Hai! Hari ni nak cerita pasal sakit perempuan. Entry hari ni pasal perempuan. Yang lelaki nak baca ikut sukalah. Tambah pengetahuan untuk makwe, ibu & isteri ye. Sebenarnya ada banyak persepsi pasal senggugut ni. Ada yang aku dengar yang tak elok. Mostly nya lah. Aku pun tak tahu lah sebab aku tak pakar.
Pengalaman aku alami senggugut? Tak pernah rasanya. Setakat sakit perut biasa je. Aku tak de lah seteruk orang yang alami senggugut tu. Mostly yang aku tengok sendiri kawan aku, kakak aku kalau kena senggugut memang teruk gila. Ada tu kawan aku sampai tak boleh bangun langsung kot. terpaksa amik MC. Kesian.
Tapi dalam pada tu, tak boleh jugak kita amik remeh pasal benda ni kan. Kauorang pernah dengar yang orang kata "senggugut menyebabkan kemandulan?". Aku tak arif pasal benda ni thats why aku tanya. Apa yang aku tahu bila aku tanya mereka yang kena senggugut ni dorang kata akan rasa sakit gila perut & pinggang. Lain orang lain rasa senggugut & simptom diakan.
Ada juga kaitan senggugut & penyebab cyst (ketumbuhan). Korang boleh baca kat sini. Bila aku baca agak scary sebab berkaitan dengan kehamilan. Orang yang ada cyst ni sukar nak pregnant kan? Maksu aku pun ada cyst jugak. Tapi alhamdulillah dah selamat lahirkan baby girl puasa hari tu. Dia berubat kampung tak silap aku untuk kecutkan cyst tu.
Sini aku share dengan korang sikit info dari blog Dr Hamid ni. Pasal Dari senggugut ke endometriosis. Kat bawah contoh gambar dari blog dia.
Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih) |
Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis. |
Scary kan? So, better kita refer doktor untuk rawatan yang selanjutnya. Mana lah tahu kalau-kalau kita terkena benda ni. Mintak dijauhkan.
Selalu kalau orang nak hilangkan senggugut ni mak aku selalu suruh kakak aku buat macam-macam cara. Nak kurangkan rasa sakit tu. Contoh :
- minum teh pahit tanpa gula
- letak air panas dalam botol & balut dengan towel nipis. Tuam kat perut (cara ni best gila)
- makan panadol ( tak digalakkan takut ada long term effect)
- minum air halia
- tidur
Kalau korang ada cara korang sendiri share lah kat sini. Sebenarnya bertuah jugak aku sebab tak sakit senggugut macam tu. Alhamdulillah. Dia kalau nak datang,sapai masa dia datang je. Haha. Cuma sekarang agak tak teratur & lambat. Siapa tahu apa yang perlu aku buat? Kalau korang ada masalah yang sama dengan aku sharelah.
Oklah. Ini yang aku tau aku share dengan korang. Jaga kesihatan kita baik-baik sebab takut akan ada effect di masa akan datang.