Friday, August 30, 2013

Senggugut : Bahaya & Tips Kurangkan Sakit

Assalammualaikum..

    Hai! Hari ni nak cerita pasal sakit perempuan. Entry hari ni pasal perempuan. Yang lelaki nak baca ikut sukalah. Tambah pengetahuan untuk makwe, ibu & isteri ye. Sebenarnya ada banyak persepsi pasal senggugut ni. Ada yang aku dengar yang tak elok. Mostly nya lah. Aku pun tak tahu lah sebab aku tak pakar.

    Pengalaman aku alami senggugut? Tak pernah rasanya. Setakat sakit perut biasa je. Aku tak de lah seteruk orang yang alami senggugut tu. Mostly yang aku tengok sendiri kawan aku, kakak aku kalau kena senggugut memang teruk gila. Ada tu kawan aku sampai tak boleh bangun langsung kot. terpaksa amik MC. Kesian.

    Tapi dalam pada tu, tak boleh jugak kita amik remeh pasal benda ni kan. Kauorang pernah dengar yang  orang kata "senggugut menyebabkan kemandulan?". Aku tak arif pasal benda ni thats why aku tanya. Apa yang aku tahu bila aku tanya mereka yang kena senggugut ni dorang kata akan rasa sakit gila perut & pinggang. Lain orang lain rasa senggugut & simptom diakan.

    Ada juga kaitan senggugut & penyebab cyst (ketumbuhan). Korang boleh baca kat sini. Bila aku baca agak scary sebab berkaitan dengan kehamilan. Orang yang ada cyst ni sukar nak pregnant kan? Maksu aku pun ada cyst jugak. Tapi alhamdulillah dah selamat lahirkan baby girl puasa hari tu. Dia berubat kampung tak silap aku untuk kecutkan cyst tu.

   Sini aku share dengan korang sikit info dari blog Dr Hamid ni. Pasal Dari senggugut ke endometriosis. Kat bawah contoh gambar dari blog dia.

Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih)

Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis.

    Scary kan? So, better kita refer doktor untuk rawatan yang selanjutnya. Mana lah tahu kalau-kalau kita terkena benda ni. Mintak dijauhkan.

    Selalu kalau orang nak hilangkan senggugut ni mak aku selalu suruh kakak aku buat macam-macam cara. Nak kurangkan rasa sakit tu. Contoh :

  • minum teh pahit tanpa gula
  • letak air panas dalam botol & balut dengan towel nipis. Tuam kat perut (cara ni best gila)
  • makan panadol ( tak digalakkan takut ada long term effect)
  • minum air halia
  • tidur
    Kalau korang ada cara korang sendiri share lah kat sini. Sebenarnya bertuah jugak aku sebab tak sakit senggugut macam tu. Alhamdulillah. Dia kalau nak datang,sapai masa dia datang je. Haha. Cuma sekarang agak tak teratur & lambat. Siapa tahu apa yang perlu aku buat? Kalau korang ada masalah yang sama dengan aku sharelah. 

    Oklah. Ini yang aku tau aku share dengan korang. Jaga kesihatan kita baik-baik sebab takut akan ada effect di masa akan datang. 

Thursday, August 29, 2013

Malaysia : Tembak & Bom

Asslammualaikum..

    Hai semua! Lamanya aku tak update blog ni ha. Rindu kemain. Bukan apa, sebab malas nak taip. Maaf kan aku. Tak tahu lah blog ni still ada reader ke tak huhu. Start je new entry terus nak update pasal kes yang makin popular sekarang ni. Tahu tak apa? Sila baca tajuk entry.

    Macam -macam kes tembak dah kan kita dengar sekarang. Scary tak scary kau. Aku jadi takut dah nak pegi mana-mana. Yelah kalau-kalau tetiba kena peluru sesat ke kan. Mintak dijauhkan. Baru-baru ni kejadian tembak di kuantan. Huyo. Dah sampai kuantan weh. Dah la aku selalu sangat pegi kuantan. Makin tambah lagi scary aku.






    Persoalan nya : Dari mana & macam mana mereka ini semua dapat senjata api macam tu je? 
                            Bukan ke salah di sisi undang-undang memiliki tanpa lesen & sebab?

 
   Usah cakap aku, peniaga yang berniaga kat luar sana pun aku bet lagi lah takut. yelah sekarang ni orang kalau tak puas hati dendam sikit aim, terus tembak. Murahnya nyawa sekarang. Tak cukup dengan tu, orang ragut & rompak. Marah terus tembak. Allahuakbar!

    Baru-baru ni makteh aku kena ragut kat jb. Tengah hari pulak tu ragut. Kawan dia kena kelar kat tangan. Sekarang ni jenayah kalau nak berlaku tak kira tempat & masa dah. Main sebat je. Triple scary weh. Aduhai. Terasa macam nak keluar rumah pakai baju besi bawak tukul je.

   Apa-apa pun harap kejadian macam tu akan berkurangan & minta kita semua dijauhkan dari perkara buruk macam tu. Amin. Aku nak share dengan korang ayat yang selalu aku amalkan sebelum nak keluar rumah. Ayat Qursi. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar. InshaAllah semoga Allah & para malaikat lindungi kita dari segala bahaya.

   Korang kalau nak keluar mana-mana tu be extra careful then. Barang kemas, duit tu simpan sikit dalam rumah kalau tak nak kena rompak.


Monday, August 19, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalammualaikum..

   Hai semua! Sempat lagi kan aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin. Maaf dah lama tinggalkan blog ni sebab tuan blog sakan makan kuih raya & pegi beraya haha. Ada masa kalau aku rajin aku berblog lai ok.

   Bye! Love!

Thursday, August 1, 2013

Makanan Yang Sayang Gila Nak Makan

Assalammualaikum..

   Aku suka tengok benda-benda macam ni. Kreatif kan.














Menarik kan. Cube try


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi