Wednesday, July 31, 2013

TIPS : Cara Hilangkan White/Blackhead, Daki & Bersihkan Muka Dengan Jimat.Praktikal & Selamat

Assalammualaikum..

   Hai! Semalam dah share pasal produk kecantikan online kat sini. Hari ni aku nak share dengan korang cara aku hilangkan white/blackhead, daki & bersihkan muka. Cara yang aku guna ni sangat praktikal, jimat & kompem selamat. Tak payah  guna duit memahal. Aku guna putih telur aje.

Bahan :

Putih telur
Kapas muka/tisu

Cara :

  1. Celupkan kapas muka/tisu dalam putih telur. Make sure dicelup sepenuhnya
  2. Tampal kat muka keseluruhan
  3. Biar sampai betul-betul kering
  4. Cabut kapas tu & bilas muka dengan air suam
  5. Feeling depan cermin belek muka ok
Tips : Kalau tak nak hanyir, pakai telur yang high quality ye. 


    Nampak gambar atas tu. Yang kaler hitam aku pakai biore black nose strip, yang ptuih tu aku pakai kapas muka. Geli aku tengok. mencacak-cacak benda alah tu. Nampak kekuningan tu, kotoran dari kulit aku jugak. Bila korang pakai masker telur ni, memang kompem akan nampak cacak-cacak tu banyak gila tercabut. Tak caya try lah

    Aku amalkan 2 kali sebulan. Kang pakai tiap-tiap minggu kopak duit nak beli telur. Yang kuning telur tu buat lah goreng ke apa-apa pun. Jangan buang ya. Itu amalan syaiton. Masa dah cabut tu kalau korang nak tenyeh dengan limau nipis pun boleh jugak. Tapi aku cukup sekadar basuh dengan air suam. Licin & bersih muka.

   Senang,cepat & jimat kan. Lelaki perempuan boleh amalkan. Nak raya kena nampak cantik kan. Haha. Ok selamat mencuba!

zombie



Bahaya Produk Kecantikan Yang Dijual Online

Assalammualaikum..

    Hai! Sekarang ni banyak sangat dah kan orang yang jual produk kecantikan online. To be honest, aku pun kadang2 terpedaya jugak & terasa nak try. Tapi bila fikir-fikir balik better tengok elok-elok & selidik baik-baik tentang produk tu kan.

   Bukan apa, sekarang ni kalau korang tengok dah bersepah isu kata produk A & B tak selamat oleh sebab yang tertentu. Kadang-kadang orang ni kalau tengok testimoni orang lain yang superb lepas pakai produk itu ini terus terasa nak pakai. Bila tak kena dengan muka mula salah kan orang lain kan.

    Sekarang ni kecoh pasal bedak tanaka. Aku pun tak tahu lah nak percaya yang mana. Niat asal memang nak try jugak tapi aku batalkan sebab macam tak berapa yakin sangat huhu.Tak salah nak mencuba mana-mana produk kan tapi biarlah disahkan dulu keselamatannya.

Umber : Fb kawan


   Aku sini bukan sama sekali nak kondem pengedar-pengedar & penjual produk online ni ye, cuma biasalah, kita kena extra careful sebab :

  • tak nampak dengan mata kasar
  • tak dapat tahu keselamatan secara manual
  • tak dapat pegang
  • sumber yang tak dipercayai (mungkin)
   So sebagai pengguna kenalah titik beratkan semua tu. Jangan bila dah terkena baru nak saman. Aku pun tak tahu yang mana satu fatwa yang betul tentang produk-produk online ni. Nak try tapi was-was sebab aku pon tergoda dengan testimoni orang oi.

   Kalau agak-agak korang takut & was-was nak pakai tak payah la pakai. Pakai aje produk kecantikan yang dah tersedia ada jual kat farmasi ke, watson ke, guardian ke mall ke. Yang tu sah-sah korang boleh telek sehabisnya sampai juling mata.

   Aku pakai safi original & maskaer rumpai laut je. Kalau aku rajin aku pakai masker telur. Itu pun rasanya dah cukup kot. Depends pada individu memasing ye. Hati-hati kalau nak membeli produk online ni especially bagi yang import dari luar negara yang tulisan fully bahasa yang kita tak faham. Be safe.

   Isu ni 1 benda yang serius kan sebab melibatkan kulit muka & kesihatan kita. So, think wisely dalam membuat apa-apa keputusan. Halal tu yang penting. Ok bye

Monday, July 29, 2013

Persoalan Tentang PLKN : Siapa Yang Dapat, Baca Sini

Assalammualaikum..

    Disebabkan ramai adik2 yang tanya aku pasal plkn ni, so aku dengan rajinnya nak share dengan korang adik2 yang ada soalan pasal plkn ni. Harap dapat membantu ya.


  • best tak plkn?
1st time korang pegi memang terasa nak meroyan sebab tak ada kawan lagi. Tapi dah dalam seminggu nanti korang rasa lah. Best gila. I bet you, it was fun!
  • berat tak latihan kat plkn?
Tak lah. Tak de lah berat mana pun. Cuma penat sikit. Tapi seronok weh sebab buat aktiviti menarik
  • penat tak masuk plkn?
Bukan latihan kalau tak penat dik oi. Memang korang akan rasa penat sangat sebab korang takkan ada masa untuk rest kecuali hari cuti & malam je. Itu pun tak heaven. Alah penat yang seronok.
  • Garang tak jurulatih kat plkn?
Depends. Ada yang garang & ada yang ok. Masa aku kat plkn dulu mostly garang nak mati masa latihan je. Bila time lepak sesama memang baik sangat. Tapi ada jugak yang annoying gila. Itu memang kau akan jumpa. Tapi bila dah last nanti,kompem korang rasa sedih gila nak tinggal dorang & kem.
  • ada tak orang nak kawan dengan saya?
Alahai. Konpem ada. Kalau yang tak nak kawan tu kau tak payah layan sangat. Kau buat bodoh je. Kau pegi sana nanti kompem akan dapat kawan baru & dapat geng baru. Percayalah. Tak payah nak demand sangat nak kawan cenggini cenggitu.


  • makanan kat plkn macam mana?
opss! Depends. Aku dulu ikut mood jugak kalau nak makan. Kalau sedap aku pegi lah makan. Ala nanti penat kompem akan makan jugak tak kire sedap ke tak.
  • betul ke handphone kena ambil?
Aah. Aku dulu sampai je sana memang tak de kasi can pun nak sms pakwe ke makwe. Terus dia cek beg kita & ambil phone. Tapi weekend nanti dia bagi lah balik ikut time.
  • ada aktiviti apa je kat plkn?
macam-macam. Tak silap aku  zaman aku dulu ada 3 modul. Yang pasti modul yang ada kelas CB tu yang paling boring. Kenegaraan kot. Aku paling suka Modul Fizikal & Bakti tu sebab dapat buat aktiviti luar. Baru mencabar. 
  • dapat apa habis dari plkn kak?
Kau akan dapat semua barang kecuali baju loreng & boot. Dari towel, seluar nenas, tudung,stokin,kasut semua dapat. Yang aku simpan sampai sekarang towel & kasut dia sebab tahan lama. So buat lah kenangan
  • stress tak?
Aah kompem akan stress sebab selalu kena denda je. Yelah jenis kem aku sorang buat salah semua company kena. Hadap ajelah 
dormmate aku yang gila-gila

    Itu jelah. Kalau ada apa-apa pertanyaan lagi,boleh komen ye. Aku bantu mana yang mampu. Alah tak payah nak sedih sangat lah sebab dapat plkn. Sijil plkn tu nanti berguna masa nak sambung belajar tau. So be happy & enjoy aje. Mesti best punya.



Saturday, July 27, 2013

RESEPI : Puding Milo Berlapiskan Oreo

Assalammualaikum..

    Hai! Tadi kakak aku buat puding milo berlapiskan oreo ni. Amik resepi kat fb terus try. Nasib baik jadi.Jom aku share resepi

Bahan - Bahan :

1 peket serbuk agar-agar/agar-agar tali (10g)
1 tin susu cair
3/4 milo (ikut cita rasa nak letak banyak mana)
160g gula pasir
750ml air
1 peket biskut oreo/ creamo (patah 2)

Cara :

  1. masakkan air, gula, agar-agar hingga larut. Masukkan susu cair & kacau hingga mendidih
  2. asingkan kepada 2 bahagian. 1 cawan diambil & letak dalam periuk. Campurkan milo & kacau hingga larut. Pastkan jangan berketul
  3. Ambil 1 cawan puding milo tadi & letak dalam loyang. Baki milo yang selebihnya biar tinggal dalam periuk tadi atas api kecil
  4. Then, tuang puding plain yang diasingkan tadi kedalam puding milo dalam loyang tadi.
  5. Susun kepingan biskut atas puding plain
  6. Tuang baki puding milo yang ada keatas lapisan biskut tadi
  7. Biar sejuk dalam suhu bilik & letak dalam peti sejuk
Tips : 
  • Jangan biar puding/agar-agar keras semasa nak tuang lapisan puding yang plain. Nanti tak melekat antara puding


Jenis Perangai Cashier

Assalammualaikum..

    Wehuu! Weh da bersawang kot blog aku ni.  Ya Rabbi lamanya aku tak update. Aku mintak maaf sebab lama nak gila tak update sebab aku sangat malas & aku ada masalah internet kat rumah. So bertambah la malas aku nak online apa2.

   Ok aku nak update pasal jenis perangai cashier yang aku selalu jumpa bila pegi mall ke pegi mana2 jelah. Most of them banyak jugak yang buat aku annoying tahap maksima. Jom cekidout!


  • muka ketat
Ada certain cashier ni mostly perempuan muka nak ketat je. Kalau boleh nak masam je tak nak senyum langsung kan. Period gamaknya. Aku kalau dapat cashier macam ni aku suka tegur "kak,senyum sikit. Buruk muka masam ni". Kejam tak kejam aku. Stress customer oi.


  • sombong
Ada jugak yang macam ni. Bila customer tanya dia kerek gila. Sombong maha hebat. Kalau jenis gini aku suka berambus terus & pegi kat cashier lain. Kau bayangkan lah kalau kita tanya elok2 dia jawab dengan angkuh. Terasa macam nak kentut kat muka tak pun bagi kerusi. Sabar jelah
  • pemalas
Standard lah kalau macam ada problem masa nak scan barang kan. Jenis kalau dapat cashier yang malas, dia campak je barang kat tepi & kata "kak, cari barang lain ah, tak boleh scan". Pemalas amat. 
  • mesra
Aku suka jenis cashier macam ni. Muka senyum je kalau customer tanya elok je jawab. I like nyah.

    Mostly memang aku jumpa jenis macam ni perempuan. Lelaki memang jarang lah aku jumpa. Korang kalau jumpa jenis cashier melampau amat macam atas ni macam mana. Ape korang buat? Kalau aku time mood ok aku sabar jelah. Kalau tak, blah macam tu je. Gila kejam. 

   Sebelum nak habis taip ni aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan & berpuasa. Selamat Hari Raya in advance. Eh! Maaf lah kalau aku jarang nak update sebab line internet aku tiada. Ok bye semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi