Saturday, September 28, 2013

FOOD REVIEW : Jco Donut & Coffee

Assalammualaikum..

    Hai! Lama rasanya tak buat food review. Ok lah semalam aku pegi JJ Cheras Selatan tu. Yang kat balakong tu. Aim aku memang nak buat coffee hooping. Konon macam try kafe yang aku tak pernah try lagi selama ni. Almaklumlah semenjak belajar makanan ni semua benda aku nak try.

   Jom aku review


Nama Minuman : Caramello
Saiz : 10 oz
Harga : RM 10.50



Harga : RM 2.50 (sebiji)

   Donut dia sedap. Lagi fluffy dari Big Apple. Yang best nya Jco ni ada lagi banyak variety minuman dia. Korang boleh pilih macam macam. Tapi bagi aku air kat Big Apple lagi sedap. Aku try lah caramello tapi aku tak berapa suka sebab terlalu rasa caramel. So aku rasa muak. Yang lain ok lah. Kedai dia best, selesa je.

hai!

Overal : 5/5
Tax Charge : RM 0.93

Sunday, September 22, 2013

Fouziah Gous @ Kajol Malaysia Nikah. Cantik!

Assalammualaikum..

    Hai! Semalam puas aku stalk instagram Fouziah Gous ni. Cantik nya dia ni. Dah selamat nikah dah pun dengan tunang dia zhaf. Hensem nya suami dia. Muka dah la sama. Jom tengok sini











    Ok nak tengok lagi banyak gambar pegi kat instagram Fouziah Gous. Dia ni memang cantik. Kulit bersih je. aku suka tengok lakonan dia. Happy sunday!






Saturday, September 21, 2013

Happy Birthday To Me!

Assalammualaikum..

    Hai! Alhamdulillah hari ni dah jadi 22 tahun. Selamat hari jadi kepada diri ku sendiri haha



Thanks pada semua bloggers, kawan kawan, family & semua yang wish birthday saya. 
Thanks alhamdulillah

Friday, September 13, 2013

Fashion Yuna & Fida Ibrahim - Semakin Seksi?

Assalammualaikum..

    Hai. Hari ni sebelum balik nak up 1 entry lah. Minggu ni balik rumah, isnin cuti. Nak cerita pasal fashion yuna & fida ibrahim sekarang. Korang ada tengok fashion mereka sekarang? Bagi aku bukan melambangkan muslimah dah sebenarnya.

    Baru-baru ni aku tengok gambar yuna pakai baju yang aku rasa dah macam zombi pon ada. Bukan apa, dia dengan fashion turban dia tu. Lagi sorang si fida ni ha. Pakai turban jugak konon urban & hijabista lah. sekali tengok bawah, fail. Sebelum ni dia kena bash sebab letak gambar yang timbulkan kontroversi.

    Bagi aku sangat tak kena & lain macam dah fashion mereka sekarang ni. Makin scary kot. Bagi peminat yuna & fida tu sorry lah sebab komen pasal dress up dia. Suara dia unik, tapi aku tak berapa minat sangat lagu-lagu dia. Aku pun tak tahu kenapa.

   











    Fashion yang dulu lagi cantik, lagi sopan & tertutup dah tak ada. Sedih jugak bila tengok. Aku sendiri pun bukan baik mana tapi mereka ni jadi tempuan lah sebab public figure kan. Kalau aku tengok instagram fida tu memang banyak lah gambar kontroversi dia. Apa nak kata?

    Patutnya, sendiri fikir lah kan. Even hijabista negara kita yang lain yang pemes tu aku tengok ada jugak yang lebih kurang ini. Fashion melampau-lampau sangat. Kadang aku tengok yang betul-betul jaga cara pakaian dorang & tak terlalu over, Yana Khairuddin, Aishah Amin, Maria Elena, Fatin Suhana, Farah Khairuddin, Lyna Kamal. Yang lain aku tengok macam terover. Konon selalu jugak post kat twitter pasal itu ini tapi sendiri uplod gambar yang paham -paham saja. 

    Maaf jika ada yang terguris dengan entry ni. Segala komen dipersilakan

Thursday, September 12, 2013

REVIEW : TOMATO FACIAL MASK WATSON (Hilangkan minyak di muka)

Assalammualaikum..

    Hai! Hari ni entry pasal kecantikan pulak. Aku ada masalah kulit berminyak. Nak pakai masker rumpai laut aku malas. Sudahnya aku pegi beli facial mask tomato cap watson yang kaler oren tu ha. Aku try lah pakai 3 kali berturut-turut. Then, lepas seminggu tengok kulit dah tak berminyak. Yahooooo.

   Baru aku tahu produk ni sebenarnya berkesan & sangat praktikal. Sebab :

  • murah
  • senang nak dapat
  • dari bahan semula jadi (tomato)
   Bila share dengan kawan-kawan rupanya memang mask cap tomato yang watson ni berkesan & elok pun. Kalau korang nak lembabkan muka beli yang aloe vera tu. So, sekarang kulit dah tak berminyak. Suka gila! Secara asalnya kalau nak lagi jimat pegi amik tomato kat dapur tu, lumur 1 muka & biar kering. Lagi jimat & mudah kan. Malangnya takut nanti mak aku membebel tomato dia habis aku kerjakan haha. 


    Aku beli 1 kotak. Ada 5 pcs. Masa tu tengah sale. Murah gila



Wednesday, September 11, 2013

TIPS : Hilangkan Letih Dengan Sebiji Lemon

Assalammualaikum..

    Hai! Hari ni nak share dengan korang tips untuk hilangkan keletihan badan. Aku selalu jugak buat cara ni sebab jimat & senang. Selalu kan bila banyak sangat kerja kita nak buat, badan kita akan terasa panas & tension kan. So caranya sini aku share. Hanya dengan sebiji lemon saja.



   Bahan :

  • lemon (hiris halus)
  • air 
  • gula
  • ais (optional)
    Cara :
  • Sebelum nak hiris lemon tu, squeeze (lenyek) dulu lemon atas papan supaya nanti banyak jus yang keluar. 
  • bancuh gula & air
  • campur air lemon yang diperah
  • letak 1 hirisan lemon (bergantung tahap kemasaman yang korang suka)
  • letak ais
    Itu saje. Kalau aku tengok keadaan, kalau penat sangat aku minum lemon ais. Kalau sakit tekak minum lemon suam. Aku suka yang masam-sikit. Depends lah

    Korang try lah. Lemon ni sebenarnya menyegarkan. Lagi-lagi rasa asid masam-masam tu. Tu yang bila badan kita penat dia macam topup balik energy kita. Ok. Selamat mencuba. Nanti beli lemon simpan dalam umah

Tuesday, September 10, 2013

UPM & Green Kampus

Assalammualaikum..

    Hai semua! Susahnya aku nak timbulkan minat berblog & masa untuk blogging semenjak bizi dengan final year ni ha. Weh aku dah jadi final year, macam tak percaya je haha. Cepatnya masa berlalu terasa baru je aku jadi 1st year. Means that dah 3 tahun rupanya aku berblog. Lama tapi blog picisan.

    Sini aku nak cerita pasal UPM. Sepanjang 3 tahun aku belajar kat upm ni, baru tahun ni lah terasa macam ada perubahan besar yang upm betul-betul buat. Mesti ada antara korang yang tahu. Sekarang upm dah jadi green campus da semenjak kempen go green tu dijalankan.


    Tahu tak apa yang berubah & green nya?

  • ketiadaan bas bagi kolej tertentu (pelajar jalan kaki/naik basikal ke kampus)
  • berbasikal diperkenalkan (nasib baik aku dah jadi tahun akhir & duduk di kolej yang ada bas haha)
  • no more polistrin
  • pegi kafe makan tapau dalam tupperware (macam asrama)
  • jalan raya kat upm meriah dengan lane untuk orang berbasikal
  • pakej berbasikal dikenalkan
  • bas hanya untuk pelajar perempuan (yang aku naik tadi kaler pink )
     Hebat mpp tahun ni. Haha. Secara jujurnya bagi aku lah kan, baguslah upm ni kenalkan sistem go green bagai tu semua tapi tapi kan, aku agak kesian dengan mereka yang duduk di kolej yang tertentu yang mana dah tak ada lagi perkhidmatan bas disediakan. Means that kena either jalan kaki/ naik basikal lah pegi kelas/kampus. Kosmate aku pegi kelas jalan kaki 15 minit. Gila kesian. Boleh basah ketiak sementara nak sampai kelas. 

    Bukan apa, rasanya macam bagi aku lah kebajikan & keselamatan pelajar patutnya diutamakan. Lagi-lagi fakulti aku suka sangat buat kelas ganti & test malam. kalau aku jadi mereka yang kena jalan kaki agak scary lah nak jalan malam-malam even berteman pun kan. Upm ni luas. Tumpuan lalu lalang kenderaan luar jugak. 



    Aku sendiri pun tak rajin nak jalan kaki lagi-lagi budak final year. Macam-macam upm sekarang ni. Aku pun naik pening dengan sistem upm sekarang. Tapi mujurlah dah nak habis. Ape pun, semoga berjalan lancarlah kempen itu. 

     Maka, aku dengan bangganya lah bawak tupperware bungkus makanan. Kalau tak makcik tu kata kena cas. Lagi aku tak paham sistem upm. Tak de banner tak de ape. Ikut sajo. Tapi tetap bersyukur aku masih ada bas lagi untuk bergerak pegi ke kampus & kelas. Syukur senang. Aku lejen dari 1st year sampai tahun akhir naik bas haha. Ok bye

p/s : sem ni aku ada buat event last untuk subjek aku. Akan ada dinner, lunch & buffer. Nantikan iklan nya disini akan datang. Makanan sedap. Meh datang jenguk upm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi