Saturday, October 12, 2019

Tips & Pengalaman : Malaysian Street- Syurga Shopping -Pasar Malam Murah & Cool 2019 - (Sesi 2)

Assalammualaikum,

Hai. Lama pulak aku nak amik masa update second session pegi HCM city. Aku baru lepas naik cuti sakit hari tu, so delay lah. Tu pun aku nak share dengan korang since berkaitan dengan medical card, and penting!

So hari ni aku nak share pasal Malaysian Street kat HCM city ni. Mostly sape yang pernah survey atau pegi HCM city kompem akan pegi kat sini. Macam aku cakap kat posting tajuk tu, dia macam syurga shopping. Macam pasar malam yang cool & murah nak mampos.

Murah macam mana murah? Bagi aku rakyat marhaen yang tak berapa nak mewah ni, memang murah gila la. Biasanya yang femes kat sana brand yang tak mampu milik kat Malaysia lah macam Ariani, Siti Khadijah, Duck, Naelofar & Bokitta. Sumpah, murah gila.


Aku pegi sana 4 hari. Hotel aku dekat je dengan Malaysian Street ni so tiap malam aku mesti pegi sampai dah tak tahu nak beli apa. Aku paksa ijam teman kan aku jugak. So apa yang menarik? Jom aku share :


  • waktu niaga-  dia bukak pukul 8 malam sampai 11 malam. Depends pada kedai mana. Ada kedai tu dia bukak sampai 12 malam, ada tu sharp dah tutup. Aku masa pukul 7 lebih macam tu, terkejut nak mampus depa jenis bawak kemah putih tu untuk pacak buat kemah niaga depa. Sambil tak pakai baju, terus bukak kemah. Macam apa kau tahu, macam orang tengah nazak,  ko nak bagi CPR, rushing macam tu. Sampai aku nak record pun tak sempat & kena tolak tepi sebab nak bagi laluan. Fuh. Dasat.  Kat street tu memang kawasan dorang berniaga. So bila dah pukul 10 malam macam tu lagi lah best gila sebab ada tu semua dia bagi murah gila. Kau tinggal sedia duit. 



  • languange - Mostly semua cakap melayu je. Sebab tu aku cakap macam pasar malam. Sama je macam kat Malaysia. Mostly tempat yang aku pegi kat HCM semua pandai cakap melayu since most of the tourism datang dari Malaysia. 
  • duit - Aku belanja kat sana semua pakai RM je. Aku tukar Dong dalam 1 juta lebih, tapi shopping aku habiskan duit RM dulu. Walawei, sekejap je habis dah duit sebab kau beli macam tak ingat dunia. Syaitan nafsu horay horay. Dah habis duit RM baru aku belanja pakai Dong. Debit/Credit boleh je pakai tapi cas mahal lah. Tapi be careful! Kau jangan sesekali tunjuk kau banyak duit, nanti kena tipu & rompak. 
  • harga- berkali kali ganda murah. Contoh kat Malaysia Ariani tu beratus ringgit, kat sana kau boleh dapat dalam RM 20 untuk latest design macam tu. Kualiti, bagi aku sama je. Depends lah. Tapi kena pandai cari kedai jugak sebab ada tu aku compare design sama, harga beza. Kena rajin survey & compare. Mostly ramai hunting for telekung SK. Murah nak mati. Kain pun not bad. Dia macam nilah, kalau kau mampu nak pakai yang original, go for it. Macam aku, aku suka both. Jenama & kualiti. So suka hati akulah nak beli yang mana. Haha. Ramai shopper borong sana & jual sini, so aku taulah berapa harga sebenar kalau seller selain physical store jual. Opss.Harga yang niaga kat atas jalan tar lagi murah compare to yang dekat kemah. And kalau korang nak borong kain cotton pun murah nak mampus kat sana. Aku beli 2 kain japanese cotton & english cotton dapat dalam RM 20 ringgit je. Mana aku tak happy. Semua aku borong. 




  •  makan- Kat kawasan sini je yang ada makanan halal. Dan harga dia mahal gila. Pasal makan nanti aku share lebih ok. Duit aku banyak habis kat sini. Which is rasa dia tak sedap mana compare to Malaysia tapi sebab dah kebulur, aku bedal jela. 



  • kopi- Korang wajib try! Sedap gila. Hari-hari aku minum sebab sedap gila. Harga RM3. Tapi kau kalau nak beli tengok lah dulu seller yang mana. Ada tu, susu semata, tak piaw. Aku recommend ada kakak cantik yang jual kopi ni ramai beli kat dia sebab sedap dia buat. 




Tapi  dalam banyak yang best tu, ada benda yang korang kena hati-hati. Jangan kena sampuk shopping sampai leka. Mana-mana kita pegi pun make sure your safety is your priority.

  • bag jangan leka. Silang atau back pack letak belakang. Tak pun kau letak lock je. Tapi leceh. 
  • barang kemas jangan pakai. 
  • jangan tawar menawar kalau tak nak beli
  • kalau nak beli, kau tawar sampai bankrap. Tawar bagi murah terus. 
  • jangan tunjuk kau banyak duit depan seller kat sana. Kena kencing je. Tak pun, dia tarik je wallet kau
  • nak makan, pastikan yakin dia halal. Kalau kau rasa dia was-was tak payah lah kau makan/minum. Islam tu mudah. Jangan rumitkan.  

Nanti aku sambung sesi ke 3 kat tempat lain pulak. Mehla baca pengalaman aku travel HCM kat Sini jugak. Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini