Wabak kawin irma tak habis habis lagi. Sampai berbulan maybe. How sweet both irma & hubby. Habis meroyan semua rakyat jelata.Korang tengok irma muka die berseri je kan. Ape petua die eh? Jom sini aku share :
- kurangkan pemakaian mekap yang terlalu tebal
Tak dinafikan mekap memang buatkan seseorang tu nampak cantik sangat. Tapi mestilah kene pade cara & orangnya kalau nak bermekap kan. Kalau mekap terlalu tebal sumpah tak cantik weh. Pernah dengar tak orang dulu2 kata "jangan pakai mekap sangat nanti bila kawin hilang seri". Irma pun kalau tengok jarang die pakai mekap tebal2 kan.
Mungkin ada yang tak bersetuju dengan aku. Tapi tak pe, aku sendiri tengok time akak aku kawin. Mase die belum kawin kemain tebal mekap then bile 3 bulan dah nak kawin die kurangkan & tak pakai langsung mekap. Bile die nikah kahwin berseri2 muka dia. Tapi terpulang pada pandangan masing2.
- amalkan minum air masak & selawat
Tau lah dahaga. Tapi selalu lah amalkan minum air beserta selawat. Banyak kelebihannya.
- cuci muka setiap hari
Oh! Ini memang sangat penting. Jangan seminggu sekali ye. Nanti berdaki2 muka tu. Cuci muka tu penting. Make sure pakai pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka korang.
- berwudu'
Ape2 pun ambil air wudu' jugak yang berkesan. Nak tau berkesan ke tak try lah. Jangan pulak ambil wudu' semata2 nak kelihatan cantik. Lari niat dah tu.
- basuh muka dengan air basuhan beras
Aku selalu jugak buat bende ni. Tapi sekarang dah malas. Amik air bekas basuhan beras tadi. Jangan dibuang. Sapu kat muka 2 3 kali. Lembut berseri je muka nanti.
- amalkan petua2 tradisional
Petua tradisional setakat ni memang terbaik. Selalu lah amalkan letak tomato, timun & lain2 lagi. Jarang pakai petua tradisional tak berkesan kan. Cume zaman sekarang ni kalau ada suplemen tambahan, amik lah. Jaga kesihatan sekali.
Dah la tu. Kalau ada kurang korang tambah ye. Pesanan orang tua2 selalu berguna. Jadinye jangan amik remeh je ape yang mak2 nenek2 korang cakap ye. Macam mak aku memang tak bagi sangat selalu mekap2 bagai ni. Katenye hilang seri muka. Aku bukan nak kate salah bagi orang yang duduk mekap bagai ni, dah nama personal opinion.
Opss! Tak lupa, salam nisfu sya'ban. Maafkan aku kalau ade kata2 dalam blog ni yang menyinggung perasaan & hati korang ye. Kadang2 aku tak sedar. Semoga dengan terbukanya buku baru, akan mencatatkan lebih banyak kebaikan buat kita. Amin
![]() |
| seri bakal. Bakal? haha! |









