Monday, January 14, 2013

Sunday, January 13, 2013

Cebisan Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Full

Assalammualaikum..

    Tengok ada selit kat berita awani semalam "siti nurhaliza bertudung penuh". Aku bukak instagram siti tadi nampak gambar dia bertudung full. Subhanallah cantik sangat2. Melting tengok. Mungkin hajat dihari lahir beliau kot. Baguslah. Semoga dimurahkan rezeki & happy belated birthday. (bajet siti baca blog aku kan)




gambar dari instagram beliau

Hilang Anak

Assalammualaikum..

    Aku dah habis exam sem 5! Yey. Ok perlu untuk eksited setelah berminggu aku stress. Cakap pasal hilang anak ni selalu sangat jadi kan. Nak2 kat shopping complex tu ha. Selalu je ade announcement "sesiapa yang kehilangan anak yang berbaju merah,bla bla bla sila ke kaunter pertanyaan sekarang". 

    Semalam aku singgah Jusco Seremban 2. Pastu tengah2 teman mama pilih baju abah tu adelah sorang budak kecik ni main2 kat kaki aku. Kaki? Eh silap kat area tempat aku berdiri tu lah. Then mak aku tanye "anak uncle ke ni?". Uncle cina tu pun jawab "eh bukan ma, saya tolong jaga ini anak hilang mak ayah. dari tadi sy sama isteri sy jaga ini budak". Terkejut aku dengan mak aku.

    Budak tu hilang for almost 1 hour! Mak ayah tak tahu kemana hala. At last amoi kaunter panggil abang security tu amik budak ni. Aku tengok mak ayah die terduduk kat kerusi luar tu tunggu anak dia. Habis cair2 maskara mak dia. Nangis mungkin. lepas pade tu aku tengok bapak dia kepit kuat2 anak nye. Budak tu stay cool je tak nangis langsung siap gelak2 lagi. Alahai comel gila.  Ada beberapa kemungkinan :

  • syok shopping
  • terleka
  • anak hyperactive
     Ada jugak aku pergi shopping complex aku tengok mak bapak budak2 guna macam2 cara tak nak kasi anak die hilang merata2.
  • ikat

Tapi aku rasa macam kejam sangat je ikat anak macam ni. Kesian

    So, mak ayah jangan lah syok sangat nak shopping tu. Tengok anak sekeliling. Kang tak memasal anak hilang. Jaga anak2 tu baik2 ye. Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini