Sunday, January 5, 2014

REVIEW : Himalaya Walnut Scrub ( Best Scrub For Oily Skin Bebeh)

Assalammualaikum..

    Hai korang semua. Hari tu aku dah review pasal peel off mask himalaya tu kan. Sape yang tak baca lagi meh klik sini. Hari ni nak update review pasal Scrub pulak. Khas untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak macam aku. Tapi alhamdulillah sekarang dah ok. Yay.

    Aku ada tanya health & beauty consultant kat situ tanya scrub mana yang elok untuk kulit berminyak, then dia kata jenis walnut ni. Aku pun amik la.



    Masa mula-mula aku pakai tu agak scary sebab butir-butir scrub tu agak kasar & besar haha. Tapi bau dia sangat best. Wangi sebab ada walnut & apple dalam tu. Aku pakai seminggu sekali je. Seminggu sekali bila aku rasa kulit aku dah agak berminyak.

    Tapi lagi better lah dari dulu. Kalau dulu dalam masa 3 jam je kulit aku dah start berminyak. Sekarang alhamdulillah dah kurang. Suka wei. Bagi sape-sape nak try boleh lah beli. Btw aku lagi prefer yang ni dari St Ives kot sebab asalnya memang aku nak try scrub St Ives sebab pon berkesan jugak tapi agak mahal haha & selalu habis. So aku stick dengan Himalaya ni sebab murah & senang nak jumpa.

Harga : RM 17.90 (75 ml) - botol kecik
Beli kat : Mana - mana farmasi, guardian, watson, supermarket atau kiosk Himalaya

     Lepas pakai scrub ni lepas cuci muka, terasa licin & halus kulit kau ala-ala baby gitu haha. Trylah. Lelaki pun boleh pakai. Bye!

Wednesday, January 1, 2014

Review : Himalaya Peel Off Mask (Almond & Cucumber). Best!

Assalammualaikum..

    Hai! Setelah sekian lama aku tak update belog sebab bz siapkan anak aku si tesis tu ha. Sekarang bz dengan final exam nye lagi. Penat! Lagi beberapa hari aku dah nak habis degree dalam bahasa tak segannya habis exam degree haha. Seronok tapi sedih wei.

    I've been here in UPM for almost 4 years. Lama. Terlalu banyak kenangan pahit manis semua. Antaranya jumpa dengan ijam lah. Aww. Oklah aku nak cerita pasal 1 produk ni. Kira review lah. Lama dah aku tak review produk ni.



        Aku pakai dalam nak dekat sebulan. Sebab sekarang aku tengah cari jalan nak kurangkan minyak kat kulit muka aku ni. Over gila minyak sekarang ni. Aku dah tak pakai rumpai laut sebab dah tak ada stok dari supplier. Sedih gila. Itu je ubat yang paling mujarab bagi aku. Rumpai laut tapi susah nak dapat dah.

       So alternatifnya aku terjumpa review dari Mira Filzah yang ada cite pasal produk ni. Aku pun belilah. Masa aku beli promosi pulak. Buy 1 free 1. Sudahnya yang free lagi 1 aku amik scrub walnut untuk kulit berminyak. Best best rupanya produk himalaya ni. Baru tahu. Yang tu nanti aku review.


Harga : Botol kecil ( RM 17.90), Botol Besar ( RM 23.++)
Kat mana nak beli : Semua farmasi, supermarket, kiosk Himalaya, Watson, Guardian


     So far aku pakai alhamdulillah dah kurang berminyak & kulit rasa fresh oi. Paling best sebab boleh main tarik tarik mask tu kat muka. Terasa semua daki kotoran tu melekat hilang. Korang try lah. Pakai dalam 2 kali seminggu.Lepas 15 ke 20 minit kau tepek kat muka, dah kering cabutlah.

     Itu aje. Selamat mencuba. Oh btw mask ni bau wangi. Bau timun.Ok bye. Doakan aku boleh jawab final exam nanti. Bye!

Nah setempek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi