Assalammualaikum..
Alhamdulillah aku kembali menaip. Setelah sekian lama aku tinggal blog aku disebabkan kerja2 yang tersangat banyak yang perlu aku buat lebih dulu. Maaf ye kawan2 yang aku tak sempat nak balas jejak korang. InshaAllah bila dah setel sikit2 kerja aku, akan aku balas komen & jejak korang. No worries okeh.
Few of my friends even my kosmate keep on asking
"fara, best tak jadi blogger?", "best ke jadi blogger.Ape yang bestnye?" and something like that lah. Weh tetiba apesal aku speaking mengada2 ni. Ok practice nak present depan judges nanti aww. Haha. Ok enough. So bagi korang blogger2 sekalian, ape macam best tak jadi blogger?
Best gila bila sahabat2 blogger kumpul ramai2 buat gathering semua. Tapi buat masa ni aku tak berkesempatan nak join mana2 gathering lagi. Sadis gila aku kan. Tapi inshaAllah next time aku akan join. Itu pun kalau ada yang sudi invite. Double sadis. Haha.
Bagi aku jadi blogger best bila mana idea kau, blog kau orang baca setiap hari tak pun at least akan singgah tengok perkembangan. Macam aku blog yang aku selalu datang tu memang wajib aku tinggal jejak ke komen ke. Depends pada kelapangan masa.
Dan best juga jadi blogger bila dapat share pengetahuan & isu2 kat luar sana. Yelah even tak pernah meet up sesama sendiri kat alam nyata tapi terasa rapat gila. Itu yang best sebenarnya. Seriously. Best sebab kekadang boleh tukar hadiah sesama sendiri macam2 lah aktiviti.
Tak jadi tak best jadi blogger bila mana kau kena hentam ke, ada orang dengki iri hati dengan kau then fitnah kau macam2. Benda2 macam ni bila jadi blogger adalah normal. Cuma kental tak kental je nak ngadap semua tu. Betul tak. Cuba tanya blogger yang sekarang dah meletup2 sebelum ni pernah tak mereka dijatuhkan. Kompem pernah. Aku rasa setakat anon mulut longkang tu dorang dah master gila nak handle.
Seriously jadi tak best jadi blogger bila kau sombong sesama blogger lain. Sebab bila kau sombong dengan blogger lain then orang lain pun akan sombong kat kau juga. Mind that. Tak payah nak rasa diri tu hebat & gah sangat. Tak payahlah nak sombong sangat. Tak kemana pun. Always remember that when u're in blogging world.
Ada juga kawan aku tanya "kau penah tak kena maki ke dengan orang?". Bila ditanya aku senyum je. Ya, memang sangat pernah. Bukan takat kena maki, kena perkataan lucah teramat pun pernah. Kalau korang pernah terbaca dulu kat shoutbox aku tu mesti korang perasan. Something like yang menjatuhkan maruah aku. Tapi aku buat bodoh je. Buat tak tahu.
Selalu orang akan kaitkan jadi blogger ni sebab nak popular/femes. Gitu. Tak dinafikan mungkin ada certain blogger yang berfikiran macam tu & ada yang tidak. Tak semua blogger macam tu ya. Jangan pandai2 je kau cop orang macam tu. Blogger dikatakan pemes sebab blog & entry dia. Bila entry yang dia buat tu best & menarik perhatian orang untuk baca of koslah orang akan promot dia & keep on talking about him/her kan. Betul tak.
Aku jadi blogger dah nak dekat 3 tahun. Banyak sangat benda yang dah berlaku sepanjang aku libatkan diri dalam dunia blogging ni. Cuma tak berkesempatan nak berjumpa dengan semua blogger yang aku kenal rapat dalam alam maya ni. Blog pun entah apa2 nak pemes ape. Ops!!
So, bagi mereka yang bukan blogger kalau rasa nak jadi blogger dengan rasa terbukanya silakan. Belajarlah dari mereka yang otai2. Seriously memang sangat membantu. Zaman aku dulu belajar dengan
Ben Ashaari. Beliau salah sorang blogger yang aku salute dari dulu sampai sekarang. Tak pernah sombong.
Last but not least, jadi blogger memang best! Try tanya blogger lain. Bye!
|
motif : saja tayang :p |