Friday, May 26, 2017

Stress Kat Tempat Keje- Handle Cara Aku

Assalammualaikum.

 Hai. Feh lama aku tak update blog. busy sangat dengan keje entah kemana hala tunggang terbalik. Sekarang aku terasa rajin pulak nak update blog since rindu jugak la nak blogging semula. Baru hari tu semangat berkobar nak start blogging balik, tapi malap sekejap eh!

Ok dah jom aku nak cerita pasal stress kat tempat keje. Sape je yang tak stress time keje kan. Mana-mana keje pun kompem akan stress punye. Percayalah. Tapi ada cara untuk handle stress tu macam mana. Sini aku share cara aku.


  • buat tak tahu
konsepnya, kau layankan aje ape keje yang mendatang. Kau kalau layan stress memang takkan settle punya. Sampai kesudah, last-last bad mood manjang. Tak syokla nak keje macam tu kan. Orang nak tegur kau pun jadi takut. Asyik moody je. Boring,

Makanya, selalu aku kalau stress aku buat tak tahu je. Keje still on, tapi buat- buat tak tahu je. 

  • take 10
Biasa aku kalau stress, aku stop keje, aku rest la for few minit dulu bagi longgar semua sendi kau, lapang otak kau, dalam 5 ke 10 minit, then baru sambung keje semula. Tapi janganlah sampai lama sangat kau take sampai colleagues kau nampak semacam je kau ni. Be genius ok. 

Masa take ni kau pegi lah minum dulu ke, makan kudapan biskut ke apa-apa jelah. Selalu aku akan menggeliat, makan biskut atau gula-gula. Kadang-kadang masa keje ni kita tak boleh terlalu nak straight sangat. Kene bagi badan kita ruang jugak untuk berehat. Gitu.

  • jangan paksa diri
Ini penting. Kalau kau rasa dah tak boleh handle sangat, betterlah voice up. Tak pun kau settle slow-slow dulu ikut mana urgent. Aku pernah sampai 1 tahap rasa give up macam nak tinggalkan je keje & balik umah tido. 

Cool. 

  • cool & relax
Kalau kau tak boleh rilex pun kau buat-buat cool je. Aku kompem, mesti semua pun akan settle. Percayalah. Yang penting relax bebeh. 

Tapi lain orang lain cara dia handle stress masing-masing. Depends la kat korang nak buat macam mana, Tapi jangan sampai terlalu overload sangat, stress sampai burukkan kesihatan & effect performance keje. Thats not cool bebeh.

Sempena esok nak puasa, aku nak ucapkan selamat berpuasa. Maaf ada salah silap sepanjang berblogging sama ada kenal secara nyata atau tak. Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini