Friday, August 24, 2012

Bila perlu putuskan hubungan dengan gf/bf?

Assalammualaikum..

    Ape kabo korang? Sakan beraya kan. Aku pun sakan makan & kutip duit raya sampai lodeh beg aku. Haha. Raya2 ni aku nak share pasal cinta. Cuci sikit mata sambil makan kuih raya. Ok jugak kan. Oh ya. Jangan tersalah faham dengan entry aku ni ye.

    Bile berkapel ni masa  muda mudi ni biaselah semua benda nak try kan. Orang kapel kite sebok jugak nak kapel. Pastu bile frust mule menonggeng2 salahkan semua orang. Opss! Nak kata aku berpengalaman tu adelah sikit tapi yang lelaki tu aku tak berapa tau lah. Keliling aku ramai orang, kawan baik ramai so aku kongsi serba sedikit lah pengalaman & cerita pasal ni.

    Bila kau orang kene tinggalkan kekasih korang tu ye? Tak kisahlah bf ke gf ke. Bile?



  • ada signal2 curang
Bila dah sekali 2 korang nampak @ terkantoi gf/bf korang curang silelah angkat kaki ye. Kasi lah ayat manis sikit. "syg, kau pegilah kat minah/mamat tu ye. Jahanam kau curang dengan aku". Bila bf/gf ade sign nak curang ni tendency hubungan nak kekal tu tipis. Kan aku dah masukkan bahasa sains aku.

Dari korang merana kene tipu baik mintak putus. Mane korang nak, putus atau mati2 kene tipu?
  • kaki pukul
Ni special buat bf lah. Baru kapel dah nak naik tangan kaki semua melampau dah tu. Kau lawan balik.Bagi kerusi kat dia. Aku paling tak suka lelaki panas baran ni. Mintak lah dijauhkan. Nasiblah kesayangan aku cool je. Aku je yang baran sikit. Opss!

Perempuan pun ade jugak yang baran. Tapi baran dorang tak de sampai nak pukul2. Baran perempuan kat mulut je. Boleh la tahan lagi kan. So kalau tak tahan silelah get away
  • kaki kikis
"yang,tolong topupkan bole.Esok i ganti". "b,nak baju. Baju i koyak".Tiap minggu mintak bf/gf topupkan. Amboi. Kayenye kau nyah. Lainlah kalau bg/gf kau sendiri nak belanje. Itupun segan nak amik kan. Sebelum kawin dah kikis lepas kawen apetah lagi. Kikis sampai papa. 
  • bila si dia langsung tak merancang masa depan untuk hubungan
Bila tanye bila nak masuk meminang cakap tahun depan. Lame2 kertu kau. Laki tak pe kawen lambat pun, perempuan ni sensitip terlebih kalau kawen lambat. Bagi aku kalau bf yang langsung tak de plan nak rancang masa depan hubungan tu better cari lain. Bukan ape, kalau terus terusan mengharap macam tak guna pun ada. Menanti buah tak gugur.
  • bila si dia adalah tunang, isteri & suami orang
Kau jangan cari nahas teruskan hubungan dengan laki bini tunang orang. Naya nanti. Tak de jodoh la tu. Macam aku penah cite kawan baik aku dulu ex gf die dah kawen lain.Nak tak nak kenelah kentalkan hati lupekan die. Alhamdulillah semakin bahagia beliau sekarang walaupun single. Nak kenal? Meh sini kenalkan diri kat aku. Haha


  • biadap
Gf/bf yang biadap ni better lah tak payah buat laki bini. Dengan mak ayah pun biadap apetah lagi dengan kite nanti
  • tak sehaluan
Berkali2 putus rujuk putus rujuk. Lame2 bosan. Jalan penyelesaian ber'cerai' cara baik. Cari pasangan yang lain. 
  • tak direstui
Mostly orang takkan setuju bab ni. tapi bagi aku restu mak ayah dalam perhubungan tu sangat2 penting. Aku bukan nak kate orang yang tak dapat restu mak ayah dalam perhubungan tu tak elok tapi sendiri pikirlah. Kite hidup kat dunia nak berkat. Seeloknya berbincanglah sesama sendiri. 

    Selama aku bercinta dulu aku tak pernah yakin pun dalam mana2 hubungan nak stay sampai kawen. Sebab tu aku stop bercinta bila lepas putus dulu. Tapi bila sekarang dah ada kesayangan yang datang 'mengejut' aku rasa bersyukur sangat. Allah kasi dia kat aku. Semoga dipermudahkan urusan kami. Insha Allah. 

    Korang pun bila bercinta tengok2 sikit. Pasangan tu ok ke tak ke. Sebab pasangan tu kita nak bersama sampai mati. Kalau tersalah pilih pasangan kita jugak yang merana. 

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

     Semoga kita semua akan dapat jodoh yang terbaik yang telah pun Allah tetapkan untuk kita sejak dalam rahim ibu lagi. Amin.


p/s : Makan banyak sangat raya ni. Bape kilo aku naik?


4 comments:

  1. akk stuju semua point di ats,,tmbh2 bab kaki pukul tu..

    ReplyDelete
  2. entry ari ni sgt2 dya suke..smua dya de rsa situasi tue..sakit sgt !!!grrrrrr !!!! love is blind !!

    ReplyDelete
  3. macam nak komen sume points kat atas tu..huhu..firstly, a real man never hits a woman..lelaki yg pukul wanita tu dayus kecuali ada sebab lain.

    second, kalo laki tak serius pasal hubungan even dah bertahun2 kapel takde guna duk mengharap..lelaki serius cinta kt gf dia bila dia berani bertemu ngan family teman wanita dia tu..terketar jugak kepala lutut tu..huhu

    third, tak payah la cari masalah duk p kacau someone yg dah jadi milik orang..bnyk lagi yg single hak tu jugak nak nak..adoiii.

    fourth, mana2 gf/bf yg tak respek mak ayah boleh la cari yg lain..kita bukan setakat kahwin ngan pasangan je tapi 'kahwin' jugak ngan family dia..

    tu je la..maaf la terpanjang sikit komen..hehehe..pe pon restu family penting..grand mana pun perkahwinan tu tapi kalo xde restu dari family rasanye tak kekal lama..

    ReplyDelete
  4. xnk bc boley x sbb xsnggp ada rs ditinggalkan..




    psst, windu la.

    ReplyDelete

Thank You For Your Comment. Will be reply later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini