Monday, December 12, 2022

Pengalaman Scary Kena Covid!

 Assalammualaikum.

Allah lamanya aku tingglkan dunia blogging. Since dah kerja, memang busy sangat-sangat dengan life kerja & tak sempat nak bersosial sangat pun. Since sekarang pun dah masuk pasca pandemik, aku nak cerita sikit pengalaman aku kena Covid 19 sampai 2 kali dalam setahun. Yang paling aku tak boleh lupa, second infection aku yang kedua tu. Teruk gila simptom. 

Aku kena kali 1 masa seminggu sebelum nak puasa. Time tu aku balik dari kenduri kawin sepupu aku kat Kuantan. Covid dah 2 tahun, memang aku jaga lah jugak hygiene. Tapi bila dah balik kampung, jumpa sedara mara, ko rasa? What to expect kan, since semua pun dah vaksin. So aku chill jela samalam cium sana sini. Ewah. Aku perasan 3 hari ke 2 hari sebelum aku kena tu aku rasa tak sedap badan tapi buat tak tau jela ingat sakit biasa. Simptom aku mula-mula: 

  • Hidung tersumbat kaw-kaw
  • Sakit kepala gila-gila 
  • Demam panas
So balik dari kampung aku, malam tu sebelum nak keje as usual aku test dulu covid. Nah, 2 line. Esoknya aku repeat pagi-pagi buta, yes 2 line. So, declare lah dalam Mysejahtera & kuarantin lah aku selama 7 hari. Simptom aku masa first infection tu je, sebelum nak kena. Sepanjang 7 hari tu, tak ada rasa apa yang teruk pun. So, chill je kat rumah sampai muak. 

Then lepas 6 bulan aku kena, so aku kena lagi Covid buat kali ke2 ya. OMG. Kali ni aku tak tipu sakit nak mampus ya. Ya aku kena lepas pada aku balik dari kenduri sedara dekat kampung. Again, once dah announce mask pun tak wajib, so meriah lah. Masa tu aku tak expect lah dah seronok kan. Simptom aku masa tu : 
  • Selsema
  • Hidung tersumbat
Kisahnya lepas 4 hari aku balik dari kampung, aku naik simptom yang agak teruk sampai aku collapse terus: 
  • Demam panas sampai menggigil
  • Gigil kesejukan even dah selimut, pakai sweater, stokin tak jalan
  • Sakit kepala yang sangat-sangat sakit
  • Sakit badan yang tersangat sakit sampai bangun tengah malam nangis tak boleh tido
  • Loss of smell and taste - hari ke 6 kuarantin
  • Cirit birit- hari ke 5 kuarantin
  • Muntah- hari ke 4-7 kuarantin. Ni memang seksa sebab aku lapar tapi tak boleh makan/minum langsung. Muntah terus sampai keluar air semata. Lembik beb. 
  • Tak boleh tido




Scary tak. Maybe yang pernah kena macam tu, yes scary. Aku rasa macam nak suam-suam mati pun ada jugak. Tak guna punya covid. Memang scary & menyakitkan rasa dia. Bayangkan masa hari1 tu aku telan ubat doktor bagi sampai nak habis sepapan tak jalan langsung, tak suruh sakitnya. No wonderlah. Aku rasa ubat-ubat tu tengah lawan dengan virus covid dalam badan masa tu sekali dengan antibody/vaksin dalam badan. Haha. 

Dah kuarantin lepas seminggu, aku naik kerja macam biasa. Worst effect post covid pada aku :
  • Loss/weaken of memories. Info/memory for the past 6 months ke setahun lebih ke aku tak dapat nak capture terus. Macam loss. 
  • Terlalu cepat penat. Masa covid 1 dulu aku sampai macam nak semput bila pegi ke dapur ke, naik tangga ke. 
  • Terasa betul antibody terlalu lemah. 
  • Nafsu nak makan/minum remain. Haha

Hopefully, tak kena lagi lah. Serik dah rasa tapi tulah, benda tak boleh nak control. So tetaplah pakai mask, hand sanitizer even sekarang langsung orang dah tak amik tahu dah pun. Aku pakai je sekarang ni, sebab teringat-ingat rasa sakit dia masa kena hari tu. Less than a year!

So, take care semua!

Sunday, June 27, 2021

Review Movie PKP- The Call

 Assalammualaikum.


Hai. Sempena PKP yang entah bila nak habis ni, aku nak review movie lah. Maklumlah masa aku diisi dengan tengok movie sampai lebam. Weekdays siang keje, malam layan movie/drama, weekend memang sepanjang hari layan movie/drama jelah. Itu je yang menggembirakan. 

So aku nak review movie The Call dari Korea ni. Tapi depends kepada selera tekak koranglah nak rate movie macam mana, bagi aku, mana aku suka aku bagi terbaik lah. 


Genre : Thriller/Ganas

Rating : 6/10

Tengok kat mana : Netfilx

Plot : 

Kisah dia dari sorang perempuan ni balik kampung dia. Tapi something terjadi tak silap. Dia stay dalam 1 rumah tapi terima call dari sorang perempuan yang misteri. Sampai lah 1 hari, dia dapat agak dorang ni duduk serumah tapi berbeza tahun. 

Lepas tu si perempuan psiko ni gunakan di perempuan yang innocent ni untuk keselamatan dia. Plot dia mula bila perempuan innocent ni dapat jumpa balik dengan ayah dia yang dia sangka 'betul' atas bantuan perempua psiko. 

Pastu terjadilah macam-macam flashback baru paham.

Aku tak berapa paham cite ni sebenarnya sampai aku kena ulang sikit bahagian tengah dengan awal nak bagi clear story line dia. Tapi sadly ending dia aku tak puas hati. 

So korang bolehlah tengok cite ni. Best tapi macam ada yang tak kena dengan tekak aku sebagai penonton yang suka movie genre thriller ni.


Bye!

Sunday, March 7, 2021

Pengalaman Buat Rawatan Akar Gigi : Root Canal Treatment (RCT) Best!

 Assalammualaikum, 


Hai semua! aku nak cerita pasal gigi lagi. Alkisah aku decide nak buat rawatan akar gigi atau RCT ni since mula-mula gigi aku berlubang belah atas ni. Pastu aku pegi tampal sebab sakit gila oi. Masa 1st PKP tak sakit pulak, lepas PKP terus sakit. Kisahnya aku tampal 2 kali ko tau dalam masa 4 bulan macam tu. RCT macam gambar kat bawah ni prosedur dia. 



Tampal kali pertama tu ok lah, memang aku scary gila nak tampal sebab dia korek bahagian dalam gigi nak bersihkan. Last aku tampal gigi 11 tahun lepas and that was a very painful moment. Sakit nak mampus aku buat masa tu kat Hospital Serdang tak silap. Lepas pada tu aku rasa trauma nak cek gigi, nak buat apa-apa dengan gigi. Mujur gigi elok, tak delah teruk sangat. 

Lepas dari tampalan kali pertama tu, dalam beberapa bulan lepas tu aku tergigit benda keras, pastu tampalan tu macam loose kot pastu dah start sakit semula. Then aku pegi klinik tu balik untuk cek. So doktor decide untuk tampal semua & see kalau sakit lagi.Doktor ade suggest aku buat rawatan akar. Mindset aku macam, ala mahal. Aku google rawatan akar, agak scary ya. Tapi kawan aku cakap tak rasa apa, so aku lega.

Tanya doktor, harga berapa, dia kata untuk gigi aku yang belah atas tepi ni dalam RM600. Nak tersedak aku dengor. Tapi treatment by treatment lah sebab appointment dia banyak kali. So lepas aku balik aku decide untuk proceed buat RCT. Redah jelah dari sakit. Sebab aku sayang gila nak cabut gigi. Geraham belakang aku 2 2 dah selamat aku cabut. Masa dulu aku bodoh lagi tak tau pasal RCT, plus masa tu mana nak dapat duit. So cabut jelah. 

  • 1st appointment
Buat appointment dulu. Oh aku buat dekat Dental Cottage Muar sebab aku cari klinik yang ada bukak sampai malam, sabtu ahad & rating tinggi. Doktor yang assist aku dari mula aku tampal gigi tu baik gila. Muda, cantik & sangat lembut ok. Nama dia Doktor Sia. Dia punya friendly layan je apa assitant dia cakap. 




Dia bius aku. Ok sakit nak mampus, mengalir jugak air mata aku bila kena suntik. 2 kali. Tapi sakit kejap je. Lepas tu dah tal rasa apa kebas. Cuma mulut rasa lenguh gila & aku rasa mengantuk sebab lama dia buat rawatan tu. 1st treatment tak silap aku dalam 30 minit kot. 

Dia akan gerudi dulu gigi kau, lepas tu dia rodok untuk keluarkan urat sarat gigi. Dia rodok lubang gigi untuk cari akar. Lepas tu dia bersihkan guna bahan2 dia, cecair. Chill gila sebab tak de rasa apa. Lepas tu dia ukur dalam lubang gigi tu pakai K file dia, tak silap aku by size kot. Korang boleh google. Lepas dah siap, dia buat tampalan sementara and dia bagi ubat tahan sakit in case kalau sakit. 

So total masa tu kalau tak silap aku sekali tampal dalam RM250. 

  • 2nd appointment
Dia bukak tampalan sementara & tengok keadaan lubang gigi. Dia bersihkan lagi sampai betul2 bersih. Lepas tu aku nampak dia guna something macam xray ke apa untuk test K file tu dah sampai dalam kat akar tu ke belum. Masa ni mula2 dia tak bius. Aku rasa ok. Macam dalam gambar ni. 




Sampai dalam 30 minit macam tu kot, tak jumpa the best setting. Haha. Dia rodok lagi pakai tester tu sampai bunyi tet tet tet maksudnya dah sampai hujung. Kadang aku rasa sakit. Pastu dia bius aku sebab aku rasa sakit masa dia rodok tu. Kena lagi suntik. Sakit oi. Lepas tu ok dah tak rasa. 

Kali ni punya treatment lama jugak dalam nak dekat sejam lebih. Aku tadah jelah mulut aku dah sampai nak koyak rasa. Nasib baik ade mouth guard tu. Sampai nak tido. Lama gila time dia nak rodok2 pakai K file tu. Salah rodok nanti bahaya sebab takut ada kuman lagi & takut urat saraf tak habis jumpa. Sebab tu masih rasa sakit. 

Dan paling risau takut dia salah tengok gigi yang sakit. Luckily doktor tu chill je. Dia kata kalau sakit angkat tangan, tapi aku angkat kaki. So dia slow down sikit. So habis, balik. 

Total dalam RM250

  • 3rd appointment (last)

Dah ok lepas tu dia tampal tampalan kekal. Yang ni aku nervous sebab aku takut ada kuman kat bawah lagi lepas tampal kekal. Yelah aku  baca, suppose kalau lepas tampal gutta percha tu, dah tak sakit. Tu nervous. Dah selamat tampal. Last tampal dia suruh aku rasa rata ke tak. Aku rasa elok je. So baliklah. 

Total dalam RM150

Tapi malangnya lepas beberapa hari lepas aku buat RCT tu, gigi yang aku buat rawatan tu rasa sakit bila aku nak kunyah. Sakit terus sampai otak. So aku mesej klinik tu, dia kata normal tapi beberapa jam je. So aku mesej hari Ahad, tapi Ahad tu doktor yang buat tu on leave dia suruh datang Isnin. 

So dengan pantas lepas aku keje aku terus shoot pegi klinik tu. Aku neves sebab kesian depa tunggu lama sebab klinik tu bukak sampai pukul 7.00 malam je tapi doktor tu willingly nak tunggu sebab dia rasa cuak. Sebab supposed takkan sakit lepas 24 jam. Tapi aku sakit. So dia suruh aku pegi buat Xray dulu kat klinik lain sebab klinik tu tak de kemudahan tu lagi. Mencacai aku pegi cari masa tu. Dah lah hari ahad. Tak semua klinik provide ya.  

Lepas dia cek, rupanya tampalan tu tak rata. Dia gerudi bagi rata, elok kau, terus tak rasa sakit langsung. Punya lah lega doktor tu & aku pon lega. Aku mintak maaf lah sebab aku depa lewat balik keje tapi nasib baik staff & doktor tu baik gila. 

Sumpah berbaloi dengan harga & layanan. So kesimpulan dia, jagalah gigi kau baik2. Actually lepas buat RCT, kena buat crown, tak nak bagi risiko gigi patah sebab saraf dah tak ada, so gigi tu kira dah mati. Sebab tu kau gigit ape pun tak rasa tapi bahaya sebab takut pecah. 

Aku tanya kos buat crown, RM1000 so aku cakap oklah nanti saya kumpul duit. So macam tulah cerita dia. Tak sakit langsung buat rawatan ni sebab dia bius. Cuma kau penat nganga je. Berbaloi sebab save gigi tak payah cabut. Sayang.

Aku malas nak pegi kerajaan sebab nak kena tunggu & masa tu tak sure ada provide ke tak sebab Covid, so aku malas nak tunggu sebab sakit, aku proceed swasta je. Worth it lah. So korang try la survey2 klinik mana yang ok & baca pengalaman orang lain ok. Jaga gigi, save duit. 

Bye. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini