang menjatuhkan maruah aku. Tapi aku buat bodoh je. Buat tak tahu. 


    Selalu orang akan kaitkan jadi blogger ni sebab nak popular/femes. Gitu. Tak dinafikan mungkin ada certain blogger yang berfikiran macam tu & ada yang tidak. Tak semua blogger macam tu ya. Jangan pandai2 je kau cop orang macam tu. Blogger dikatakan pemes sebab blog & entry dia. Bila entry yang dia buat tu best & menarik perhatian orang untuk baca of koslah orang akan promot dia & keep on talking about him/her kan. Betul tak.

    Aku jadi blogger dah nak dekat 3 tahun. Banyak sangat benda yang dah berlaku sepanjang aku libatkan diri dalam dunia blogging ni. Cuma tak berkesempatan nak berjumpa dengan semua blogger yang aku kenal rapat dalam alam maya ni. Blog pun entah apa2 nak pemes ape. Ops!!

    So, bagi mereka yang bukan blogger kalau rasa nak jadi blogger dengan rasa terbukanya silakan. Belajarlah dari mereka yang otai2. Seriously memang sangat membantu. Zaman aku dulu belajar dengan Ben  Ashaari. Beliau salah sorang blogger yang aku salute dari dulu sampai sekarang. Tak pernah sombong. 

    Last but not least, jadi blogger memang best! Try tanya blogger lain. Bye!
     
motif : saja tayang :p

Friday, March 15, 2013

Sebab Blog Kurang Dapat Komen

Assalammualaikum..

   Lately ni aku memang jarang sangat bw ke blog orang. Aku hanya komen kat blog yang mana sempat aku singgah. Disebabkan itu jugak lah komen kat blog aku kurang. Antara sebab blog kita kurang/ tak dapat banyak komen ialah :

  • entry kurang menarik
Somehow readers ni kadang2 memilih jugak nak baca entry. Ada tu jenis yang scroll je sampai ke bawah tanpa baca & tak komen apa2 pun. So penyelesaiannya kita kene lah buat entry kita tu menarik untuk dibaca. Contoh olahan isi entry tu kasi umpph sikit ya.
  • tajuk entry membosankan
Tengok tajuk entry pun bosan apatah lagi nak baca isinya. To be honest aku seorang yang mudah tertarik dengan tajuk entry seseorang. Kalau tajuk entry blogger tu bagi aku macam menarik aku sukalah baca. Kita kene pandai tarik orang supaya jadi minat nak baca entry kita. 


Cuba ubah tajuk entry tu kepada yang lebih menarik baru lah orang akan terus nak baca entry. Tapi isi entry pun kenalah menarik juga. 
  • blog lambat/berat
Dulu aku ada dapat komen blog aku agak berat nak loading. Itu pun aku dah buang & kurangkan apa yang patut sampai aku rasa dah tak ada benda yang aku nak buang. Maybe depends pada kelajuan internet seseorang tu jugak. 

Kalau korang rasa blog korang berat sila lah buang apa yang patut contoh macam jam, lagu,gambar pakwe/makwe, gambar sendiri yang berpuluh2 kat sidebar ataupun refer mana2 blog yang kasi tips nak kurangkan berat blog. Sila timbang berat blog anda. 
  • tak mesra/sombong
Ni pun mempengaruhi jugak. Dah kalau sombong sangat dengan blogger lain nak orang lain je datang blog dia tak guna jugak. Peoples are watching & thinking. Jadi tak payahlah tunjuk lagak sangat ya
  • masa blogger
Maybe jugak ada readers yang tak sempat nak singgah blog kita nak drop komen. Yelah mostly visitor ramai yang bekerja bukannya  24/7 nak mengadap muka depan lappy je. Even student pun ada banyak lagi benda lain yang nak kena buat. Itu yang melimitkan nak baca blog tu.
  • kurang ping
Memang kebiasaan aku akan ping entry kat mana2 group blogger kat fb, twitter . Mostly banyak blogger yang buat macam tu. Kalau korang tak tahu nak ping kat mana korang taip je kat fb tu. Belambak2 group blogger yang keluar. Biasanya aku akan ping juga kat Ping Busuk & Gila Ping. 

Dari situ posibbility orang nak datang melawat & baca blog korang tinggi. Cubalah. 


   Banyak kemungkinan blog kita tak dapat banyak komen ni. Ala jangan risaulah. Tak matinya tak de komen. Yang penting teruskan berblog. Aku pun semenjak dah nak final year ni memang bz sangat2 dengan macam2 kerja. So, time aku nak berblog bagai ni jadi terbatas. Sebab tu aku jarang up entry. So trafik merudum komen pun seketul 2 je. Tapi aku tak kisah pun. Ok apa, yang penting ada jugak yang sudi melawat blog.

    Hanya tinggal 3 peket je lagi rumpai laut warna kuning/ gred AA. Cepat aku nak habiskan stok. 3 peket/300g aku kasi RM40 sekali postage. Siapa cepat dia dapat. Boleh contact aku 013-4291922/ najihahnurfarah@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini