Tuesday, November 26, 2013

FOOD REVIEW : Lighthouse Cafe

Assalammualaikum..

   Hai! Aku kembali lagi nak review lagi 1 coffee shop yang ada kat penang. Hari tu aku dah review 1 coffee shop kat sini. So korang kalau nak pegi sana boleh lah try minum coffee kat sini. Korang boleh rasa experience minum coffee kat lain lain tempat & persekitaran. Cewah.

    Mula-mula aku sampai penang dengan kosmate & lecturer aku, petang tu terus kitorang buat coffee hopping cari lighthouse coffee shop ni. Pakai waze lagi. Nasib baik jalan kat penang tu mostly pusing-pusing kat situ jugak kau jalan. Kira tak lah penat sangat.

 


aku suka stick note ni

coffee list



Jom tengok coffee & makanan yang kitorang order

hot cappucino


cold hazelnut mocha









scramble egg & smoked salmon


Menyelerakan tak tengok? Sedap. Bagi aku rasa semua sedap haha. Kalau datang penang jangan lupa singgah sini juga ya. 


Service : 5/5
Food : 4/5
Beverages : 5/5
Environment : 4/5
Staff : 5/5

Lighthouse Cafe,Penang
 Logan Heritage Building, No 4 Bishop Street,, 10300 Georgetown, Penang, Malaysia
Tuesday 9:00 am – 8:30 pm




Friday, November 15, 2013

FOOD REVIEW : The Mugshot Cafe, Penang

Assalammualaikum..

    Hai semua. Weekend minggu lepas aku pegi penang. Ada trip untuk coffee hopping bersama kosmate aku yang lain. Best gila sebab aku 1st time pegi pulau pinang. Jakun tak aku? Kan. Jakun sebab 1st time dapat lalu atas jambatan pulau pinang tu ha. Noob gila weh.

    Kat sana aku banyak jumpa benda yang menarik. Macam cafe-cafe yang unik sebenarnya yang ada kat sana. Dan yang paling aku eksited bila dapat jumpa street art yang femes orang duk promote tu. Best gila. Kreatif & unik sangat. Ok jom aku share experience aku breakfast kat cafe mugshot ni.

Cold Cappucino
yogurt with mango and walnut
    Yang aku suka, gelas ke bekas dia letak air ni. Unik!

Hot Cappucino


black coffee



turkey & ham bagel with cranberry sauce

     Roti dia super sedap! Terasa kerangupan poppy seed tu ha.



   Ada lagi bagel lain macam cream cheese, corn beef. Aku rasa semua. Semua sedap! Rugi kalau korang tak rasa sekali hehe. Apa yang aku suka pasal cafe ni dia punya suasana. Nampak macam sempit tapi selesa je. Meh aku share gambar










Paling aku suka siap ada tempat untuk amik gambar lagi. Kretif






    Korang try la pegi. Best.

Service : 5/5
Food : 5/5
Beverages : 4/5
Environment : 4/5
Staff : 5/5

The Mugshot Cafe
302, Lebuh Chulia, George Town, Penang.
Hours: 8am-9pm (Daily)

Wednesday, November 13, 2013

FRENCH CUISINE UPM : LETS JOIN! AWESOME

Assalammualaikum..

    Hai! Aku tak sempat nak update entry aku pegi coffee hopping hari tu. Nanti lah. Ni aku nak promote kat korang pasal event lunch aku. Kali ni tema dia french pulak ok. Makanan dia memang mengenyangkan sangat & sedap weh. Tak tipu.

    Kali ni tugasan aku ialah untuk buat poster. Ok jom aku review makanan dia dulu.

Appetizer

Quiche au Quick Salad
A tart dough with royale creamy filling added of grilled leek, onion,tomato and capsicum accompanied with fresh salad

Soup

 Soup Au Pistou

Special french traditional tomato-based soup with hearty mixed of vegetables and beans.                                          served and eaten with cheesy pistou sauce

Main Course

Chicken Roulade Au Pommes Duchess served with Mushroom Sauce

Rolled pan seared chicken breast stuffed with sauteed mushroom,spinach and parmesan cheese served with mashed potato, stir fry vegetable and mushroom sauce

Dessert 

Mixed Fruits Chocolate Mousse with French Cookies
Indulgence chocolate mousse layered with mixed fruits served along with chocolate chips French cookies

    Aku paling suka dessert lah macam biasa. Mengancam haha.


Siapa yang berminat, boleh buat reservation & contact saya terus. Atau any contact number dalam poster. 
Jom reserve tempat anda sebelum penuh! tempat adalah terhad. 
Enjoy!

Friday, November 8, 2013

Pening & Mual Lepas Tengok Highland Tower

Assalammualaikum..


    Hai! Siapa sini dah tengok citer Higland Tower? MIG punya cerita tu? Aku baru tengok hari tu minggu lepas sekali dengan ijam dengan adik bongsu aku.

    Alkisahnya adik bongsu aku lah nak sangat pegi tengok wayang. aku tak tahu nak tengok cerita apa yang membolehkan dia masuk. Budak bawah umur ah katakan. Sudahnya pegilah Megamall punya wayang tenung lama lama nak tengok cerita apa dengan ijam. Lastly decide tengok lah Highland Tower tu.

    Kau tahu masa tu bapak ramai gila & panjang sangat queue nak masuk wayang tu. Eksited nak tengok cerita tu katenye. Full house bebeh! Then, bila lepas tengok mehla aku share apa pendapat aku pasal cerita ni.

Apa yang best?

  • watak eddy dalam cerita tu yang menghidupkan cerita tu. Lawak!
Apa yang tak best?
  • korang pegi tengok, pastu komen 
     Apa yang membuatkan aku pening & mual? Bukan sebab terasuk ke apa. Aku pening sebab aku duduk barisan depan, dengan kena dongak, tambah lagi dengan jalan cerita tu yang berkonsepkan dokumentari ala ala seekers. Too much movement kamera dalam cite tu yang membuatkan aku terasa nak muntah & pening tu. 

     Baru- baru ni ada cerita orang kena rasuk dalam wayang lepas tengok cerita ni kan. Tak tahu lah aku betul ke tidak ke. Bagi aku cerita ni biasa-biasa je. Karang komen negatif lebih lebih kata tak support filem melayu pulak. tapi bila dah support, tengok macam ni terasa macam membazir sikit kot. tapi overall ok lah. 

     Cerita ni pasal sekumpulan pelakon MIG ni dia nak buat macam dokumentari kat Highland Tower ni. Nampak real bila dorang pakai nama sendiri. tapi dah pertengahan cerita tu ada jugak lah part yang agak seram bagi aku yang takut cerita seram  ni ha. Yang bagusnya watak eddy tu lah sentiasa buat aku gelak bagai nak gila sebab lawak. Makin tegang bila Atikah & Shima kena rasuk. Time tu genting gila. Nak tahu kesudahannya kenalah pegi tengok

     





bye!

    Tapi aku admit jalan cerita dia memang nampak real betul. Sampai sekarang aku terfikir fikir real ke lakonan semata eh? 

Rating : 3.5

Kemana Perginya Tuan Blog Ini?

Assalammualaikum..

    Hai! Mesti korang dah boring dengan blog aku kan. Dah tinggal kusam macam tu saje. Maafkan tuan blog ni. Maafkan aku. tak sengaja! Mana tuan blog ni pegi? Aku lah tu.


  • aku terlalu tersangat bz dengan asignment aku yang maha banyak
  • terlalu sibuk menyiapkan final year projek aku
  • laptop baru sihat
  • mood nak berblog tiba tiba hilang
  • tak ada idea
  • aku sangat sangat sangat penat
    Jadinya, aku mintak maaf ye semua. Sekarang memang aku sangat bz buat itu ini punya kerja. Sampaikan boleh kira berapa kali aku on laptop ni. Penat gila. Harap korang faham. InshaAllah aku akan sedaya upaya update entry untuk korang semua. 

    Ape ingat aku tak rindu ke blogging. Rindu gila weh. Rindu nak komen kat blog blogger lain. Tunggu nanti aku update lain entry ya. Thanks for always visit my blog, my dear readers. Poyo. Muuah!! Maafkan aku. 


Motif : Diri sendiri dah tak terurus akibat stress haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi