Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

REVIEW NOVEL : BABI

Assalammualaikum..

   Hai semua! Ok jangan salah paham dengan tajuk entry aku ya. Aku bukan mencarut. Tapi memang title novel dia macam tu. Aku nak review novel ni. Best gila novel ni weh.





Sinopsis :

 " mengisahkan tentang kehidupan seorang perempuan nama Pauziah (Paul) yang hidup memang sadis gila. Jadi pelacur. Sampailah bila dia dah tua ada anak 3 orang & salah 1 darinya ialah anak luar nikah nama Leman. Leman ni agak kasar bahasa tapi dia nak jugak belajar agama. Ditemukan dengan 2 orang ustaz yang salah 1 nya adalah bapa kandung nya, Ustaz Mawardi. 1 per 1 dugaan dia kena tempuh bila dia kehilangan semua orang yang dia sayang. 2 manusia telah ditukarkan menjadi babi"

Komen :

  • penceritaan yang sangat menarik
  • bahasa yang simple & mudah faham
  • plot cerita yang pelbagai. Ada sedih & gembira. Tapi aku baca agak sedih
  • tak terlalu heavy gaya penceritaan
   Pendek kata aku kasi 5 star kepada novel ni. Tahniah penulis muda Azwar Kamaruzaman.  Maybe aku yang terlewat baca novel ni tapi bagi mereka yang belum baca, silalah baca. Kompem tak rugi. Pandai penulis membuatkan aku berada pada situasi cerita tu sebenar. Best!


Nama : Azwar Kamaruzzaman
Umur : 19 tahun
Pendidikan : Uitm Sungai Petani, Kedah

Wednesday, December 26, 2012

Review Novel : Projek Memikat Suami

Assalammualaikum..

    Sebelum cuti study week hari tu aku sempat habiskan novel 'Projek Memikat Suami' ni. Dah lama aku tak baca novel & bila baca yes, aku jadi addicted. Novel ni sangat best. Aww..


Sinopsis :

Mengisahkan tentang Nawwal Husna yang kene kawin paksa dengan Zahrain. Zahrain selalu kondem Nawwal ni tapi Nawwal tetap cool. Sangat cool. Dia mintak tunjuk ajar dari kakak2 nya untuk terus bersabar & harungi hidup berumah tangga dengan Zahrain. Zahrain dah nekad nak kawin dengan supermodel terkenal. Tapi at last Zahrain tewas jugak dengan Nawwal ni.

    Nak tau yang selanjutnya sila baca ok. Hihi.

    What i got after read this novel :
  • hubungan kekeluargaan - Nawwal sangat menjaga hubungan dia dengan family in law dia even hubungan dia tak ok dengan husband dia. Sangat loving MIL dia ok. Family dia pun sama. Nawwal sangat manja dengan ayah dia
  • friendship- Aku suka sangat dengan friendship Nawwal dengan kawan2 dia. So caring, loving & strong. Untung kalau dapat member camtu
  • usaha Nawwal nak amik hati suami dia sangat tinggi. Sanggup belajar masak masakan Itali untuk Zahrain. Memang dia pikat suami dia dengan masakan. Serious sangat best sebab dia pun tak pandai masak.
  • ego lelaki - this novel shows men's ego cant go anywhere, even though fall in love they just keep it silent.
  • love - Zahrain sangat protective kat Nawwal. Melting oi
    Ada jugak aku baca review yang mengatakan novel ni 'sex focus'. Tapi bagi pendapat aku tak pulak. Standard lah novel. Penulis ada cara sendiri nak olahkan macam mana novel dia. Kita sebagai pembaca kena pandai2 interpret isi novel tu. Aku rasa novel ni tak keterlaluan sangat untuk dibaca sampai ada yang mengatakan fokus on seks too much. Yes memang ade pun part yang dewasa tu yang kiss kiss tapi tak delah sampai terlalu over.

    So bila baca think positive. Penulis tahu jugak batas2 nya kan. Selamat membaca semua. 


p/s : aku baca novel ni aku berangan yang Zahrain tu ijam, Nawwal tu aku haha!

Saturday, January 14, 2012

Review novel 2 : Awak Suka Saya Tak? (mesti baca)

Assalmmualaikum..

    Maaf lame tak update. Bz dengan final. Alhamdulillah officially done for my 3rd semester. Jom daku review novel yang ke 2 daku beli ni. Oh mai! Terlalu bes novel ni sebab bikin daku jatuh cinta dengan lelaki mualaf dalam novel tu.


RM35++

"awak suka saya tak?"
" awak pasti suka saya"
" saya suka awak, saya sayang awak"d

"sy hadiahkan 99 kuntum bunga ros merah bersamaan 99 nama Allah dengan setiap 1 kelopaknya terukir I LOVE U"

" sy x nak couple, sy nak couple lepas nikah"

   Those words makes me wanna cry & laugh. Sungguh, penulis berjaya buat daku yang bace ni jatuh hati dengan laki mualaf name Muhammad Hilman Yong. 

Sinopsis:

Perkenalan secara tak sengaja antara Puteri Intan Zulaikha dengan Hilman Yong 11 tahun lalu menimbulkan perasaan cinta. Intan keliru dengan perasaan die sendiri. 2 kali kehilangan Hilman buat Intan betul2 tabah & kuat. Intan terlalu sayang & cintakan Hilman. DIsaat hampir bernikah sesuatu berlaku ke atas Hilman

Tapi kuasa Allah. Damien Yong muncul membuatkan Intan lebih terluka. Sape Damien? Sape Hilman? Ape jadi antara mereka? Belilah hihi

Yes novel ni sangat2 tebal ibarat bace kamus okeh tapi daku berani jamin korang pun akan jatuh cinta dengan Hilman. Ilmu yang die ade lepas convert Islam dari cina sangat buat daku kagum. Make sure korang jangan lepaskan 1 pun patah perkataan dalam novel ni bile bace tau sebab sangat2 menyentuh perasaan.

Kau tahu Hilman ni teramat kaye, sayang & cintakan Intan. Aurat Intan dijaga sepenuhnya. Korang kene bace!Tahniah kpad penulis novel ni Melur Jelita. Karya anda bes. Teruskan

p/s :  aku jatuh cinta dengan laki mualaf name Hilman ni. Tolong haha. Daku bayangkan Daniel Henney Aww

Thursday, January 12, 2012

Review novel : My Love is Playgirl

Assalammualaikum..

   Ade yang request nak mintak daku reviewkan novel ni. Jadi jom lah daku share ye pasal novel ni. Ape yang menarik sangat.

Sinopsis :

Pasal sorang minah kayo gilos, playgirl ya amat tapi sayang bongkak, sombong sangat & terlalu pandang hina kat orang miskin. Bangge dengan duit yang die ade. Dari segi watak ni die gambarkan sorang pompuan yang sangat seksi. Name die Puteri Laila. Sampai 1 mase ni die berjumpe dengan sorang mamat miskin gilos2 lah name Hasrul. Sebab daddy die nak ajar Puteri Laila ni hidup susah die tipu anak die kate dah bankrap pastu hilangkan diri & tinggalkan Puteri atas jagaan Hasrul yang katenye bapak sedare die.


Dari situlah Puteri ni belaja hidup susah. Tu pon lepas 1 perkara yang jadi kat die. Dari situ wujud lah sayang cinta antara Hasrul & Puteri. 1 hari dorang jumpe balik daddy die tapi kan ade 1 perkara yang mengejutkan antara ikatan Hasrul & Puteri. So ape kesudahan novel ni? Bace lah sendiri hihi


Komen daku lepas bace :

  • penceritaan novel ni lain dari yang lain
  • watak yang sangat menarik & ade lawak sengal kat situ
  • karya dari novelis yang sangat2 bes
Novel ni karya Siti Nur Dhuha. Penah bace tak novel karya die sebelum ni? Daku dah bace mostly novel karya beliau. tak menghampakan! Meh tengok novel die yang lain






Semua novel kat atas daku baca. Sedih mak ai. Ok memang bes. Tak rugi beli mahal2. Cayelah. Selamat membeli & membace. 

p/s : daku memang gila novel. 1 hari habiskan 2 novel. Non stop. Oh mai!



Friday, May 20, 2011

cerita adaptasi dari novel best ke??

Assalammualaikum..

   Hai semua! Maaf hari ni lewat sikit update blog. Ommo! Berok band sudah mahu buat hal. Yaw! Lu bikin gua panas lah de. Nak duit lebih jek service hampeh. Opss tak nak marah2 tak bes kan. Btw tadi tengah2 baca entry kengkawan ada lah terbaca berita pemergian seorang blogger yang lebih dikenali oleh "Telordibasuh" . Even daku tak kenal & baru 1st time pegi blog beliau tadi daku nak ucapkan takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman Amin.

   Ok sekarang jom layan entry daku yang pasal cerita @ drama2 yang diadaptasikan daripada novel. Almaklumlah daku ni memang peminat no 1 novel memang kira hantu novel. Tetibe teringat masa zaman PMR dulu novel 1 beg nak balik kampung habiskan baca. Bersusun tepi katil memang haru. Siyes dapat novel tak makan pon tak pe ngeh2.

   Kebanyakan drama2 @ cerita2 sekarang ni diadaptasi dari novel kan antaranya nanti daku reveal kat bawah. Tapi bagi korang mane best? Novel sendiri ke @ drama tu. Bagi daku lah kan,daku lebih suka cerita asal dari novel sebab dari novel pure. Bila daku baca novel daku memang automatik membayangkan diri daku dalam watak novel tu**oke berangan lagi2 kalau hero novel tu hensem haha! Jom usha antara drama2 @ cerita yang diadaptasi dari novel :

  • TRILOGI CINTA

 Citer ni diadaptasikan dari 3 buah novel yang mana semua superb2. TAK SEINDAH MIMPI, TAK    SEMANIS IMPIAN & TIADA LAGI MIMPI. Dah pun baca semua novel ni. Memang tip top bebeh sampai nangis daku. Bes 2 weh karya Sharifah Abu 
Salem. Feveret author daku. Btw cite ni pasal adik nak rebut abang ipar.



  • KAU LAKSANA BULAN
Mengisahkan pasal seorang penulis novel yang dikejar oleh 3 orang jejaka. Wah! Kau mampu? Die tak sedar yang watak yang die tulis dalam novel tu "Firas" rupa-rupanya betul2 wujud  bes2.  Opss novelis feveret daku jugak Aina Emir. Ade 1 novel yang beliau tulis "SESUCI CINTA" yang beliau punya real experience die ceritakan. Awesome bebeh.



  • DARI MATA ARISA

Cite ni lawak gilos. Tapi beslah sebab memang sejibun dengan karakter dalam novel " KAU SAYANGKU". Btw bole plak main petik2 je nama tunang kan tapi muncul betul2 ki3.Si kembar Ayana & Arisa.




  • NORA ELENA

Cite ni daku tak tengok pun.Novel pun tak baca lagi. Tapi mostly kata bes. Jom la tengok cite ni kat Tv3. Adaptasi dari novel "KASIH YANG SUCI"



  • TANGISAN BULAN MADU


Cite ni daku tengok menangis jugak ngee. Bese lah queen of tears. Muka yang sama tapi karakter yang berbeza.



  • LAGENDA BUDAK SETAN


Feh filem ni pecah panggung wok. Superb lah. Bes sampai tak cukup tisu. Kisah Ayu & Kasyah yang bersama sampai akhir hayat.



  • OMBAK RINDU

Opss cite ni katenye mengundang kontroversi ek. Tapi ape2 pun novel nye terbaek lah. Memang bes sebab si Izzah kena kaw2 punya dengan bapak tiri dia. Datang pulak si Hariz ni jadi hero aww. Novel die ade 2 sambungannya kalau tak silap.



   Ok lah setakat ni tu je citer2 @ drama @ filem yang daku tau yang diadaptasikan dari novel. Ape2 pun daku lebih prefer novel lah dari cerita hihi. Btw minat baca novel sebab penangan baca novel 1st zaman form 1 dulu karya Ahadiat Akasyah " PILOT CAFE". Bes! Memang ingat sampai bila2 novel ni. Korang2 yang hantu novel ni kalau tak baca lagi novel2 kat atas ni pegi beli memang tak rugi langsung.


p/s : Opss daku bercuti dari berblog dari esok sampai ahad ni sebab balik kampung. Tata!

Thursday, May 12, 2011

review novel : ROTI CICAH SUSU

Assalammualaikum..

   Hai korang. Sebelum daku tidur daku nak review sikit pasal novel yang daku baca semalam seharian kat wad. Novel ni bes wok 3 in 1.
Persahabatan,saudara & cinta dalam 1 cerita


Sinopsis :

Mengisahkan tentang 4 watak utama iaitu arissa (aris), umairah (mai), aiman (ayim) & elmiyya (elmy) yang sama2 membesar dalam 1 rumah kebajikan yang dibina oleh ibu markissa. Tanpa diduga banyak rahsia yang berkait & terselindung disebalik kebahagiaan mereka apabila mereka semua dipisahkan. Nasib ayim berubsh apabila terpaksa menjadi anak angkat kepada salah seorang anggota "Geng Tengkorak" kumpulan penjenayah no 1 di Malaysia manakala mai didera dengan sangat teruk. Alkisah,mereka ditemukan kembali tanpa diduga dengan 1 peristiwa yang melibatkan kesemua saudara2 mereka sewaktu kecil di teratak Markissa. Namun, dalam diam ayim mencintai mai.Ape yang jadi kat mereka ber 4 & saudara mereka yang lain? Adakah cinta mereka kesampaian akibat penyertaan ayim dalam kumpulan itu??

Jom baca.

Bes sampai kan nak menitik jugak lah air mata ni bila bace sebab sedih & terharu dengan ikatan persaudaraan & penderitaan yang dialami mereka. Bagi daku novel ni menarik sebab :

@ pelbagai unsur : cinta,dendam,benci,kasih sayang
@ sweet gilos ending nye

p/s : pasni  tak sabar nak review novel baru yang terhangat pulak

Monday, April 4, 2011

Cinta Hati baru!

Assalammualaikum..

   Ehem2 semua! Ape kaba? Hoho lately ni agak lambat nak update belog sebab tak de mood, sebok,sakit kepale, masalah bagai datang hem..dugaan...Tapi tak pelah daku still cari masa nak update belog ni oke. So dun miss it. :)

   Entry ni daku nak bercerita pasal cinta hati  baru daku. Awwww..Ape lagi kalau bukan novel. Sape sini suka baca novel?? Daku memang hantu segala novel tal kire la novel ape pun. Reading is fun! Semalam daku baru je habiskan 1 novel yang sangat bes & sadis lah. Novel "Aku Yang Kau Tinggalkan". **Ceit bace novel rajin bace notes malas haiyo.

ni lah muka depan novel tu.

Sinopsis :
Mengisahkan tentang Nia Athirah yang menggantikan tempat adiknya, Ani supaya tak berkahwin dengan si hero dalam novel ni, Zaril Ikhwan. Sebab ni semua atas persetujuan antara bertulis antara Nia & Puan Zainun nenek Zaril. Act si Zaril ni sakit akibat kemalangan yang menyebabkan beliau koma. Siyes daku rase nak tergelak bace sebab dialog depa semua guna  perkataan "sayang"  ngee..But then bila si Zaril ni dah pulih seperti normal habis berubah semua..Nak tau ape jadi? Pegi beli bace sendiri oke,konpem tak nyesal.


Daku tau pasal novel ni pun kat fb. Mase tu tengah hot novel ni kat on9 Kaki Novel.




 Novel kat atas ni act novel lame cume daku saje nak baca balik.
Thanks to my sayang faten sebab menambahkan lagi kemalasan daku untuk belajar sebab dah dapat bf baru ngeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini