Wednesday, June 25, 2014

Manusia Alam Maya 2014

Assalammualaikum

   Lately aku perhatikan rakyat Malaysia menjadi semakin hebat & rancak bila berbicar especially dalam alam maya. Social media terutamanya. Contoh Fb, twitter, instagram & segala bagai social media yang ada zaman ini. Perasan tak?

   Lately ni jugak kes buruk yang terjadi di Malaysia makin menjadi jadi macam cendawan tumbuh lepas hujan. Banyak sangat. Dari segi semua aspek dari rogol, curi, bunuh, anak, ibu bapa, nenek & semu semua lah. Terlalu banyak kalau diikutkan.

  • terlalu hebat menghukum orang
"mamat/minah ni patut kena sula je campak dalam lombong kasi reput..bla..bla..bla". Terlalu ramai orang yang macam ni. Terutamanya kau boleh tengok dalam fb of course & twitter. Instagram pun boleh tahan hebat & rancak. Aku perati jugak gelagat-gelagat manusia ini. Kesian.

Bagi mereka yang suka sangat menghukum orang tu, cuba engkau fikir. Engkau sudah terlalu bagus sangat kah? Terlalu maksum sangat kah? Sampai nak hukum orang macam tu sekali. Bila isu baru timbul kat fb & tv mulalah nak jadi hero 1 malaya share itu ini. Tak rasa malu. 


  • bertindak melulu 
Main taram je nak hukum orang tanpa siasat hujung pangkal. Terbaru cerita budak OKU. Dalam kes ni kita kena tahu cerita dari semua pihak. Bukan dari 1 pihak sahaja. Ya, dah tentu emak dia salah sebab biarkan anak dia terabai tapi dalam kes ni ada beberapa pihak lagi yang kita perlu tanya jugak. Bukan 100% salahkan mak dia. Aku tak kata aku bekap emak dia. Bodohla aku nak sokong mak yang buat anak dia macam tu. Tapi itulah. Siasat kesahihan dulu.

Kes sebelum itu, isu Cadbury. Lagi hebat. Maka dengan itu muncul lah pakar-pakar teknologi makanan & seangkatan dengannya kasi info yang entah betul ke tidak. Kena ingat. Kita ni salah kasi info sikit dah 30% mempengaruhi kepercayaan orang. Lepas kau share, orang itu share, orang ini share & tersebar info palsu. Kau tak rasa bersalah?
  • tunjuk pandai
Macam kes Cadbury, aku banyak baca kat twitter. "emak/bapak/nenek/abang aku penah kej kat KKM, jakim bagai. Prosedur tak sepatutnya macam itu ini..bla..bla..blaa". Ada siapa yang perasan? Ramai kan. Pantang ada isu sikit mesti ada timbul orang yang macam tu. 

Tak salah, tapi biarlah awak sendiri yang tahu. Kalau awak sure info itu betul betul sahih, sure, kau cananglah 24 jam tak ada siapa marah. Tapi salahnya, silapnya perbuatan kita kalau info tu salah. Kan dah timbul percanggahan. Kau jugak yang was was.
  • jadi hakim alam maya
Paling hot. Contoh kat dalam instagram. Artis kebanyakkan nya. Baru baru ni kecoh isu Diana Danielle post pasal Nora Danish pegang suami dia. Aku baca every komen dalam IG DD. MasyaAllah ramai betul para hakim. Tak kira lah laki perempuan sama naik. Semua hantu. Semua berlumba-lumba nak jadi hakim yang maha maksum. Dasat!

Kalau kau tak percaya, boleh pegi stalk mana mana IG artis yang kontorversi, kau baca. Scary gila. Engkau kutuk orang ni, orang ni kutuk engkau. Apa yang kau dapat. Malu. Retis tu relaks saja. Masing masing tak nak kalah. 


  • publisiti murahan 
Terbaru- isu budak engineer & laki UiTM. Aku terasa nak gelak pun ada baca komen sorang sorang. Rasanya isu itu tak perlu nak dihebahkan sangat pun. Mungkin ada yang niat nak bergurau tapi ada certain orang yang ambil serious pasal tu. Itu yang jadi viral dalam twitter sekarang. Makin rancak. Dah dapat publisiti orang yang create tu sekarang. Senang. Free. Mudah. 
  • screenshot/ screen capture
Ini cara paling latest nak bash orang. Macam kes Nabila Huda. Zaman sekarang ni, silap post sikit orang terus screen capture post/ gambar kau. Even dah delete pun tak dapat berundur. Orang lain dah dapat lebih dulu salah kita. Betapa advance sekarang. 

Lepas tu bash orang sampai tahap melampau. Over. 
  • blogger kelas tinggi
Sama naik dengan wartawan. Nak rebut trafik tinggi mencanak-canak sampai tak sedar info yang dia kasi kat orang fake, tak betul, tak sahih. Belum kira lagi blog yang buat tajuk hebat, buatkan orang bernafsu sangat nak baca tapi malangnya disekat dengan lambakan pop up iklan & LIKE fb yang over sangat jutaan saatnya. Apa lagi. Pangkah terus. Banyak lagi sumber blog lain yang boleh berikan info. Jangan selfish. 


   Benda benda ni semakin menjadi jadi sekarang dalam alam maya ni. Boleh jatuh fitnah. Dosa. Apa yang kita mampu buat better be silent. Tak payah kita sibuk sibuk nak mencelah dalam memberi pendapat. Kita kasi pendapat senyap senyap je. Nak judge pun tak payah nak kecoh kecoh. Nanti diri sendiri yang kena. Lagi sentap. 

   Pendek kata, kita tak payah lah jadi salah seorang dari yang atas ni. Mungkin aku juga ada silapnya yang aku tak sedar. Manusia. Tak kan pernah lari buat silap. Bila dah tahu, jangan lah diulang lagi. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Dan ingat, what you give, you get back. Kifarah. Wallahualam



Monday, June 23, 2014

Remaja Sekarang - Semakin Baik @ Semakin Teruk

Assalammualaikum

   Allahuakbar lamanya aku tak bukak blog ni. Semakin malas. Alhamdulillah 3 weeks lagi aku nak habis intern then waiting for my convocation weh. Yahoo happy sangat nya aku. Semakin hari, semakin banyak kes kes yag tak sedap didengar kan. Lately ni mostly semua melibatkan remaja muda. kan.

   Aku sendiri bila keluar rumah jadi takut bila jumpa atau terserempak dengan budak-budak remaja ataupun budak-budak sekolah. Scary. Aku tak tahu kenapa tapi scary. Dah macam-macam kes yang berlaku. Suppose mereka yang senior kena respect yang junior kan. Tapi sekarang dah terbalik.



  • rogol semakin rancak
Sekarang kes rogol makin menjadi jadi. Dalam kalangan budak pun boleh tahan rancaknya. Yang paling scary baru baru ni yang kena rogol dengan 38 orang tu kot. Lunyai lah budak perempuan tu kena kerjakan. Tak dapat aku bayangkan. 
  • bunuh 
Sama naik dengan kes rogol pun. Pun sama. Scary terlebih. Aku sekarang ni nak keluar rumah pun berkira. Nak pegi kerja pun ada jugak perasaan takut. Sekarang ni kita tak boleh percaya dengan sape sape pun.


    2 kes kat atas ni boleh dikategorikan almost kes paling tiptop dalam negara kita. Memang. Kalau kau kaji setiap bulan entah berapa percent kes ni berlaku kot. Mana silapnya? Remaja tu sendiri, keselamatan, orang lain, ibu bapak atau salah siapa. Tak tahu.


  • bahasa alien
Ini lagi 1 hal. Even adik aku pun, still terlibat dengan penggunaan bahasa alien ni. Dulu ade jugak kawan kawan aku yang gunakan bahasa ni. rasa nak tergelak dengan sumpah annoying gila bila baca.




    The only thing yang kita boleh buat pun jaga diri sendiri. Itu yang paling crucial. Nak nak perempuan. Terlalu banyak kes yang buruk melibatkan perempuan. Tapi perempuan pun ada salahnya juga. Dari segi macam-macam. Korang sendiri pun boleh fikir kot. Pertama, dari segi pakaian lah. Kedua mungkin perangai & ketiga it could be anything.

    Terkadang aku rasa, makin tak selamat pun ada. Better duduk rumah saje. Semoga kita dapat jaga diri sendiri dengan lebih baik & baik lagi. Sentiasa amalkan ayat pelindung diri. Tak kira lelaki ke perempuan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi