Wednesday, April 9, 2014

5 Perkara Paling Mencabar & Payah Buat Blogger

Assalammualaikum..



    Hai. Korang pernah menghadapi perkara yang susah & payah masa berblog? Mesti ada kan. Tak banyak pun adalah jugak kan. Lagi-lagi blogger baru. Aku pun ada jugak. Aku dah 4 tahun dah berblog. Lamanya. Alhamdulillah syukur ada jugak orang nak baca blog kusam aku ni. Bertahun usaha nak kasi orang baca & tarik readers.

   Perkara yang aku pernah hadap masa aku berblog sepanjang 4 tahun ni & aku rasa agak payah dan rasa kekadang nak surrender. Apa dia? Meh aku share :

  • gain followers
Yang ini aku rasa tak payah sangat kot. Kalau dulu masa berblog or even sekarang pun ada banyak blogger yang buat GA, contest & banyak lagi benda yang membolehkan kita gain followers yang ramai. Honestly aku gain followers dulu melalui cara macam tu. Almost 70% of themlah. Yang lain aku rajinkan diri cari & baca melalui bloglist orang lain.

Mungkin 90% blogger senang dapat followers kalau cantik & hensem. 
  • gain loyal readers
This is the hardest aku rasa. I bet u, bukan senang bagi sesorang blogger nak gain readers yang loyal tau. Depends semuanya pada isi blog kita, cara kita sampaikan entry kita kat orang, susunan blog & semuanya. Aku dulu tebalkan jugak muka pegi ping sana sini link blog untuk dapatkan readers. Seriously that was not easy.

Tambah lagi bila kita jarang update blog. Macam aku dah tertangguh berbulan kot. Kalau dulu aku rajin sangat up entry. Sehari kadang2 4 entry. Sekarang dah ada komitmen agak susah nak spend masa update blog. Memang susah! Tambah pulak aku spesis yang malas. 

So then aku rasa aku nak sambung balik blogging sebab rasa sayang weh. Sayang kat blog, sayang kat readers, sayang kat followers yang dah lama aku kumpul tu. Sedih pulak tetiba & nyesal tinggal blog dulu. haha.
  • got comments from readers
Yang ni lagi 1 hal. Aku yang dah lama berblog, delay blogging pastu sambung blog balik nak gain komen macam dulu memang susah. Kalau dulu bolehla dikatakan banyak komen yang datang. Sekarang macam biasalah. Adat kalau kita dah lama tak berblog, readers akan rasa jemu & kadang kadang je nak komen. Tak pun lupa terus. 

Macam macam cara boleh buat sebenarnya nak dapatkan banyak komen. Kunci dia senang. Rajin kan diri datang komen kat blog orang lain jugak. Simple!
  • disisih
Point ni macam 2/10 kot tendency dia. Amboi! It depends. Kenapa kita disisih oleh blogger lain. Contoh macam kadang-kadang kita tak sedar.

- up entry yang sakitkan hati orang lain
- tak sensitif dengan entry
- sombong
- over acting

Kalau nak rebuild balik nama blog memang susah once orang especially bloggers tahu kita macam tu. So kena careful. Extra careful!
  • design blog 
Yang ini pun genting & susah jugak aku rasa. Dulu Ya Rabbi blog aku dah lah bersepah, semak pulak tu. Macam-macam benda aku letak. Almaklumlah dulu masa newbies mana aku tahu citarasa readers. Bagi aku kalau dah jadi blogger ada few things yang kena consider. 

- berat blog
- susunan blog
- isi blog
- cara kita berblog
- URL

    Mungkin banyak lagi tapi blogger suam kuku macam aku ni ini jelah kot. Cakap lebih-lebih tak pandai. Nanti ada yang kata aku over pulak kalah blogger yang ternama. Opinion masing-masing. Korang pun kalau nak share pendapat pun boleh jugak. 

   Aku suka baca blog Namee RoslanAfzal. Entry simple, fresh & bloggernya pun friendly.

   Btw thank u so much kepada readers blog aku yang ada komen, ada yang datang baca entry aku. Thanks! Ok nak sambung masak. Bye!

Tuesday, April 8, 2014

Tips Nak Pandai Masak Sekelip Mata

Assalammualaikum..

    Hai! To be honest aku memang tak pandai masak. Benda simple bolehla. Aku jenis yang malas nak belajar. Berkali mak aku suruh belajar tapi aku malas. Bila dah duduk rumah sewa & everything kena buat sendiri including memasak ni baru tahu erti hidup & bermaknanya kena pandai masak. Seriously.

   So far boleh lah sikit sikit memasak haha. 1st trial aku hancur wei. Masak telor berlada pon hancur. Anak dara ape lah ni. Sini aku kasi tips yang tak berapa nak tips kat lorang yang nak pandai masak sekelip mata. Bukan lah kata tak boleh langsung. Ok lah tu dapat belajar sikit sikit.


  •    telefon mak
Inilah cara aku. Everytime aku rajin nak masak kat umah sewa ni, mesti aku telefon mak aku & tanya nak masak macam mana including bahan-bahan dia. Ini cara paling mujarab lah. Sebab ikut 100% cara mak masak kan. Tryla!
  • try & error pakai buku resepi
Kalau rajin bolehla beli buku masakan. Pastu ikut 100% instruction dia. Campak aje. Yang penting rasa tu.
  • belajar online (youtube)
Cara ni leceh. Kena online bagai. Tapi boleh jugak. Leceh nak salin & ingat cara & bahan. Tulis dalam buku senang.
  • rajin
Ini paling penting. Nak belajar masak ni yang penting kena rajin je. Kalau tak rajin memang tak jadi. Memang takkan jadi. Kalau rajin, bila masakan kau menjadi rasa puas wei. Puas. haha.

    Setakat ni cara aku telepon mak jelah. Bila mula-mula masak tu fail normal lah tu. jangan pandang rupa masakan yang penting rasa tu ha. Janji sedap. Tapi aku rasa ijam lah kot lagi teror masak dari aku ni. Padan muka aku. Haha. Tak pe yang penting ada niat nak belajar kan. Dari tak ada langsung. Dari tak pandai masak langsung kan. 

    Aku kalau masak ngan kawan aku ni, sedap tak sedap telan aje. Ber 2 je pun. Tibai janji kenyang. Ok bye. 

Monday, April 7, 2014

Tanda Kekasih Lama Nak 'Rujuk" Semula

Assalammualaikum..

   Hai! Banyak sangat entry aku nak buat berikutan ramai yang minta buat. Aku ingatkan, semua entry yang aku buat semua atas pandangan aku sendiri. Nak argue silakan tapi jangan over. Macam best pulak tajuk ni. Sebab pernah lah jugak aku rasa. Haha.

   Senang je nak tahu crush lama kita nak kat kita semula. Cuma kita ni je yang sedar tak sedar. Jom sini kita share sama sama. Tapi yang ni mungkin more kepada mereka yang ditinggalkan dari yang meninggalkan lah.



  • baik lain macam 
 Kalau perasan ex kita tu baik lain macam dengan kita. Contoh kalau masa putus dulu kemahen ayat "u jangan cari i lagi. I dah ada pengganti u". Sekarang terbalik pulak "awak buat apa? awak jaga diri baik baik. Risau saya". Nampak pelik & agak awkward kat situ. Heh sangat. Perasan?
  • direct mintak couple semula
Ada yang tak nak tapis tu direct terus mintak nak couple dengan kita semula. Depends on that individu juga. Lain orang lain cara.
  • mula mengimbau kenangan bersama yang lalu
Tetiba contact pastu cerita pasal kenangan indah sama sama masa zaman couple dulu. Pesen gini tak lain tak bukan nak rujuk balik lah tu. It was like heh sangat bila dulu beriya nak tinggalkan tapi bila sekarang tengok ex tu dah bahagia dengan orang lain baru nak balik. Hachum!
  • tanya benda yang tak patut
Ini in case kalau contoh kita dah ada bf/gf lain. Point that i hate most. Contoh dia tanya kat kita atau gf/bf kita " awak sayang saya lagi tak?", "saya teringat kisah kita dulu","awak bahagia dengan dia?". Something like that lah. Act aku tak berapa suka point ni sebab mengingatkan aku pada sesuatu yang pernah berlaku dulu. Gila bodoh bila fikir balik. 

Bila benda yang macam ni jadi kat kita, and kita sebagai gf/bf baru rasa sedikit tergugat & terjejas kan. Somehow rasa nak sepak je manusia tu. Tapi jenis pesen gini kalau makin kita layan makin naik gila dia. Jadi baik biarkan saja & trust your partner. But dont trust too much. 
  • guna orang tengah
"aku masih nak kat dia balik","aku sayang kat dia lagi tapi kau boleh tolong aku tak". Macam ni pun ada juga. Macam macam


  • rajin/kerap contact
Tetiba pulak rajin sangat text & call. Sebelum ni tak de pulak nak call. Nak nak masa mintak putus dulu 

     Aku tak banyak sangat idea pasal ni. Some of that ada yang aku pernah rasa. Ada yang tak, just cebisan kisah daripada orang lain saja. Korang kalau ada any thought any opinion lain boleh share kat sini terus. Lagi best. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini