Thursday, November 29, 2012

WW- Yang Mana 1 Sama?

Assalammualaikum..

   Cube perhatikan gambar kat bawah

  
VS


sama tak? Btw gambar atas tak de kene mengena dengan aku & adik aku. Jumpa kat fb

MAHA 2012

Assalammualaikum..

    Hai. Nak update pasal pegi maha. Aku dah 2 kali pegi maha.  Untunglah dekat kan nak pegi sana haha. Btw aku lebih sukakan MAHA tahun ni berbanding 2 tahun lepas punye sebab tahun ni punye gila best. Sangat best & lagi banyak exibition dia. Tak caya pegi tengok sendiri. Cepat tinggal 3 hari je lagi. Jom cuci mata tengok gambar2 aku kat MAHA




kawan sampai syurga
  Mase kitorang sampai tu nasib baik tak berapa ramai lagi. Jadi serbu tempat makanan 1 malaysia tu dulu sebab tengah kebulur gila.



kawan aku yang sangat teliti makan




abaikan tudung gua yang senget itu

   Ade 1 hall ni pamerkan buah2 yang pelik, tumbuhan & banyak lagi. Kagum!

banyak betul ubinya
unik

besar




ni pun sangat unik


   Ok sudah sudahlah tu. Juling mata tengok gambar banyak2. Ok kalau korang pegi sane roger2 aku. Untung2 buat gathering sambil melantak. haha. Bagi yang belum pegi tu silakan pegi ye. 2 tahun sekali. rugi nyah kalau tak pegi. Kali ni lebih lebih best dari yang dulu. Bye

nah peta
p/s : nak pegi tempat binatang tak dapat2

Tuesday, November 27, 2012

Jom Jadi Cantik Macam Irma Hasmie

Assalammualaikum..

   Hai. Act aku tersangat2 mengagumi artis nama Irma Hasmie ni. Tahu kenapa? Sebab beliau sangat cantik semenjak pakai tudung. Makin berseri2 weh. Begitu juga macam artis yang lain seperti Diana Amir, Yatt, Heliza,Raja Farah & semua lah. Tapi dalam ramai2 tu aku lebih memilih Irma. Demand ok.

    Jom kite tiru cara nak cantik macam beliau. Eh macam mana nak cantik macam beliau ye. Jom aku share :

gambar dari twitter redza syah
  • kurangkan make up
Aku kat sini bukan nak kondem sape2 yang suka bermekap. Its up to u lah muka korang, lantak korang lah nak conteng ape pun. Tapi bagi aku perempuan yang terlalu selalu sangat bermekap, then bila sekali tak mekap nampak pucat sangat & tak bermaya. 

Bukan ape, mekap ni ade macam2 bahan kimia & campuran lain dalam tu. So akan datangkan masalah jugak kat kulit kita nanti contohnya jerawat. Cukuplah sekadar mekap yang light2 je. Nak mekap heavy boleh tapi bila perlulah contoh nak ke event ke dinner ke ape2 yang special. Tapi untuk keluar jalan2 aku rasa tak perlu nak heavy sangat. 

 Macam Irma Hasmie aku tak nampak pun dia mekap bila keluar mana2 dengan husband dia. Nampak natural gitu. Lagi cantik. Mak aku selalu pesan "kau jangan nak mekap2 sangatlah angah, nanti hilang seri"
  • pakai tudung & baju yang elok
Itu salah 1 faktor perempuan bertambah cantik. Bila pakai baju yang elok, tudung yang elok, MasyaAllah cantik sangat. Nak2 bila pakai jubah. Aww
  • jaga tutur kata
Dah jarang kan tengok Irma berlakon. Mungkin 1 hari nanti dia akan bersara dari bidang ni & more kepada bidang pengacaraan. Mungkin. Ok jugak tu kan. 

Kita kalau nak cantik mesti jaga semua nya termasuk tutur kata & bahasa kita. Aku admit kadang2 tutur kata & bahasa aku pun tak terjaga. Kadang2 aku terlalu emo sangat sampai cuai tak jaga bahasa aku. Luckily i have a good friend to remind me about this. Thanks!


  • amal kebajikan
Hari tu Irma & kawan2 artis yang lain ada buat kutipan khas untuk Palestin. Kat situ aku tengok lagi bertambah cantik dengan kebajikan yang dia buat. Aku suka sangat. Kita kat Malaysia kalau nak buat kebajikan jangan lah berkira sangat. Tolong mana yang kita mampu. Jangan kedekut, nanti Allah kedekut dengan kita balik.
  • cari pasangan yang baik
Macam husband Irma. Aku tiap2 hari akan baca tweet2 dari husband dia, Redza Syah tu. Bagus husband dia. Share pasal kisah2 nabi zaman dulu. Dan abah aku pun pesan "kau kalau nak cari laki tu cari yang berjenis sikit ngah". Faham tak maksud 'berjenis' kat situ? Maksudnya lelaki yang elok dari segi budi bahasanya, adab, jaga perkara yang sepatutnya dijaga & macam2 lagi. Yelah takkan mak ayah nak kasi kita anak perempuan kat laki yang tak tentu hala kan. Think about this my dear girls.
 

    Tu jelah. Aku kat sini bukan nak tunjuk aku ni bagus ke ape nak share benda2 macam ni sebab aku sedar aku pun bukan baik mana nak share. Tapi  aku share ilmu yang aku baca dengan korang. As i said before, its up to u to judge. Obviously, we dont have the right to judge peoples instead of Allah swt.

    Bukan perempuan je boleh buat semua ni tapi lelaki pun same. Lelaki perempuan sama je jaga semuanya. Cuma kita sebagai perempuan kene tinggikan martabat kita yang Allah berikan. Kita insan special tau. Lelaki jangan jeles. Ok aku tido dulu bye!

"tak de yang tak cantik pun di mata Allah. Semua ciptaan Allah ada keistimewaannya"

jelas parut chicken pox :(
Gambar semua pinjam dari twitter hubby irma Redza syah

Sunday, November 25, 2012

Artis Menggila Di Shout Award

Assalammualaikum..

    Disebabkan aku mengantuk nak buat keje, aku nak update pasal artis. Segar sikit mata aku. Bila aku tengok artis2 punye pakaian di Shout award aku rasa macam kat Hollyword. Haha. Waw!! Tema pantai eh. Jom tengok sini














Kredit & lagi gambar di blog ROTIKAYA

p/s : seram tengok dorang ni huhu

Friday, November 23, 2012

Kekejaman di Gaza. Allahuakbar

Assalammualaikum..

    Makin lama makin tak sanggup aku tengok kekejaman yang berlaku kat Gaza. Tengok baby,orang2 yang terkorban kat sana rasa macam nak nangis je. Nak2 lagi bila aku rasa dunia makin tak selamat. Rasa waktu 'itu' semakin dekat je. Subhanallah.





















Korang boleh tengok post lagi pasal ni kat blog Fatin Liyana

Apa yang boleh kita buat berdoa & tolong mana yang mampu. Bagi yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah tu, why not sedekah kan sebahagian kepada mereka. Lebih berharga. Kat bawah aku share 1 doa. Semoga Allah berikan kita semua perlindungan dunia akhirat. Termasuk saudara Islam kita di sana. Amin



"Allah Maha Besar Maha Kaya, kun fayakun. Semoga dimusnahkan lakhnatullah Israel"

Thursday, November 22, 2012

WW - Just laughing watching running man (VIDEO)

Assalammualaikum..

    Just laugh. Notes that all of these video used Oppa Gangnam style song.





Wednesday, November 21, 2012

BEST : Cinta Halal TV3

Assalammualaikum..

    Korang dah tengok cite ni time Maal Hijrah ari tu? Aku suka sangat2. Sebab bagi aku jalan cerita dia sangat menarik & simple. Memang best sangat cerita dia. Tambah2 lagi si fathia pandai hidupkan watak dia. Memang natural & sempoi habis la. Thumbs up. Jom layan bagi sape2 yang terlepas tu



      Sape pengarah cite ni ye. Buat lagi citer2 macam ni baru best nak tengok. Btw si fathia ni sekali imbas tengok bila pakai tudung macam Maria Elena kan. Sebijik.

Tuesday, November 20, 2012

Memori zaman kanak-kanak

Assalammualaikum..

   Hai semua. Baru ada masa free yang aku curik2 nak update entry. Sayang la blog bia macam tu je haha. Ari ni punye topik aku teringin nak share pasal kenangan zaman kecik2 dulu. Sedikit sebanyak aku rasa pengalaman aku sama kot dengan korang semua. Lets check it out



   Masa aku kecik2 dulu aku selalu buat benda2 macam kat bawah ni. Tak pun aktiviti seharian aku dengan kawan2 masa sekolah & tadika dulu

  • main cop tiang

  • main baling-baling ais. Konon bajet nak mengorat time tu
  • main lawan pemadam
  • baling- baling kapur dalam kelas

  • tulis nama kat papan hitam bagi siapa yang bising
  • jaga kelas (pengawas)
  • naik basikal ramai2 pegi sekolah agama
  • beli buku kanak-kanak kat sekolah
  • beratur amik air milo percuma
    • beli air susu yang warna-warni tu
    • main kilat-kilat kuku pakai batu belakang sekolah
    • beli aiskrim 20 sen yang banyak perisa tu
    • tido dalam dewan time UPSR
    • cop meja makan/beratur nak beli makanan
    • beli barang2 yang comel (pensil yang ada gantung2, pemadam negeri2, macam2
     Dulu aku suka & selalu main mainan kat bawah ni
  • main ceper

  • main baling guli

  • lompat getah

  • stick 

  • teng-teng



  • tok harimau


  • baling selipar



  • huruf-huruf



    Sangat2 best kan masa tu. Zaman kecik mane kisah nak bergaul laki perempuan time tu. Yang aku tau aku seronok sangat berkawan dengan kawan2 aku. Same jugak dengan korang kan. Aku teringin sangat nak kumpul balik dengan kawan2 lama aku sezaman tadika & sekolah rendah dulu. Bukan apa, bila jumpa balik sekarang ni mesti dah lain sangat dah. Tah2 selisih sebelah pun tak perasan.

    Teringat kisah dulu masa kecik2 aku jatuh atas jalan tar sebab time tu aku terpijak kain baju kurung aku. dah berparut sampai sekarang kat dahi. Memang kenangan gila la. Lagi 1 kenangan bila aku naik basikal then terjatuh dalam nak kata bukit tak bukit tapi agak tinggi. Basikal yang aku naik terlanggar batang pokok. Basikal hancur & urat siku aku teralih. 3 4 hari jugak aku berubat nak alihkan balik urat siku aku tu. Meraung2 aku.

    Masa Darjah 1 aku kena bisul & bisul tu meletup. Mujur mama ade teman aku balik dari sekolah. Macam2 yang terjadi kat aku masa kecik2 dulu. Parut & tandanya ada lagi kekal sampai sekarang. Memang tragis & kenangan. How i wish i could turn the time back. Impossible.

the only friends during my childhood time that still stand on. I love u
   Banyak gila gambar. Padan muke korang hehe.Kenangan korang macam mane? Meh share dengan aku. Ok lah bye nak tadah air.

ingat lagi tak?

     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini