Tuesday, April 29, 2014

Wanita Cantik & Label Pakaian Sendiri - Set Pakaian Untuk Nikah/Tunang

Assalammualaikum

   Terasa nak share dengan korang label pakaian sendiri oleh wanita-wanita cantik yang kompem korang mesti kenal dalam alam maya ni. Tak dinafikan aku sendiri rambang mata bila tengok pakaian & barang yang diorang jual. Cantik! Mostly boleh dijadikan tempat untuk kita buat persiapan tunang ke nikah ke.



Antara design telekung idaman aku masa nikah nanti. Nak buat hantaran haha. Cantik sangat-sangat. Owner dia cantik gila. Dan sekarang tergoda dengan koleksi jubah dia. Walamak memang cantik. Yang tu list idaman untuk nikah/tunang nanti. Berbaloi. Custom made semua
Yang ini lagi 1 feveret design aku. Jubah dia semua tiptop. 100% cover aurat kita & shawl dia pun sama. Memang completely tutup aurat. Pun sama, owner cantik sangat. Kalau lah aku banyak duit, boleh beli 1 dress untuk bakal bridesmaid. Over tau!
Owner orang kuantan. Cantik sangat jugak. Paling latest dress ke jubah dia. Memang cantik gila. Rambang mata!
Cantik koleksi shawl dia. Pada siapa yang nak tunang ke, nikah ke aku rasa boleh kot try shawl dia kalau kena pada gaya. Cantik! Boleh masuk dalam list aku ni. 
Siapa yang tak kenal isteri Ally Iskandar. Aku suka tengok dia. Sejuk je mata memandang. 

    5 orang cantik yang punya label sendiri ni memang tak pernah miss aku stalk kat IG. Memang rambang mata. Tunggu gaji masuk baru nak gatal tangan pilih jubah untuk raya. Wehu. Memang semua ni masuk list aku kalau nak tunang nanti lah. Boleh pakai buat jalan harian kan.

   Selamat menjamu mata! Oh mungkin korang ada kenal mana label lain lagi boleh share dengan aku kat sini. 

Monday, April 28, 2014

5 Soalan Yang Paling Kritikal & Dibenci Oleh Perempuan

Assalammualaikum

   Hai! Terdelay nak update blog pulak. Hari ni terasa nak share dengan engkorang semua pasal perkara & soalan yang paling dibenci oleh perempuan bila ditanya. Tak kisah lah ditanya oleh si lelaki ke perempuan ke.


  •   "bila nak ada anak?"
The most critical question for married peoples. Macam kakak aku. Almost 2 tahun usaha nak anak tapi baru sekarang Allah nak bagi. Sepanjang setahun lebih mengadap mulut-mulut orang yang selalu sangat tanya tu bukan senang. Kena ada mental, emosi & fizikal yang kental. 

Soalan ni memang wajib bila dah kawin kan. Biasalah manusia. And mostly melayu. Kompem wajib punya mulut tu bertanya. Kadang-kadang dah tahu orang tu still tak ada lagi rezeki tapi nak jugak tanya lagi. Mak cik aku dah 7 tahun kawin tak ada anak. Dia punya stress & sedih tak payah cakap. Kesian sangat tengok. Tapi berkat sabar dia, usaha dia, Allah kasi dia anak dalam tempoh 7 tahun kawin tu. Dan alhamdulillah Allah kurniakan lagi seorang anak tahun ni. Nampak tu? Percaya pada qada' & qadar Allah.
  • "bila nak kawin?"
The most critical question for unmarried women. Yes, soalan ni pun wajib orang tanya bila once tengok perempuan tu dah bekerjaya. Some how those peoples yang bertanya ni boleh tahan annoying jugak kan. Mana kau tahu dia tak ada calon lagi ke, tak kukuh kewangan lagi ke, tak sedia nak pikul komitmen lain lagi ke. Kita tak tahu
  • "berapa berat kau?"
Same goes to both either thin or fat women. Kalau aku, of kos aku sensitif sangat bila orang tanya pasal berat aku sebab dah tahu aku ni sekeping. Kurus. Lagi mahu tanya. Kalau orang yang chubby tu lagi terasa. Ya, aku banyak makan hati dengan orang-orang yang suka tanya soalan macam tu kat aku even dah tahu aku macam mana. Sampai 1 masa aku rasa fed up & stress. 

Tapi kau fikirlah. Apa nak heran kalau orang tanya. Asalkan kau sihat tak kisah gemuk ke kurus ke. Jaga diri sendiri saja sudah.
  • "umur berapa?"
Yang ni mungkin ada certain perempuan tak kisah & ada certain perempuan tu kisah. Bagi aku bape pun umur tak kisah. Atau mungkin ada perempuan fikir pertanyaan pasal umur tu macam nak sindir dia tak kawin lagi. Mungkin. Tak semua ok.
  • "tinggi engkau bape?"
Sensitif bagi orang yang kurang rendah. 
  • "pakwe engko ke tu? Kenapa tak cari lagi sepadan dengan engko?"
Ada, tapi tak semua. Kadang-kadang ada jugak orang yang persoalankan.


 
    Semua pertanyaan kat atas ni kalau selalu ditanya & salah time nye engkau tanya pasal sipemilik tuan punya badan, silap haribulan kena sembur jugak. Kita ni sebelum nak bertanya orang tengok dulu keadaan dia, keadaan sekeliling & diri kita. Jangan main redah je. Boleh bikin gaduh nanti.

    Apa yang kita persoalkan tu sebenarnya kita persoalkan rezeki Allah bagi kat kita & orang tu. Tahu tak? Bagi kita yang belum kawin tu, jangan senang-senang laju je mulut tu bertanya & persoalkan rezeki orang tentang anak, hal kawin & sebagainya. Tahu tak emosi orang tu macam mana bila kerap kali ditanya macam tu. Kesian.

    Kita kena ingat :

    Ada orang Allah kasi dia nikmat harta yang banyak sangat, tapi tak dikurniakan anak,
    Ada orang Allah kasi anak yang ramai, tapi tak punya harta yang banyak.
    Ada orang Allah kurnakan nikmat harta yang banyak & anak yang ramai tapi punya masalah        keluarga
    Ada orang Allah kurniakan keluarga yang aman harmoni tapi tak punya harta
    Dan
    Ada orang Allah tak kurniakan nikmat apa-apa sebab Allah mahu uji dia supaya dikurniakan       nikmat yang  sangat besar dikemudian hari

   Kita kena ingat semua tu. Tak semua orang bernasib baik macam kita. Dan kita ni pun yang dah ada semua, mewah serba serbi ada jangan pulak riak menunjuk-nunjuk. Kaya tapi tak dikurniakan anak. Salah 1 dugaan Allah bagi tu supaya simpan sikit rasa riak tu daripada terus ditayang kepada orang lain. Mengundang rasa bangga & kesian orang lain. 

    Semua tu adalah REZEKI. Siapa kita yang nak persoalkan semua rezeki yang Allah bagi pada kita kan. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebaiknya terus berdoa supaya apa yang kita kurang akan Allah berikan 1 hari nanti. Biar lambat atau cepat. 

   Aku pun bukan lah baik sangat nak nasihatkan orang tapi benda ni semua berlaku dalam hidup aku. Hidup sekeliling aku. Ya, aku ambil pengajaran dari semua yang berlaku. Tak lah aku menyesal kemudian hari. Mana yang kita kurang kita tambah. 

   Jangan cepat sangat nak berkata itu ini kat orang, nanti berbalik semula pada diri kita baru tahu. Biarlah. Kita jaga diri kita & perihal diri sendiri sudah. Tak payah nak menyibuk

Monday, April 21, 2014

Frust Dengan Smartphone Samsung

Assalammualaikum

   Hari ni nak cerita pasal pengalaman buruk aku dengan samsung. Dulu aku pakai fon samsung. Samsung galaxy W. So far korang pengguna samsung punya sematfon ok tak? Mana lah tahu kot kot ada yang mengalami peristiwa macam aku.

   Benda yang sama berlaku pada kawan-kawan aku. Dulu memang aku suka pakai fon samsung sebab design, harga & cantik. But then lepas apa yang jadi kat henpon aku dulu aku jadi serik pulak nak pakai fon samsung since ada jugak ramai yang reviewe perkara yang sama macam aku.

   Dalam family aku ayah aku dengan abang ipar aku yang pakai fon samsung. Dan aku pun still pakai tab samsung. To be honest, samsung punya tab memang ok. Tapi baru-baru ni lah dia buat hal yang sama macam henpon aku dulu. Sudahnya memang aku frust lah dengan samsung ni.



   Masalahnya apa?

  • auto restart/ mati sendiri
Tengah aku mesej & scroll henpon aku terus padam sendiri. At 1st macam aku tak syak sangat sebab aku ingat mungkin hang. Tapi lama-lama selalu pulak. Sampai 1 masa tak sampai 5 minit mesti dia mati sendiri. Sedih!
  • bateri drain lepas cas
Yang ni for sure sebab aku over cas. Tapi aku dah tukar bateri baru. Original. Bila dia mati sendiri terus bateri tinggal 0%. Padahal aku baru je cas. Mengundang maki jugak
  • henfon jadi panas sangat
Masa dia restart tu henpon aku tiba-tiba jadi panas sangat. Panas gila. Aku dengan pantas bogelkan henpon aku. Cabut semua. Then dalam beberapa minit aku on balik tapi hampa. 
  • keluar logo sepanjang masa
Bila fon on then keep on repeating keluar logo samsung tu ha. Ape masalah nye aku tak tahulah. Yang ini same goes to tab aku. 

   Aku ni tak lah mahir & terer sangat bab henpon ni. Tapi aku selalu jugak google bila jadi masalah macam ni & ramai yang alami masalah sama macam aku. Kawan-kawan aku pun sama. Samsung Galaxy 2, 3, dan yang lain. 

   Aku uninstall semua benda. Aku format. Tapi jadi masalah yang sama. Sudahnya aku tukar fon baru. Aku jual je balik. Aku suka samsung sebab front camera dia even vga cantik. Nak tak nak aku trade in sajo. Dapat lah dalam RM 200. Jadilah.

   Aku pun tak pasti sama ada masalah android tu ke, masalah aku yang tak reti jaga fon ke, masalah henpon tu sendiri ke ape. Tapi yang sure bila banyak orang sekeliling aku alami benda yang sama, aku jadi malas nak pakai samsung. Tapi aku tetap nak pakai tab samsung sebab mampu milik.

   Cumanya, semua jenis brand henpon pon sama je. Yang penting kita tahu jaga kan. Tak kisahlah. Tapi sekarang aku tengah bling-bling mata dengan henpon sony xperia Z1 & T2 model baru tu. Aiyo ma, tergoda betul. Sekarang aku tukar pakai fon sony. Alhamdulillah review ramai orang & aku sendiri puas hati. Dan kebanyakan lelaki yang aku kenal mostly semua pakai henpon sony. Patutlah. 

   So far aku pakai sony & kebanyakan review dari mereka di alam maya & orang yang pakai sony xperia ni:
  • tak mudah hang
  • gambar sharp & cantik gila
  • sound best!
  • design terbaik (simple & mampu pegang. Maksudnya tak terlalu kecik, tak terlalu besar)
  • camera cantik
  • harga mampu milik
  • tahan lasak
   Cumanya bagi aku henpon sony xperia ni 1 je kelemahan dia.
  • front camera tak cantik.
Certain model sony je yang ada front camera cantik. Gila cantik gila. Tapi kalau jenis VGA memang tak cantik. Pakai main camera sajo.Ikut cita rasa & kemampuan diri sendiri lah kan. Ada orang support kata jenama itu yang bagus, ada orang kata yang itu. It depends pada diri masing-masing. Lain orang lain cita rasa dia kan. Sama macam aku.



    Aku tak kata semua henpon samsung ni tak ok. Pandai jaga ok lah. Tak pandai jaga, memang jahanamlah. Tapi so far dengan android baru aku rasa ok lah kot. Cuma abang ipar aku punya henpon kekadang bila nak cas tak detect & kekadang image tak keluar. Masalah.

   Sekarang tengah berlumba-lumba orang pakai lenovo kan. Memang tak dinafikan memang murah, mampu milik & besar. Ramai yang kata ok & berpuas hati. Aku pun tengok macam best je tapi aku lagi sayangkan henpon sekarang. Save bajet haha.Lenovo aku rasa ok kot sebab murah, kau boleh dapat sekali screen besar kan. Camera pun not bad. Jenis aku, aku mementingkan kualiti kamera, kelajuan henpon & memori kad.Aku suka HTC jugak sebenarnya tapi mahal sangat. Haha. 

   Panjang pulak bebel aku pasal henpon. Apa-apa jenama pun kita pakai, jaga lah elok-elok. Jangan main install segala benda alah dalam henpon. Lemas henpon tu nanti. Kalau orang kaya boleh main tunjuk je kau nak henpon mana kan. Tak kurang mesti akan ada yang kata pakai ipon lah lagi bagus. Memang bagus, setanding dengan harganya. Dan tak semua orang mampu macam kita. Ingat tu. Sekian. Bye!

    

Sunday, April 20, 2014

Emosi Terganggu Akibat Ketuat

Assalammualaikum

    Hai. Pernah korang kena ketuat? Tak kisahlah kat mana-mana. Aku pernah & serik. Serik sebab sakit haha. Dulu masa aku Form 1 aku kena ketuat kat tengah-tengah tapak kaki. Sumpah sakit gila bila nak pakai selipar & terkena bucu toilet jamban tu. Menangis!

   Puncanya apa ketuat ni?

   Aku ada dengar banyak jugak punca kena ketuat ni. Tapi tak tahu mana 1 yang sahih nya. Sumber pembacaan aku dari sini  Ketuat boleh berjangkit melalui :

  • pemakaian pakaian atau barangan lain dengan orang lain
  • tak keringkan tangan/kaki dengan kerap & betul-betul
  • keadaan persekitaran yang kotor & lembab (lantai especially)
   Ketuat berpunca melalui jangkitan kuman pada kulit. Dan boleh berjangkit kalau kita share barang dengan orang yang terkena jangkitan kuman ni atau dalam bahasa simplenya orang yang kena ketuat. Aku pun baru tahu ketuat ni berjangkit. Sumber dari sini 

    Ketuat biasa kat jari biasanya tak sakit. aku ada jugak kat bawah jari kaki. Tapi yang tu aku rajin kutil je haha. Seronok mengutil


    Masa aku kena kat tapak kaki dulu, rasa dia tuhan saja yang tahu. Sakit sebab kita pijak kan. Nak nak bila dia makin membesar tu. Memang menangis aku masa tapak kaki tergesel dengan bucu jamban. Sentap. Aku pun duk cungkil-cungkil ketuat tu. Memamng berakar ketuat tu. Dan baru aku tahu ada banyak jenis ketuat.

  • ketuat rata (bersaiz kecil)
  • ketuat plantar (tapak kaki)
  • ketuat biasa
    Ada macam-macam lagi.

Lebih kurang macam ni lah ketuat aku dulu


    Cara nak hilangkan ketuat?
  • getah betik muda. Ini cara aku guna dulu. Amik sikit pastu titikkan kat tempat kena ketuat. Buat selalu
  • abu ubat nyamuk. Bancuh dengan air pastu letak kat ketuat.
  • kapur sirih. Sapu & biar sampai kering
  • minyak goreng ikan. Celup lidi sate & titik sikit kat tempat kena ketuat
   Ada banyak lagi sebenarnya cara nak hilangkan ketuat ni. Korang tinggal google je. Aku rasa ada ubat ketuat yang dijual kat farmasi kot. Try cari. Aku biasa guna getah betik je. Jimat & senang nak dapat.

   Apa pun, make sure kita jaga kebersihan sekeliling & kebersihan diri kita sendiri. Macam aku praktikal memang totally bermain & selalu surround dengan air. Air kotor pun ya jugak sebab lepas buat susu vitagen tu kena bersihkan semua. So probability aku nak kena ketuat pun tinggi kot. Haha. Tambah pulak kulit aku jenis kulit yang sensitif. Lepas cuci tempat production terus aku basuh kaki tangan dengan dettol. Scary jugak.

   Memang emosi terganggu bila ketuat ada weh. Yelah sakit. Fikir nak hilangkan je. Stress


   Sila sila lah jaga kebersihan.

Saturday, April 19, 2014

Godaan Bekas Kekasih

Assalammualaikum

   Amboi tajuk aku. Sound weird & ganas. Pedulik lah. Aku nak buat entry yang mungkin atau sikitlah ada kaitan dengan aku lah kot. Terpulang nak nilai macam mana. Sebelum aku mulakan entry, aku terlebih-lebih mintak maaf dulu kalau entry ni dianggap mengaibkan atau pun apa. Mintak maaf.

   Godaan bekas kekasih.

    Siapa pernah alami? Tak kisahlah korang tuan punya badan ke, gf/bf nya ke, si penggoda ke. Mesti korang tahu apa rasa bila bf/gf, suami/isteri atau orang yang korang sayang digoda orang ketiga kan. Or so called 'bekas kekasih'. Aku boldkan lagi.

    Sebenarnya, pendapat aku doesnt matter pun dengan bekas kekasih ni. As long as dia tak ganggu hubungan kita dengan partner kita sekarang kan? Tapi once bila dia dah start ganggu partner korang, so then apa yang korang buat? To be honest, aku pun pernah alami. Baru-baru ni. Hampir buat hubungan aku dengan ijam porak peranda lah jugak. Apa aku buat? Ok once aku dapat tahu apa aku buat?

  • tanya direct 
Ini perkara terbaik. Pegi tanya terus kat partner kita. Tanya every single thing. Kalau kau tengok partner kau duk masam masam manis je muka, tak duduk diam gelisah tandanya dia ada buat salah lah tu. Yang kita tak tahu kan. Tapi nanti dulu! Jangan marah dulu. Sabar.
  • control emosi
Yang ini paling penting. Memang rasa nak baling kerusi jugak kat muka partner kita bila once kita dapat tahu dia contact dengan ex dia kan. Tapi sabar. Jangan cepat melenting. Dalam situasi ni kita kena bersikap rasional. Ha gitu. 

Masa mula-mula aku tahu ex ijam contact dia balik & kat situ ada 2 way communication, aku try control emosi aku. Aku tak terus direct sembur ijam. Kalau ikutkan hati & syaitan yang membisik ni, memang alamatnya terus aku sound ijam. Tapi itu semua tak kan dapat selesaikan masalah. Takkan.

Dalam aku control perasaan marah, sedih, kecewa aku terasa nak pecah jugaklah dada ni. Macam-macam benda yang aku fikir. Tapi kita kena sabar. 
  • let it go
Depends. Ada certain orang boleh lupakan benda tu macam tu je. Tak amik kisah dengan soal ex bf/gf dia. Bagi aku, kalau tak bertepuk sebelah tangan, tak berbunyi kan. Paham? Maknanya kalau bukan ada yang melayan, orang tu tak akan teruskan niat dia. Or maybe si penggoda tu tak reti bahasa. 

Aku? Berkali jugak aku biarkan benda ni. Sampai 1 masa aku rasa too much & aku berhak marah dan rasa cemburu sebab ex dia over. Dulu mungkin aku just ask, know & let go tapi bila dah jadi lagi worst sekarang, aku jadi susah ah nak lupa. 
  • take it easy
Not easy weh. Kalau sekali 2 boleh kot. Tapi kalau dah berkali-kali mana nak easy nya. 



   Dalam situasi ni, ada 2 orang yang kita perlu tanya & kenal pasti. ( Partner & ex partner kita)

  •    Partner
 Apa-apa pun mesti kena tahu dulu pasal ex partner kita kan. Bukan nak kata cemburu & tak kata langsung tak bagi kawan. Tapi depends la macam mana dia treat ex dia. Kalau over melebihi kita sebagai partner dia, itu wajarlah kita nak marah & cemburu kan. 

Tapi jangan terlalu mendesak partner kita. Ya, memang kita berhak cemburu & marah tapi kena jugak ingat kita tak ada hak nak kongkong hidup dia. Tak best lah gitu. Dia pun ada life dia sendiri. Sebab tu aku kata depends cara dia treat ex dia. 

Bagi si partner ni, kalau rasa sayangkan hubungan korang dengan future partner korang ni mungkin kena amik cara untuk pertahankan hubungan korang kot. 

- tak payah layan. Habis cerita. Kalau dilayan lagi penggoda tu suka. 
- lupakan terus. Yang lepas biar lepas. Fokus dengan yang baru & akan datang. Buat luka hati buat apa.
- terus terang. Biasakan diri untuk berterus-terang dengan partner masing-masing. Or else this thing will become worst & worst.
  • Ex Partner
This is the most critical one. Ada ex yang reti bahasa nak terima hakikat yang ex dia dah ada orang lain. Dan ada juga ex yang move on. Tahu fikir tak elok kacau hubungan orang. Nak kacau boleh lah unless kalau ex dia still single kan. Kalau dah tau ex dia dah ada lain yang still nak teraba-raba mencari balik ape kes. Tu macam nak makan tayar je. 

Macam yang sebelum ni aku cakap. Kalau tak ada yang melayan, tak kan jalan kan. Itu lah dia. Mungkin, partner kita layan or mesej balik ex dia sebab nak jaga hati dia. Konon. Habis hati kita sebagai partner untuk masa depan tak nak pulak jaga kan. 

Terlanjur aku dah buat entry ni, kepada ex kat luar sana korang patut buat macam ni kot :

- move on. Please. Memang tak senang tapi fikirlah daripada menjahanamkan hubungan orang lain. Tak elok
- terus terang. Directly cakap apa yang kau nak sebenarnya dari orang yang kau cari. 
- cari lain. Senang. Agak-agak tak boleh nak cari lain postpone dulu. Asalkan jangan jadi penggoda.
- bincang. Kalau ex kau still single then yes korang boleh discuss cara nak continue balik hubungan korang. Tapi kalau sebaliknya, better back off. 

   Ya. Dalam entry ni aku agak emo sebab benda jadi kat aku. Tak senang aku nak biarkan sebab dah 3 kali benda yang sama terjadi. But i put trust on Allah swt ini adalah dugaan aku dengan dia sebelum aku move on ke alam yang baru nanti. Eh! Mungkin dengan dugaan macam ni lebih kuatkan hubungan & rasa percaya antara 1 sama lain. Mungkin. 

   Dan ya. Dulu aku pernah ada dalam situasi jadi ex. Aku ada juga niat nak cari balik ex aku bila once aku tahu dia ada yang lain. Tipu kalau aku rasa tak menyesal. Its normal rasa macam tu. Tapi fikir lah balik. Sampai bila nak tagih kasih sayang orang yang dah ada rancangan masa depan dengan orang lain kan. Sampai bila nak seksa diri sendiri tagih perasaan kat orang yang dah ada pengganti kita. Dan tak rasa bersalah & malu ke ganggu hubungan orang lain. Useless. Fikirlah. 

   Tapi apa pun, aku mengharapkan pengakhiran yang baik dalam setiap hubungan. Yang penting kita sebagai partner kepada partner kita kena fikir jauh. Aku fikir macam-macam bila semua benda  ni terjadi kat aku. "Apa family aku akan cakap kalau aku clash dengan dia?", "apa family dia cakap nanti", "mampu ke aku nak cari bahagia lain". Macam-macam. Family masing-masing mostly hampir tahu hubungan aku dengan dia. Dah plan nak move on hubungan ke gelaran yang lagi better lagi. InshaAllah. Banyak benda & orang yang kena fikirkan. So kita, kena fikir tu semua. 

   Kalau dulu yela aku couple sebab suka-suka. Tengok kawan-kawan ada pakwe aku sibuk nak jugak. Teruk gila. Tapi sekarang lain. Usia matangkan kita. Pengalaman banyak ajar aku. Sekarang couple untuk masa depan. Rancang untuk masa depan. No more main-main. 

   Lagipun kalau nak difikirkan sampai bila kita dengan partner nak bergaduh masam muka disebabkan masalah yang sama kan. Masing-masing kena ada sikap saling percaya. Kena pertahankan hubungan masing-masing. Kalau rasa sayang kat hubungan tu lah. 

   Mungkin ada yang anggap point entry aku kali tak bagus, mengajar orang-orang bercouple, buat itu ini yang tak sepatutnya. Atau mungkin akan ada yang kata "baru bercinta dah up entry macam ni. Annoying." Macam aku cakap. Terpulang pada korang nak judge macam mana. I dont even ask u to trust, read & put your judgement here. Terpulang. Tak suka tak apa. 



   Dan kepada bekas-bekas kekasih yang wujud kat luar sana,

Aku rasa, kalau kau dah tahu orang yang kau selalu contact, pujuk, tanya segala macam persoalan yang dulu nya kau tak pernah tanya & kau hilang dia atas sebab salah kau sendiri, kau yang tinggalkan, aku rasa kau better lupakan. Better move on. Better belajar terima hakikat. Better back off dalam bahasa kasar sikit. Kau dah tahu orang tu dah ada masa depan dengan orang lain, jangan kau nak keruhkan lagi hubungan yang dah dia bina dengan orang lain tu. Jangan kau ganggu hubungan dia dengan kesalahan yang pernah kau buat dulu. 

Sekali 2 kau tanya khabar on behalf of friend then its ok lah. Tapi kalau dah sampai merebak merepek kisahnya then its too much lah brother sister. Tak salah kau nak contact balik dengan ex kau, tapi berpada-padalah. Kalau ex kau single tak pe lagi. Lantak kau lah nak buat apa. Tapi kalau kau dah tahu apa jawapan dia kat soalan kau, rasanya fahamlah kot nak buat ape. 

Stop and please stop asking "u masih sayangkan i lagi?", "u dahtak ada perasaan kat i lagi?", "i masih sayangkan u", "u serious ke dengan dia?" dan segala macam. Benda-benda tu semua boleh menimbulkan gaduh kot.

Cuba, cuba, cuba kau yang ada kat tempat aku. Aku yang datang menagih kasih & melalut dengan partner kau sekarang, ada rasa nak lempang aku tak? Ada kan. Macam tu lah rasanya. Fikir lah. Jangan jadi bodoh sebab seorang perempuan & lelaki. Best of luck kepada bekas-bekas kekasih kat luar sana. Ada yang lebih baik Allah tentukan untuk kau. InshaAllah. Nanti aku hantar kad kawin aku kat kau. By hand. Official. 

   Sebelum aku lupa, entry aku ni juga berdasarkan apa yang blogger Namee Roslan tulis dalam entry cemburu ni. Aku agree 200% dengan setiap apa yang dia taip. 

Last, dalam perhubungan lebih-lebih lagi nak akhiri hubungan dengan ikatan akad nikah kena ada banyak point :
  • give & take
  • yakin 
  • percaya (simpan sikit rasa kurang percaya. Jangan terlalu percaya)
  • restu ibu bapa
  • niat untuk halakan hubungan ke jalan yang Allah redha (nikah lah)
  • usaha pertahankan hubungan
  • kalau jodoh tak kemana 

Sekian.

Friday, April 11, 2014

Bila Malaysia Diuji Kaw-Kaw : Pengajaran & Peringatan

Assalammualaikum

   Sekarang ni korang perasan tak macam-macam dugaan yang Allah timpakan bagi kita kat Malaysia kan. Macam-macam. Bertimpa-timpa dalam 1 masa yang sama.


  • jerebu
  • suhu panas melampau
  • suhu sejuk melampau
  • catuan air
  • denggi
  • kehilangan pesawat MH370
  • penculikan pelancong
  • kematian remaja sebab dadah
   Aku rasa kali ni yang nampak macam dasyat gila ujian kita kot. Bagi aku. Even aku tak de kaitan antara masalah kat atas selain suhu persekitaran, tapi aku tetap rasa tempiasnya jugak. Tambah pulak dengan kes MH 370 tu. Lagi rasa bertimpa.







   Tapi jangan lupa, mesti, mesti ada hikmah & sebab Allah turunkan ujian macam tu kat kita rakyat malaysia. Yang mana most of us are Islam. Sangat terang & jelas kot. Mungkin tanpa kita sedar kita dah banyak sangat lalai dengan hiburan dunia & lupakan tanggungjawab kita pada Allah swt. Mungkin. Siapa tahu. 

    Dalam banyak-banyak kes, paling aku rasa teruk ialah catuan air, musim panas & for sure kes MH 370. Seriously rasa terbeban sangat. Apatah lagi orang-orang yang terlibat. Honestly aku rasa kesian kat DS Hishamuddin, Ahmad Jauhari & Azharuddin. Tapi paling kesian kat AJ kot. Nampak pada riak muka terlalu letih, penat nak jawab semua soalan yang dorang rasa pun tak mampu nak jawab. Kesian

    

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعونDan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

لا يكلف الله نفسا إلا وسعهاAllah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286] 

    Mungkin Allah nak uji kita sekarang sebab Dia sayang kita & tak nak kita terus lalai. Dia bagi kita pengajaran. Pengajaran yang cukup terkesan. Samapi bila-bila.

    Even kita sendiri pun dalam hidup tu bohong sangat kalau tak pernah langsung kena timpa dengan kesusahan & ujian. Mungkin ada yang tak pernah & hidup mewah sentiasa tapi 1 hari nanti mesti ada. Allah sayang kita sebab tu Dia turunkan ujian kat kita.

   Kalau ikutkan, sepanjang 23 tahun aku hidup di muka bumi Allah swt macam-macam dugaan yang aku tempuh. Sampai terus rasa down pun ada. Antaranya :

  • fail dalam exam
  • fail dalam bercinta (quit few times!)
  • tesis kena reject 2x
  • laptop rosak disaat kena present viva & projek tahun akhir degree
  • abah sakit, kena operate
  • hilang orang yang tersayang
  • macam-macam lagi
    Kalau ikutkan tak terkira dugaan aku. Paling - paling terkesan dugaan hari tu bila tesis aku kena reject 2x oleh supervisor aku. Nanti aku buat entry khas. Sumpah time tu rasa down gila babeng sebab kawan lain semua nak jilid dah sedangkan aku pulun cari orang nak tolong betulkan grammar dalam tesis aku. Scary!

   Kita kena amik pengajaran atas apa yang berlaku. Dalam Malaysia terutamanya. Dont keep on blaming each other. Orang tu salah, orang ni salah. Parti ni salah, parti ni macam tu. Useless! Dalam keadaan macam ni nak babitkan lagi politik. Annoying jugak bila every single thing happen mesti nak kaitkan dengan politik. Wajib!

    Orang-orang yang suka buat spekulasi tu ha, cube kau letakkan diri kau kat tempat orang yang mengalaminya. Jangan tahu buat andaian je. Perit orang yang merasanya.

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون
Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200] 

    Allah uji kita semua sebab nak tengok, kita berbalik atau tak kepada Dia bila ditimpa musibah. Banyakkan doa,doa,doa, &doa. Sabar,sabar,sabar & sabar. Tak tugi pun sabar kan. InshaAllah akan termakbul & Allah tunjukkan jalan penyelesaian buat kita semua. Semoga Allah bantu kita selesaikan apa yang terbelenggu dek kerana tragedi MH 370. Amin

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

Wednesday, April 9, 2014

Lagu ' Let It Go' Dari Cerita Frozen Berhantu

Assalammualaikum..

   Update lagi minah ni. Aku memula tengok cerita Frozen tu tak tertarik pun dengan lagu 'Let It Go' ni. Tapi bila lama-lama best pulak aku dengar. Tambah pulak macam-macam parody & version baru yang orang lain nyanyi lagu ni. Jom tengok.


Version Shila Amzah dalam 3 bahasa ( Mandarin, BM & BI)



Multi language (25 Language including BM) 



Hyorin Korea



Marsha

    
Demi Lovato - Original singer



video



Parody Paling Best


Tapi aku suka suara Idina Menzel yang bawak watak Elsa compared to Demi Lovato ni sebab suara Idina unik sikit. Lantang. 


'Berhantu' maksud aku kat sini pemes. Ramai yang berlumba-lumba nak nyanyi lagu ni ikut version sendiri. Aku suka dengar. Cerita Frozen ni best.

5 Perkara Paling Mencabar & Payah Buat Blogger

Assalammualaikum..



    Hai. Korang pernah menghadapi perkara yang susah & payah masa berblog? Mesti ada kan. Tak banyak pun adalah jugak kan. Lagi-lagi blogger baru. Aku pun ada jugak. Aku dah 4 tahun dah berblog. Lamanya. Alhamdulillah syukur ada jugak orang nak baca blog kusam aku ni. Bertahun usaha nak kasi orang baca & tarik readers.

   Perkara yang aku pernah hadap masa aku berblog sepanjang 4 tahun ni & aku rasa agak payah dan rasa kekadang nak surrender. Apa dia? Meh aku share :

  • gain followers
Yang ini aku rasa tak payah sangat kot. Kalau dulu masa berblog or even sekarang pun ada banyak blogger yang buat GA, contest & banyak lagi benda yang membolehkan kita gain followers yang ramai. Honestly aku gain followers dulu melalui cara macam tu. Almost 70% of themlah. Yang lain aku rajinkan diri cari & baca melalui bloglist orang lain.

Mungkin 90% blogger senang dapat followers kalau cantik & hensem. 
  • gain loyal readers
This is the hardest aku rasa. I bet u, bukan senang bagi sesorang blogger nak gain readers yang loyal tau. Depends semuanya pada isi blog kita, cara kita sampaikan entry kita kat orang, susunan blog & semuanya. Aku dulu tebalkan jugak muka pegi ping sana sini link blog untuk dapatkan readers. Seriously that was not easy.

Tambah lagi bila kita jarang update blog. Macam aku dah tertangguh berbulan kot. Kalau dulu aku rajin sangat up entry. Sehari kadang2 4 entry. Sekarang dah ada komitmen agak susah nak spend masa update blog. Memang susah! Tambah pulak aku spesis yang malas. 

So then aku rasa aku nak sambung balik blogging sebab rasa sayang weh. Sayang kat blog, sayang kat readers, sayang kat followers yang dah lama aku kumpul tu. Sedih pulak tetiba & nyesal tinggal blog dulu. haha.
  • got comments from readers
Yang ni lagi 1 hal. Aku yang dah lama berblog, delay blogging pastu sambung blog balik nak gain komen macam dulu memang susah. Kalau dulu bolehla dikatakan banyak komen yang datang. Sekarang macam biasalah. Adat kalau kita dah lama tak berblog, readers akan rasa jemu & kadang kadang je nak komen. Tak pun lupa terus. 

Macam macam cara boleh buat sebenarnya nak dapatkan banyak komen. Kunci dia senang. Rajin kan diri datang komen kat blog orang lain jugak. Simple!
  • disisih
Point ni macam 2/10 kot tendency dia. Amboi! It depends. Kenapa kita disisih oleh blogger lain. Contoh macam kadang-kadang kita tak sedar.

- up entry yang sakitkan hati orang lain
- tak sensitif dengan entry
- sombong
- over acting

Kalau nak rebuild balik nama blog memang susah once orang especially bloggers tahu kita macam tu. So kena careful. Extra careful!
  • design blog 
Yang ini pun genting & susah jugak aku rasa. Dulu Ya Rabbi blog aku dah lah bersepah, semak pulak tu. Macam-macam benda aku letak. Almaklumlah dulu masa newbies mana aku tahu citarasa readers. Bagi aku kalau dah jadi blogger ada few things yang kena consider. 

- berat blog
- susunan blog
- isi blog
- cara kita berblog
- URL

    Mungkin banyak lagi tapi blogger suam kuku macam aku ni ini jelah kot. Cakap lebih-lebih tak pandai. Nanti ada yang kata aku over pulak kalah blogger yang ternama. Opinion masing-masing. Korang pun kalau nak share pendapat pun boleh jugak. 

   Aku suka baca blog Namee RoslanAfzal. Entry simple, fresh & bloggernya pun friendly.

   Btw thank u so much kepada readers blog aku yang ada komen, ada yang datang baca entry aku. Thanks! Ok nak sambung masak. Bye!

Tuesday, April 8, 2014

Tips Nak Pandai Masak Sekelip Mata

Assalammualaikum..

    Hai! To be honest aku memang tak pandai masak. Benda simple bolehla. Aku jenis yang malas nak belajar. Berkali mak aku suruh belajar tapi aku malas. Bila dah duduk rumah sewa & everything kena buat sendiri including memasak ni baru tahu erti hidup & bermaknanya kena pandai masak. Seriously.

   So far boleh lah sikit sikit memasak haha. 1st trial aku hancur wei. Masak telor berlada pon hancur. Anak dara ape lah ni. Sini aku kasi tips yang tak berapa nak tips kat lorang yang nak pandai masak sekelip mata. Bukan lah kata tak boleh langsung. Ok lah tu dapat belajar sikit sikit.


  •    telefon mak
Inilah cara aku. Everytime aku rajin nak masak kat umah sewa ni, mesti aku telefon mak aku & tanya nak masak macam mana including bahan-bahan dia. Ini cara paling mujarab lah. Sebab ikut 100% cara mak masak kan. Tryla!
  • try & error pakai buku resepi
Kalau rajin bolehla beli buku masakan. Pastu ikut 100% instruction dia. Campak aje. Yang penting rasa tu.
  • belajar online (youtube)
Cara ni leceh. Kena online bagai. Tapi boleh jugak. Leceh nak salin & ingat cara & bahan. Tulis dalam buku senang.
  • rajin
Ini paling penting. Nak belajar masak ni yang penting kena rajin je. Kalau tak rajin memang tak jadi. Memang takkan jadi. Kalau rajin, bila masakan kau menjadi rasa puas wei. Puas. haha.

    Setakat ni cara aku telepon mak jelah. Bila mula-mula masak tu fail normal lah tu. jangan pandang rupa masakan yang penting rasa tu ha. Janji sedap. Tapi aku rasa ijam lah kot lagi teror masak dari aku ni. Padan muka aku. Haha. Tak pe yang penting ada niat nak belajar kan. Dari tak ada langsung. Dari tak pandai masak langsung kan. 

    Aku kalau masak ngan kawan aku ni, sedap tak sedap telan aje. Ber 2 je pun. Tibai janji kenyang. Ok bye. 

Monday, April 7, 2014

Tanda Kekasih Lama Nak 'Rujuk" Semula

Assalammualaikum..

   Hai! Banyak sangat entry aku nak buat berikutan ramai yang minta buat. Aku ingatkan, semua entry yang aku buat semua atas pandangan aku sendiri. Nak argue silakan tapi jangan over. Macam best pulak tajuk ni. Sebab pernah lah jugak aku rasa. Haha.

   Senang je nak tahu crush lama kita nak kat kita semula. Cuma kita ni je yang sedar tak sedar. Jom sini kita share sama sama. Tapi yang ni mungkin more kepada mereka yang ditinggalkan dari yang meninggalkan lah.



  • baik lain macam 
 Kalau perasan ex kita tu baik lain macam dengan kita. Contoh kalau masa putus dulu kemahen ayat "u jangan cari i lagi. I dah ada pengganti u". Sekarang terbalik pulak "awak buat apa? awak jaga diri baik baik. Risau saya". Nampak pelik & agak awkward kat situ. Heh sangat. Perasan?
  • direct mintak couple semula
Ada yang tak nak tapis tu direct terus mintak nak couple dengan kita semula. Depends on that individu juga. Lain orang lain cara.
  • mula mengimbau kenangan bersama yang lalu
Tetiba contact pastu cerita pasal kenangan indah sama sama masa zaman couple dulu. Pesen gini tak lain tak bukan nak rujuk balik lah tu. It was like heh sangat bila dulu beriya nak tinggalkan tapi bila sekarang tengok ex tu dah bahagia dengan orang lain baru nak balik. Hachum!
  • tanya benda yang tak patut
Ini in case kalau contoh kita dah ada bf/gf lain. Point that i hate most. Contoh dia tanya kat kita atau gf/bf kita " awak sayang saya lagi tak?", "saya teringat kisah kita dulu","awak bahagia dengan dia?". Something like that lah. Act aku tak berapa suka point ni sebab mengingatkan aku pada sesuatu yang pernah berlaku dulu. Gila bodoh bila fikir balik. 

Bila benda yang macam ni jadi kat kita, and kita sebagai gf/bf baru rasa sedikit tergugat & terjejas kan. Somehow rasa nak sepak je manusia tu. Tapi jenis pesen gini kalau makin kita layan makin naik gila dia. Jadi baik biarkan saja & trust your partner. But dont trust too much. 
  • guna orang tengah
"aku masih nak kat dia balik","aku sayang kat dia lagi tapi kau boleh tolong aku tak". Macam ni pun ada juga. Macam macam


  • rajin/kerap contact
Tetiba pulak rajin sangat text & call. Sebelum ni tak de pulak nak call. Nak nak masa mintak putus dulu 

     Aku tak banyak sangat idea pasal ni. Some of that ada yang aku pernah rasa. Ada yang tak, just cebisan kisah daripada orang lain saja. Korang kalau ada any thought any opinion lain boleh share kat sini terus. Lagi best. 

Pengalaman Praktikal (Part 1) : Menjawab Mulut Orang Bertanya

Assalammualaikum

    Hai semua! Selamat bertemu kembali. Fisrt sekali aku nak mintak ampun mintak maaf pada semua blogger & mereka yang datang komen, datang jenguk blog aku yang mana dah berkurun lama gila aku tak bukak & update. I was too bz. Got to do lots of thing. Aku dah nak grad!! Tinggal lagi lebuh kurang 7 bulan lagi. Eksited haha.

   Ok. Maaf sebab dulu aku bz dengan siapkan tesis. Then sekarang aku bz dengan praktikal. Plus tak ada line internet nak update blog. Gila kau rindu gila kat korang set2 blogger ni ha. Dah ada modem wifi inshaAllah aku akan cuba rajinkan diri untuk update blog ni.

   Aku nak cerita pasal pengalaman intern aku. Aku intern kat kawasan industri kecil & sederhana kat Bemban Melaka ni je. Bahagian production susu vitagen. Masa aku mula nak praktikal or even tengah praktikal pun ada mereka yang bertanya kat aku.

" kenapa pilih company kecil. Rugi amik degree masuklah company besar. Baru gah"
" kolej bagi ke memang mintak sini?"
" belajar u ternama kenapa pilih sini?"

   And lots of many kind of thought. Hairan? Tak payah. Normal lah tu mulut orang kan. Typical.

    Bila aku jawab soalan dorang senyum jelah. Bukan apa bagi aku semua tu tak penting pun. Yang penting niat aku nak belajar. Dah nama praktikal, kau duduklah company mana pun, besar ke kecik ke still kena belajar jugak. Sama je. Cuma environment jelah yang lain.

    Terkadang aku teringin jugak nak cakap "suka hati akulah nak praktikal kat mana pun". Tapi nanti rasa kurang ajar pulak. Cakap dalam hati je. Cuma aku macam sedih dengan pemikiran orang2 sebegini. Tahu pandang orang yang duduk diatas, berdiri atas nama yang gah saje. Menyampah.

    I was like eh biarlah kat orang2 yang selalu keep on asking aku. Tapi aku selalu cakap kat diri sendiri biarkan apa mereka nak cakap pun. Tak berkudis sikit pun. Tak semestinya mereka yang berada di kilang atau tempat yang kecik tu tak dapat belajar banyak benda. Aku belajar banyak sangat2 perkara bila intern ni. Banyak sangat. Yang tu nanti aku sambung dalam entry yang akan datang.

    Let them speak. Let them think. And i say go on, please. Ok bye. Nanti aku sambung entry lain.


P/s : Rindu kat kengkawan 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi