Friday, November 16, 2018

Tanda Kematian- Benar!

Assalammualaikum


Hai. Alhamdulillah ramai yang datang baca blog aku pasal post arwah abah aku yang lepas. Tak kurang juga ramai yang datang, mesei ucapkan takziah kepada aku dan juga yang mendoakan arwah abah. Alhamdulillah.Terima kasih aku ucapkan. Tak terbalas.

Hari ni aku nak sambung pasal tanda kematian arwah abah yang sempat aku perasan lepas abah meninggal. Niat aku publish post ini bukan untuk menunjuk atau membuka aib. Bukan. Tapi sebaliknya untuk share dengan korang. Mati itu sebenarnya dekat je dengan kita . Perasan atau tidak je.

Aku rujuk sumber dari sini untuk tanda kematian bagi seseorang itu. Ingin aku ingatkan, aku hanya refer dari article, sejauh mana kebenaran nya wallahua'lam. Aku nak share dengan korang apa yang arwah abah sempat alami 2 minggu sebelum dia meninggal.


  • nampak bayang seakan kotak bila nak tidur
2 minggu sebelum abah meniggal abah demam. Aku ingat demam sebab cuaca yelah sebab aku baru balik bercuti dari Cameron Highland masa tu bawak family semua bercuti. Then mama kata dia demam and tak dapat tidur.

Mama kata abah tak boleh tidur dia kata masa nak lelap je nak tidur dia nampak bayang kotak banyak-banyak. Aku macam pelik lah apa benda tu. So bawak pegi jumpa ustaz takut ada benda yang kacau dia. Mujur, hanya lemah semangat je.

Rupanya lepas arwah meninggal baru teringat. Mungkin bayangan kotak yang arwah abah nampak masa nak tidur tu adalah bayangan keranda dia. Aku terkejut sebab nak kata tak, pelik. Nak kata ya, betul juga. Sebab semuanya jadi tiba-tiba!

Arwah abah tak tidur 2 hari sekali dengan mama. Dia kata dia takut. Allahuakbar!


  • monyok dan sedih
Kalau selama ni, dia elok je gelak ketawa banyak cakap dengan anak-anak dia lagi-lagi cucu dia. Tapi last 2 hari sebelum dia meninggal, dia langsung tak senyum. Langsung tak ada riak muka apa-apa. Monyok dan sedih. Macam dia tahu yang dia akan tinggalkan kami semua. So sad!

Aku ingat sampai mati renungan abah kat aku dan kat semua anak-anak dia masa sebelum dia meninggal. Sayu & sedih. Aku tak boleh ingat nanti aku sedih. 

  • tangan menggapai sambil mata terpejam. Bingung
Bahkan dikatakan, manusia tersebut yang mempunyai rasa keimanan yang cukup tinggi akan bisa melihat wujud malaikat maut tersebut walaupun hanya sekilas. Dan orang yang melihatnya biasanya akan bingung dan merasa takut karena dia tahu bahwa waktunya di dunia ini tinggal sebentar.

Sehari sebelum abah meninggal, sempat aku tengok sendiri, arwah abah lain macam. Masa mata dia pejam, tangan dia menggapai angkat keatas macam kita selalu nak panggil orang tu. Macam tu lah. Pastu dia bangun duduk, dia macam blur tau. Macam bingung macam tu. Macam mamai lah senang kata. 

  • Mengidam & berselera makan
Sehari sebelum arwah meninggal, dia mengidam nak makan kuih ketayap & nasi ayam. Alhamdulillah seronok tengok dia makan. Masa mak long datang bawak makanan, berselera dia makan.Makanya tak ada lah nak syak apa-apa yelah seronok tengok abah selera semula lepas bape hari abah dah tak makan. 

Yang ini jelas, aku nampak tanda dia. Allahuakbar. Maha Besar. 

  • Telinga & hidung jatuh
Yang ni mama nampak. Tapi mama cerita dekat aku lepas arwah abah meninggal. If you could hear what mama said, you will never believed. Sungguh tak sangka memang jelas tanda nya mama kata. Slow-slow mama urut naikkan semula. 

Masa tu aku ada ambil gambar arwah abah dari tepi. Aku sikit pun tak nampak hidung abah dah jatuh. Sedih pula. 

  • tak makan 
Start dari pagi sampai malam ahad, arwah abah dah tak makan. Langsung tak nak jamah makan. Rupanya, dia dah tahu dia dah nak meninggal. Dia nak mudahkan urusan orang masa nak mandikan dia nanti. 

Alhamdulillah, terlalu senang dan cepat urusan memandikan jenazah arwah abah hari tu. Lega hati aku. 


Bila korang baca, mesti sedikit sebanyak korang rasa seram sejukkan. Macam yang aku rasa. Lepas arwah abah meninggal, banyak benda dan perkara yang baru kami adik beradik sedar arwah abah buat untuk kepentingan anak dan isteri dia. Keluarga dia. Sedih tak terkata. 

Aku tengok muka kawan-kawan arwah abah, sedara semua terasa sayu dan sedih je. Depa semua terlalu sedih dengan pemergian abah. Aku percaya, arwah abah orangnya tersangat hebat dimata semua orang sampai segala budi kebaikan jasa yang dia lakukan dikenang sampai habis umur dia. 

Untuk korang yang masih ada mak ayah, hargailah selagi mampu. Berbaktilah sebolehnya. Nanti bila dah tak ada, kau akan rasa menyesal. Sumpah menyesal sebab tak abis lagi peluang untuk berbudi kepada mereka. 

Bagi pihak arwah abah, kalau ada yang kenal arwah abah, yang ada hutang atau pun berhutang, boleh minta dan hubungi aku. Bukan untuk meminta, tapi kau sendiri tahu, hidup selepas terjadinya kematian itu bukan senang. Nak lagi ketua keluarga. 

Dan juga, tak kurang yang pernah buat arwah abah sakit sampai terlalu tertekan, aku bagi pihak dia memaafkan semua walaupun sikit sebanyak aku tak akan maafkan korang. Tapi tak apalah, aku bersangka baik. Semoga segala perbuatan yang engkau semua pernah lakukan terhadap arwah abah tak kira baik atau jahat, dibalas oleh Allah swt.


Mati itu pasti. 
Salam sayang, abah. Love you.


Thursday, November 15, 2018

Selamat Jalan Abah- Kehilangan Paling Hebat

Assalammualaikum

Hai semua. Lama tak post blog kan. Aku ada banyak sangat draft post yang tak sudah taip & publish. Sibuk keje pun ya jugak sampai tak ada masa nak fikir. Rindu semua.

Hari ni aku nak post pasal kematian. Kematian arwah abah aku, Ahmad Azmi bin Baharuddin yang baru meninggal dunia pada 12/11/2018 (isnin) pada jam 8.50 pagi. Hari ni dah hari ke 4 arwah abah pergi tinggalkan aku sekeluarga. Jom aku share pengalaman kehilangan orang yang sangat aku sayangi dengan korang.

Selalunya kalau ada orang meninggal mesti orang akan tanya soalan macam kat bawah :


  1. Arwah meninggal sebab apa?
Arwah abah meninggal tak ada sebab. Dia demam panas & tiba-tiba buah pinggang fail untuk berfungsi. Tapi semua tu asbab untuk dia meninggal, semua Allah dah tentukan untuk kita. Pukul berapa, kat mana, bila kita meninggal. 

      2. Meninggal kat mana?

Arwah abah meninggal kat Kuantan Medical Centre (KMC). 

      3. Lama ke sakit?

No. Tak lama. Arwah abah admitted wad hari rabu pagi. Hanya sekadar semput dan demam. 

     4.  Kebumi kat mana?

Kebumi di Tanah Kubur Taman Guru Kuantan.


Kejap lagi aku terasa macam nak share pengalaman yang aku alami masa menguruskan arwah abah dari dia sakit sampai habis umur dia. Tapi sebelum tu aku nak share kronologi pemergian abah dulu. Kalau sudi baca mehla baca. 

Rabu pagi
  • Mama kata dia demam seminggu dan muntah non stop. Then masuk emergency KMC bagi nebulizer dulu sementara tunggu wad kosong.
  • Mama inform aku, aku decide untuk cuti isnin. Tapi terasa macam tak sedap hati, so aku tukar decide nak balik kamis malam. Tapi tiket bas kamis malam dah habis, so aku balik jumaat pagi. Aku tak balik hari kamis atas tuntutan kerja yang aku kena selesaikan. 
Khamis
  • Mama update abah dah ok sikit. Alhamdulillah. So aku habiskan kerja aku dengan tenang. Hari berlalu macam biasa. 
Jumaat
  • Aku naik bas pagi, sampai Kuantan pukul 2.30 petang terus ijam ambil aku pegi hospital. Aku jumpa arwah abah macam biasa. Kurusnya abah. 
  • Magrib aku balik rumah mertua macam biasa. 
Sabtu
  • Kakak buatkan nasi ayam untuk abah sebab dia kata teringin nak makan. Makan sikit je. 
  • Aku pegi lawat abah dah petang, alhamdulillah sihat lagi. Tapi arwah abah dah tak banyak cakap, dia senyap je. Selalu kalau aku ajak main snapchat dia layan je, tapi kali ni dia pandang sedih je.
  • Aku balik rumah mertua macam biasa. 
  • Malam tu terdetik cakap dengan ijam aku nak sambung cuti bila tengok keadaan abah macam makin worse je. Aku mesej bos aku minta permission, alhamdulillah dia paham. So aku stay sampai isnin.
Ahad
  • Pagi pukul 7.50 pagi macam tu mama mesej kata abah teringin nak makan kuih ketayap. Ijam pegi belikan dan aku terus balik pegi hospital sebab tak sedap hati. 
  • Arwah abah makan dalam 3 suap macam tu kuih ketayap. 
  • Kawan arwah abah datang ramai, nampak ceria sikit muka dia. Suka aku tengok. 
  • Sedara mara datang, arwah abah monyok je sedih. 
  • Doktor datang, pujuk buat dialisis. Decide isnin pagi buat dialisis. Sempat arwah abah salam doktor. 
  • Malam ahad arwah abah macam unconscious. Panggil nurse, dia kata normal symptom bila pesakit ada kandungan asid urea tinggi dalam badan. So ok la. 
  • Aku balik dari hospital pukul 12 tengah malam. Last aku salam tangah arwah abah mintak izin nak balik kejap. Tak sangka, itu last senyuman dan pandangan abah untuk aku.
  • Balik tido macam biasa
Isnin
  • Adik call pukul 6 pagi kata abah dalam icu koma. Allah! Terus kejut kakak semua bangun.
  • Tunggu keputusan doktor. Alhamdulillah abah dah stabil sikit dari tadi.
  • Pukul 8.40 pagi offocer icu panggil adik beradik masuk. Aku nampak susuk tubuh arwah abah disebalik langsir penuh wayar.
  • Aku blank. Aku tanya nurse, nurse geleng kepala tanda abah dah tak ada. Yang ada cuma mesin yang support. 
  • Aku menangis semahunya macam baru tersedar yang abah dah pergi selamanya. 
  • Macam tak percaya depan mata, mata abah dah ditutup dengan kapas. Mesin tu bunyi tettttttttttt tanda habis nyawa abah. 
  • Sebelum aku pegi keluar dari icu, nurse selimut badan arwah abah dengan selimut. Betul, aku dah tak ada ayah. Allahuakakbar!
  • Aku nyaris jatuh tapi mujur ada ijam, aku cium abah mintak ampun mintak halal segalanya. 
Isnin (11 pagi) 
  • Tengok arwah abah dimandikan di masjid Kuantan IM. Aku follow tengok dari awal sampai habis mandi.
  • Allahu, bersih sangat muka abah berseri. Aku sempat berpeluang untuk jirus abah buat kali terakhir. 
  • Alhamdulillah, tak sampai 1 jam dah siap arwah abah dimandikan. 
  • Arwah abah dibawa kerumah.
Isnin (12 tengah hari - 4 petang)
  • Abah dibaringkan mengadap kiblat. 
  • Lagi sekali aku macam tak percaya tu sekujur tubuh ialah arwah abah aku yang selama ni ada dengan aku. 
  • Tunggu nenek dari Perak sebelum kebumikan arwah abah. 
  • Alhamdulillah ramai sangat kawan arwah abah, sedara mara sanggup datang dari jauh untuk ziarah & beri penghormatan yang terakhir. Abah, ramai kawan abah yang datang cium abah tau, terlalu ramai. 
  • Hujan turun dengan selebatnya masa tunggu nenek. Nenek sampai, terus macam air terjun air mata aku.
  • Last, aku cium arwah abah buat kali terakhir. Arwah abah macam tengah tidur nyenyak je. Tenang je. Puas aku cium sampai tak nak lepas. Tapi kena redha.
  • Ayah ngah mintak izin nak bawak arwah abah dah untuk solatkan. Itu kali terakhir aku tengok arwah abah, lepas ni dah tak ada. 
Isnin (4.15 petang)
  • Arwah abah disolatkan. Allahuakbar, ramainya datang! Alhamdulillah.
Isnin (5 petang)
  • Arwah abah dikebumikan. 
  • Aku follow dari awal sampai habis. Tengok arwah abah dikambus tanah sampai akhir.
  • Masa talkin dibacakan, burung pun bising sama. Masa doa dibacakan, burung pun senyap. Masa sambung selawat, burung pun bising lagi. Masa urusan selesai, semua orang balik, burung pun terbang. 
  • Ramai sangat yang datang kekubur arwah abah tengok. Happy rasa. 
  • Itu kali terakhir. Aku menangis bagaikan tak ada hari esok bila nak balik. 
  • Alhamdulillah selesai urusan arwah abah. Sangat dipermudahkan dari awal sampai habis. Aku lega. 

Sampai sekarang, terasa arwah abah masih ada. Sampai sekarang aku masih tak percaya orang panggil abah dengan panggilan arwah. Sampai sekarang aku tak percaya orang panggil jenazah. Sampai sekarang aku masih tak percaya aku anak yatim. 

Tapi Allah lebih sayangkan arwah abah. Semuanya sempurna. Yang hidup mesti kena teruskan hidup walaupun susah. Tinggallah mama & adik beradik yang setia meneruskan sisa baki perjalanan hidup yang tak tahu kat mana kesudahannya. 

Nanti aku sambung tanda saat kematian yang baru tersedar lepas arwah abah meninggal dengan korang. Lapar pula. 

Aku redha. 
Selamat jalan abah. I am proud of you. I love you, always.
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tekan Sini