Thursday, August 30, 2012

Review : Pixy Stick Foundation

Assalammualaikum..

    Lame dah tak review bagai ni. Dah berbulan2 aku pakai produk pixy ni & alhamdulillah so far aku puas hati. Dulu kulit muka aku boleh kate teruk jugak lah. Then akak aku suruh aku pakai bedak compact Pixy ni. Aku ade review dalam entry kat sini.

Then aku start pakai Pixy stick ni. Ala2 foundation gitu. Dan hasilnya sangat lah bagus. Puas hati!

   
    Member aku ade jugak tanye aku pakai ape kulit aku ala2 flawless gitu bila keluar pegi jalan2. Ok tipu. Bila aku nak keluar aku apply bende ni dulu then baru sapu bedak compact.

Aku puas hati sebab :

  • 'hilang' kan kesan jerawat & cela
  • kurangkan minyak
  • tahan lama
Cara guna : celetkan kan muka. Kat tempat jerawat tu then baru alas dengan bedak compact. Tapi sebelum tu basahkan dulu span die. 

    Tapi depends dengan jenis kulit muka korang jugak. Kulit muka aku jenis yang berminyak so aku tak letak banyak sangat pun. Kertas minyak Biore tu sentiase aku stanby dalam handbag. Tapi memang ok pakai produk ni .

    Alhamdulillah kalau dulu kulit muka aku teruk berminyak sekarang dengan pakai produk ni kurang sikit. Sekarang aku tengah try serum safi balqis perfect 10. Kalau ok dengan kulit aku, aku akan review dengan korang. Safi memang berkesan sangat & halal !

Wednesday, August 29, 2012

Video : Balik Kampung Versi Budak 6 Tahun

Assalammualaikum..


    Merapu meraban dengan budak ni. Sakit perut aku tahan gelak. Enjoy. Maaf video low class haha.




Telent : Aleya a.k.a kembar aku
Lokasi : Rumah sendiri

Cinta Alam Maya

Assalammualaikum..

    Hai. Rase terpanggil pulak nak cerita pasal topik ni. Pernah bercinta melalui perkenalan alam maya? Tak kira lah melalaui fb ke twitter ke blog ke instagram ke ape2 lah. Kalau pernah boleh bagi ulasan kat entry aku ni. Aku tak pernah & tak berani nak pertaruhkan cinta melalui alam maya nil. Kenapa?


    Start dari add2 follow2 then kenal2. Bagi aku perkenalan dalam alam maya ni memberikan 1001 risiko. Sebab ape?

  • tak kenal pun siapa orang tu in the real life
  • senang nak kena tipu
  • hati orang. Who knows
     Ade 2 persepektif cinta alam maya ni. Sama ada kebaikan & keburukan. Aku tak nak deny lah kate cinte alam maya ni sampah semuanya. Sebab ramai jugak yang aku kenal kawan2 aku kapel, kawen dengan pasangan die melalui perkenalan alam maya ni. Semuanye terpulang pada pendapat individu. 

     Dari segi keburukan mungkin kau akan ditipu hidup2. Yelah tak kenal pun mane tau die pakai gambar orang lain ke letak kat fb die twitter die bagai. Rambut je same hitam tapi hati lain2. Banyak jugak kes2 ditipu ni kan. Jadi nye sendiri mau ingat. Nak bercinta berkenalan boleh tapi jangan letakkan 100% kepercayaan anda kepada mereka yang anda tak kenal.Jangan asal tengok mamat/minah hensem cantik je kau terus meraban nak berkenalan. Selidik la dulu katar belakang baru lah kasi no fon tu. Jangan pulak "eh aku dah jatuh cinta pandang ke 3, kasi no fon lah senang nak contact". Silap hari bulan die jaja no kau.

     Lain pulak dari segi baiknye. Mungkin orang yang nak kenal kite tu ikhlas nak berkawan nak serius dengan kite. Bila kawan dah lama baru decide nak jumpa face to face. Tapi make sure orang yang anda kenal melalui alam maya tu adalah orang yang same bile korang jumpe betul2 tu tau. Kang naye. Kalau betul2 percaya, die baik semua tu decidelah untuk step yang seterusnya. Lain orang lain ragam die. Serahkan semua nya pada Allah swt.


     Bagi pendapat aku,kalau boleh dielakkan seboleh nye dielakkan bercinta melalui alam maya ni. Bukan apa, kita tak tau hati orang, kita tak tau budi die semua. Bagi aku ape2 pun keselamatan tu penting. Opss! jangan pulak kondem aku kata aku banned orang yang bercinta melalui alam maya ni. Read this first then u judge it.

     Sebut pasal jodoh kita sendiri tak boleh deny. Kalau dah jodoh, dengan mamat paling kau benci pun jadi. So, sentiasa bersedia. Ape2 pun kalau berkaitan cinta & internet ni kene selalu berhati2. Jangan percaya sangat jangan suka menuduh sangat. Ok sayang2. Berpada2 bila percayakan orang tu. 
     
p/s : kenal kesayangan melalui kawan baik. Selamatkah?

WW 27- Masterchef junior

Assalammualaikum

 

Tuesday, August 28, 2012

Cerita Raya Aku Yang Serba Simple

Assalammualaikum

    Hai semua. Orang lain dah bersepah post entry gambar2 semua pasal raya ni. Aku je yang tak de mood sikit nak taip panjang2. 1st raya aku kat Perak. Kg sungai Haji Muhammad Bagan Datoh, Perak. Anyone there? Bertolak balik jumaat tengah hari. Nasib baik jalan tak jem. Phew.

   Perkara paling aku tak suka bila balik perak ni sebab waktu berbuka die lambat sangat haha. Kalau kat pahang dah sempat tambah nasi 2 kali tapi kat Perak baru nak minum air. Then hari sabtu banjirkan bandar Teluk Intan cari barang2 nak masak.

menara condong Teluk Intan
    Malam raya tu sakan aku mandi asap dalam umah tu. Kalau balik perak semua pure. Ketupat ori, lemang ori semua ori. Nenek aku yang masak sendiri. Gah betul. Dengan abang ipar aku sekali join bakar lemang. Best woo

makan beramai2
   Kalau kat perak lepas solat raya je dah pegi berarak dari 1 umah ke umah yang lain. Tu yang lain nye. Ade 10 umah 10 umah tu lah perut kau kembong dengan air nye dengan macam2 makanan nye. Abang ipar aku sampai stop 6 buah umah je sebab kenyang sangat dah haha. 

mama with her 4 pretty daughter
    Memang bengkak jugak lah perut aku asyik makan je. Wuu macam2 ade kat perak ni. Roti jala, sekaya, lemang rendang laksa macam2. 

ayong & her hubby

coming soon with another menantu. Hiii
    Aku recycle je baju raya dengan baju mase akak aku kawen dulu. Jimat. Tahun depan aku topup baju raya aku haha.


2nd raya. Pon baju recycle
    Hari raya ke 2 nak balik memang jem sangat2 kat tanjung karang nyah. Sampai mabuk2 mak aku. Aduhai. Ok lah aku tak banyak amik gambar sangat pun raya ni. Bz makan je haha. Ok bye2 semua

nah buat hilang rindu. Opss!
p/s : disaster raya ni sebab kene kunci dalam jamban dengan nenek aku. Dah lah jamban jenis yang sebijik je kat lua tu. 

Monday, August 27, 2012

RESEPI- Cornflakes Madu Berbadam

Assalammualaikum..

    Hai semua! Orang dah habis raya aku post resepi lagi. Tak pelah. Nanti bile2 boleh buat lagi kan. Ni resepi mak teh aku turun temurun. Kalau kakak aku ke sedare aku buat tak sesedap mak teh aku buat. Haha. Meh cube. Tiap2 tahun buat


Bahan2

  • 1 botol madu
  • 1/2 buttercup (lebih sikit)
  • 2 gula melaka
  • 1 tin susu cair ( aku biasa guna fresh milk yg botol kecik tu)
  • 2 kotak besar cornflakes 
  • cup kertas
  • badam hiris
  • ceri hijau merah (optional)
Cara
  1. Cairkan butter. 
  2. Panaskan susu cair dalam periuk. 
  3. Masukkan madu 1 botol tu. Kacau sebati
  4. Masukkan gula melaka yang dah ditumbuk @ dipatahkan. Kacau sampai gula hancur.
  5. Teruskan kacau sampai pekat. Jangan stop kacau ye nanti berketul2
  6. Bila sejuk masukkan cornflakes (hancurkan sedikit) & gaul rata. Pastikan semua cornflakes kene madu tu. 
  7. Masukkan hirisan ceri hijau & merah. Masukkan badam jugak
  8. Letak dalam cup kertas.
  9. Bakar pada suhu 170 selama 15 minit. 
  10. Siap!

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum..

    Ni aku bagi korang kad raya versi alam maya ye. Aku tepek sini sampai habis aku balik kampung. Selamat hari raya!


  • drive elok2 balik kampung tu
  • makan lemang ketupat kuih raya jangan sampai over. 
  • kirim salam family. Cakap blogger comel kirim salam. Opss!!

Friday, August 24, 2012

Bila perlu putuskan hubungan dengan gf/bf?

Assalammualaikum..

    Ape kabo korang? Sakan beraya kan. Aku pun sakan makan & kutip duit raya sampai lodeh beg aku. Haha. Raya2 ni aku nak share pasal cinta. Cuci sikit mata sambil makan kuih raya. Ok jugak kan. Oh ya. Jangan tersalah faham dengan entry aku ni ye.

    Bile berkapel ni masa  muda mudi ni biaselah semua benda nak try kan. Orang kapel kite sebok jugak nak kapel. Pastu bile frust mule menonggeng2 salahkan semua orang. Opss! Nak kata aku berpengalaman tu adelah sikit tapi yang lelaki tu aku tak berapa tau lah. Keliling aku ramai orang, kawan baik ramai so aku kongsi serba sedikit lah pengalaman & cerita pasal ni.

    Bila kau orang kene tinggalkan kekasih korang tu ye? Tak kisahlah bf ke gf ke. Bile?



  • ada signal2 curang
Bila dah sekali 2 korang nampak @ terkantoi gf/bf korang curang silelah angkat kaki ye. Kasi lah ayat manis sikit. "syg, kau pegilah kat minah/mamat tu ye. Jahanam kau curang dengan aku". Bila bf/gf ade sign nak curang ni tendency hubungan nak kekal tu tipis. Kan aku dah masukkan bahasa sains aku.

Dari korang merana kene tipu baik mintak putus. Mane korang nak, putus atau mati2 kene tipu?
  • kaki pukul
Ni special buat bf lah. Baru kapel dah nak naik tangan kaki semua melampau dah tu. Kau lawan balik.Bagi kerusi kat dia. Aku paling tak suka lelaki panas baran ni. Mintak lah dijauhkan. Nasiblah kesayangan aku cool je. Aku je yang baran sikit. Opss!

Perempuan pun ade jugak yang baran. Tapi baran dorang tak de sampai nak pukul2. Baran perempuan kat mulut je. Boleh la tahan lagi kan. So kalau tak tahan silelah get away
  • kaki kikis
"yang,tolong topupkan bole.Esok i ganti". "b,nak baju. Baju i koyak".Tiap minggu mintak bf/gf topupkan. Amboi. Kayenye kau nyah. Lainlah kalau bg/gf kau sendiri nak belanje. Itupun segan nak amik kan. Sebelum kawin dah kikis lepas kawen apetah lagi. Kikis sampai papa. 
  • bila si dia langsung tak merancang masa depan untuk hubungan
Bila tanye bila nak masuk meminang cakap tahun depan. Lame2 kertu kau. Laki tak pe kawen lambat pun, perempuan ni sensitip terlebih kalau kawen lambat. Bagi aku kalau bf yang langsung tak de plan nak rancang masa depan hubungan tu better cari lain. Bukan ape, kalau terus terusan mengharap macam tak guna pun ada. Menanti buah tak gugur.
  • bila si dia adalah tunang, isteri & suami orang
Kau jangan cari nahas teruskan hubungan dengan laki bini tunang orang. Naya nanti. Tak de jodoh la tu. Macam aku penah cite kawan baik aku dulu ex gf die dah kawen lain.Nak tak nak kenelah kentalkan hati lupekan die. Alhamdulillah semakin bahagia beliau sekarang walaupun single. Nak kenal? Meh sini kenalkan diri kat aku. Haha


  • biadap
Gf/bf yang biadap ni better lah tak payah buat laki bini. Dengan mak ayah pun biadap apetah lagi dengan kite nanti
  • tak sehaluan
Berkali2 putus rujuk putus rujuk. Lame2 bosan. Jalan penyelesaian ber'cerai' cara baik. Cari pasangan yang lain. 
  • tak direstui
Mostly orang takkan setuju bab ni. tapi bagi aku restu mak ayah dalam perhubungan tu sangat2 penting. Aku bukan nak kate orang yang tak dapat restu mak ayah dalam perhubungan tu tak elok tapi sendiri pikirlah. Kite hidup kat dunia nak berkat. Seeloknya berbincanglah sesama sendiri. 

    Selama aku bercinta dulu aku tak pernah yakin pun dalam mana2 hubungan nak stay sampai kawen. Sebab tu aku stop bercinta bila lepas putus dulu. Tapi bila sekarang dah ada kesayangan yang datang 'mengejut' aku rasa bersyukur sangat. Allah kasi dia kat aku. Semoga dipermudahkan urusan kami. Insha Allah. 

    Korang pun bila bercinta tengok2 sikit. Pasangan tu ok ke tak ke. Sebab pasangan tu kita nak bersama sampai mati. Kalau tersalah pilih pasangan kita jugak yang merana. 

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

     Semoga kita semua akan dapat jodoh yang terbaik yang telah pun Allah tetapkan untuk kita sejak dalam rahim ibu lagi. Amin.


p/s : Makan banyak sangat raya ni. Bape kilo aku naik?


Wednesday, August 15, 2012

Happy Birthday Blogger Tina Kecik

Assalammualaikum

   Hari ni birthday blogger kesayangan aku. Kak Tina. Kenapa kesayangan aku? Sebab beliau ex UPM. Perlu ke? Hihi. tak lah. Sebab beliau ni rock gila. 1st time aku jumpa die aku rasa nak tercabut mulut sebab ramah sangat blogger ni. Sape kenal die tau lah kan. Otak pun macam aku sengal2 sikit hihi.

    Happy birthday yang ke berapa tak tau akak. Tak sangka kita boleh berkenalan sampai sekarang. Semoga perkenalan kita berpanjangan. Semoga Allah murahkan rezeki akak & permudahkan urusan akak. Kawen nanti jemput tau.

kenangan twtupcampus
Love u kakak. 

Tuesday, August 14, 2012

Kahwin Awal, Nikah Muda

Assalammualaikum..


    Tahun ni ramai sangat2 aku rasa yang kawin kan. Dari artis sampailah ke artis blogger bagai. Tak sabar nak tunggu hujung tahun nanti aku listkan mereka2 yang kawen tahun ni. Tu pun kalau rajin nyah. Banyak dah aku baca post2 pasal kawin awal ni. And yes ada yang setuju & ada yang tak. Sini aku nak kasi pandangan aku sendiri memandangkan aku pun teringin jugak nak kawen awal tapi tak boleh ok.

    Mesti korang semua dah baca entry dari blog Fatin Liyana yang pasal kawin awal ni kan. Bohong sape tak bace lagi. Bila aku baca, aku ade 2 pendapat. Setuju & tak setuju. Aku tak lupa jugak baca komen2 orang ramai. Masing2 dengan pendapat masing2. Kalau korang tak bace lagi silelah pegi godek entry beliau ye.

     “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya“. [HR Ahmad, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim]

     Bagi pendapat aku sendiri, kawin awal ni ada baik buruknya. Yelah kita tak tahu ape yang akan terjadi akan datang. Bab perkahwinan bukan hal yang kecik. Perlukan pengorbanan, usaha, tanggungjawab & macam2. Bagi mereka yang dah berkahwin tu kenapa kita nak persoalkan lagi? Dah jodoh mereka dah sampai, Allah catitkan bila & masa mereka bernikah. Kita sendiri tak perlu nak pertikaikan.

     Bagi pendapat aku sendiri antara kebaikan & keburukan kawin awal ni :
Buruk 

  • emosi remaja kita yang terlampau tinggi
  • kebolehan nak sediakan nafkah selepas kawin
  • komitmen dengan pelajaran
  • ego
  • kesabaran
Baik
  • elakkan maksiat
  • sunnah nabi
  • pelihara keturunan
    Dan banyak lagi. Bila dah kawin ni banyak benda yang kite kene pikirkan. Duit, belajar, rumah tanggungjawab semua. Aku pun nak jugak kawin awal, tapi bila pikir tanggungjawab yang aku kena pikul jadi student, isteri ni aku rasa yes i am not ready yet. Gatal kau nyah. See lagi 1 persepsi masyarakat. Tak payah masyarakat sangat lah cukup sedara mara jiran umah sebelah yang mulut longkang tu. "anak kau nak kawin jah, cepatnye. Dah tak tahan sangat lah tu". Amboi sedap mulut die kan. Rasa nak cili je.

     Remaja zaman sekarang ni terlalu ikutkan ego & emosi. Jadi pandai2lah control alam rumahtangga. Sebab tu aku pun pikir tak payahlah kawen dulu. Haha. Akak aku pun mood lepas kawen ni pelbagai kejap kang nak mengamuk je, kejap kang baik gila! See

      Kalau korang rasa dah mampu & sedia dari segi fizikal & mental, maka kahwinlah. Digalakkan dalam Islam. Macam kawan baik aku yang aku penah post kat sini dulu kan, die pun nikah awal jugak. tapi nikah gantung dulu. Pun tak pe. Islam itu mudah.

"Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi." 
(Riwayat Sahih Muslim)

     Dalam Hadis pun ade sebut. Kalau dah mampu ape salahnye. Ni yang budak2 yang sekolah lagi yang dok ngade2 nak kawen pegi cakap kat mak "mak, nak kawen". Sape nak tanggung? Lainlah kalau dapat laki bisnessman kaya tahap dewa boleh support. kalau dah mak yang suruh, lain cerita. Ikut je. Restu mak ayah penting tau dalam perkahwinan. 

    Mak aku je yang tak setuju anak2 die nak kawen sebelum habis belajar. Mak aku cakap " selagi kau tak habis belajar selagi tu jangan cakap nak kawin". Aww garangnye mak. Haha. Yelah aku pun tak sedia lagi nak jadi bini orang. Bak kata mak aku " kalau dah kawin awal2, kang jadi ape2 padan muke. tak puas hidup muda". See mak aku mencegah sangat aku nak kawin awal. Haha. Tapi lepas graduate kompem aku mintak terus. Kesayangan pun dah keje jadi onlah. Haha

     Akak aku kawen umur 24. Dah sedang elok sebab akak aku dah keje. Aku ni kalau nak kawen mane nak cari duit. Nak harapkan duit kalau aku keje part time pun tak cukup. Nak harapkan duit abah mak, memang tak lah sangat sebab kesian adik2 nak sekolah lagi. Jadi, aku bersabar. Aku cakap kat nafsu aku yang gedik nak kawen ni sabar lagi 3 tahun. Opss!


     Jadi, kawin awal ni sepatutnya tak payah lah dijadikan isu sangat. Even korang tak setuju tara mana pun jangan lah kondem sangat. Biarkan mereka. Hidup mereka. Bila dah bersedia fizikal mental semua rancanglah perkahwinan. Tak elok dilambat2 kan kalau dah sampai seru. 

"Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: "..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya" 
(Riwayat at-Tirmizi)

      Dan bila kawin :
  • bersederhanalah
  • jangan membazir
  • pikirkan masa depan selepas kawen
  • taat suami
  • jagalah maruah, jagalah rumah tangga  
    Aku cakap macam bajet aku dah kawen kan. Tidaklah. Cakap berdasarkan mata aku yang dah tengok & dengar banyak sangat pengalaman kawen kawan2 sedara aku ni. Jangan tersalah langkah ye. Jangan pulak kesal. Kalau free bacelah entry ni. Sekian. 

p/s : jangan terus terusan membantah & mengutuk sunnah Rasulullah s.a.w wahai orang2

RESEPI- Cornflakes Ball

Assalammualaikum..

    Hari ni aku terlebih rajin nak buat kuih raya lagi. Almaklumlah semangat nak bawak balik kolej kan. Nak kasi kesayangan rasa pun ada haha. Ok done. Jom aku share resepi. This is one of my feveret kuih raya. Tipa tahun tak de kuih yang ada cornflakes tak sah.


Bahan2

  • 195g mentega
  • 175g tepung gandum (aku pakai 200g & ayak)
  • 75g gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 88g tepung jagung
  • cornflakes (suke hati korang nak letak banyak mana. Aku letak banyak. Lagi sedap)
  • badam cincang (optional)
  • esen vanila
Cara2
  1. Pukul mentega & gula halus sampai kembang.
  2. Masukkan telur kuning & esen vanila. Pukul rata
  3. Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Kacau perlahan2 sampai jadi doh.
  4. Masukkan badam cincang & cornflakes yang dah dihancurkan. Uli balik
  5. Buat bulat2 @ ikut suka korang nak buat macam mana pun & letak atas dulang pembakar.
  6. Bakar pada suhu 160 dalam masa 20 minit.
  7. Siap
Nota : masa uli jangan pakai tapak tangan ye nanti adunan jadi keras. 

p/s : cookies cip coklat aku hampir habis! Bahaya ni tak sempat raya lagi. Kena sorok

Monday, August 13, 2012

Budaya Rakyat Malaysia

Assalammualaikum..

    Kelmarin aku pegi menyibukkan diri kat Jalan Tar & Chow Kit. MasyaAllah hanye tuhan yang tau macam mana suasana kat sana. 5 tahun dulu aku pegi tak delah sesah nak mampus macam tu. Oh rakyat malaysia semakin bertambah. Lupa. Bila dah keliling ramai orang jadinye banyak lah ragam. Ada 1 insiden yang aku rasakan emang sadis betul lah. Jom aku cite


Situasi 1 :

    Dalam pukul 5.30 aku dah book meja untuk berbuka kat kedai sebelah Mydin tu. Then adelah family2 yang lain. Ada 1 meja belakang aku ni dah book then ade 1 family datang nak duduk then mak cik kedai tu elok2 cakap " meja ni dah ada orang book, sayang". Then ade sorang minah ni tunjuk taring blah gitu je macam protes. Dah la langgar aku tak mintak maaf. Damn u sister. Kalau ikutkan aku yang tengah lapar & penat mase tu, aku nak je sengkang tak pun sindol badan die yang bajet montok tu biar tercium lantai tu. Tapi nasib baik ade sisa sabar.

Situasi 2 :

    Dah nak berbuka sangat2 dalam pukul 7.00 macam tu ade lah 1 family ni duduk kat meja sebelah aku. Setahu aku die datang dulu dari aku. Then tak lama lepas tu datang lagi 1 family cakap "ni meja saya ni dah lama dah booking. Tadi pegi jalan2 dulu". Dah pulak makanan dah terhidang kat situ. Sudah terhidang! Dan dah ramai sangat2 orang kat tepi2 tu meja dah tak de. Family yang lain tu pun terus angkat lauk pauk dorang terus blah bila cakap sory. Yang aku rasa kesian nye, mak cik tu sakit lutut. Kesian dia kena bawak pinggan macam merempat nak cari tempat berbuka. Kesian sangat! Aku tengok dorang berbuka tepi jalan tu dengan pinggan2 semua.

    Anak2 beliau pun dengan pasrah cari tempat berbuka. Yang family lagi 1 tu tak bising sebab tau bukan salah family tu. Yang kurang beradab sikit si anak family tu. Siap cakap " dah la amik tempat orang". Nasib baik si bapak sound anak tu.  Bagi aku yang paling salah kat sini owner kedai tu. Pantang ade customer masuk boleh pulak kau mintak oder. Dah tau2 orang dah book meja. tu. Bengong sungguh.

     ***************************************************************

     Korang nampak tak disitu? Aku simplekan kat sini. Orang malaysia ni kalau nak dispesifikan lagi orang melayu, nak tengok perangai buruk tu senang je. Kau pegi lah kat tempat2 orang ramai macam kat sini. Bersepah. Perangai macam2. 
  • tak pandai nak cakap elok2. Tegur kasar2
  • tak de budi bahasa dengan orang tua
  • peniaga yang tamak & kedekut
  • banyak lagi

     Even kadang2 aku sendiri rasa malu dengan kaum sendiri. Yelah kaum lain tu lantak lah. Ni bila kaum sendiri yang berperangai buruk macam tu rasa nak maki jugak. Aku ok je kalau tengah2 bersesak tu langgar aku, pijak seliper aku then kata "sory". Tapi kalau dah pijak seliper aku sampai nak tercium bontot tak kate ape2, tu memang dasar nak kena maki lah. 

     Kat kolej ke kat tempat keje ke korang sure akan alami & tengok benda yang sama kan. Sampai kan 1 tahap aku rasa meluat dengan kaum sendiri. Tapi tulah kena bersabar & hanye mohon Allah pelihara orang tu.Di saat ini Ya Allah kesabaran tu sangat2 penting. Kalau tak memang dah berperang

     Duduk kat malaysia ni senang je. Mane2 pun kau duduk, kau pegi pegang 1 prinsip ni "respect others first if u want others respect u as well". Kalau kita buat perangai macam haram jadinye memang haram lah orang pun nak respect kite kan. Lagi 1, bila budaya2 macam ni orang kaum lain tengok, kau tak rasa malu ke? Cuba selitkan sikit rasa malu tu kat muka kau ye. Sendiri mau ingat lah. Jangan meludah kat orang lain, nanti ludah tu terpalit kat muka sendiri. Sekian

Budi bahasa budaya kita
p/s : ye, memang aku marah sebab niat aku nak cari tudung tapi 1 ape pun tak dapat sebab kan perkara2 ini. 
     

Friday, August 10, 2012

RESEPI - Cookies Cip Coklat A'la Famos Amos

Assalammualaikum..

    Memandangkan hari ni aku nak balik kampung for sure aku tak update blog sampai ahad. So meh sini aku tepek entry kasi korang baca ye. Tadi baru je lepas buat kuih kesukaan aku. Tahun lepas buat sorang2. Tahun ni pun same. Sebelum tu aku amik resepi ni dari buku Saji yang mak aku beli hari tu.



Bahan2

  • 250g mentega (aku pakai buttercup)
  • 70g gula halus
  • 80g gula perang
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 60g kacang badam @ apa2 kacang pun (aku letak 1 plastik kasi lagi sedap)
  • 250g cip coklat (aku letak setengah bekas. Baru umpph)
  • 300g tepung gandum*
  • 10g serbuk koko*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik*
  • 1/2 sudu kecil serbuk soda*
  • 4 sudu besar tepung jagung (ni aku tambah sebab adunan lembik sikit)
    Cara2
  1. Pukul mentega, gula, gula perang & esen vanila hingga sebati
  2. Masukkan telur & kuning telur. Kacau hingga sebati
  3. Ayak dulu bahan bertanda *. Masukkan campuran tepung perlahan2 & pukul.
  4. Campurkan cip coklat & badam tadi. Gaul sehingga sebati & rata. Aku pakai tangan je
  5. Sudukan jadi bebola kecik. Jangan besar sangat & jangan susun rapat sangat tau sebab die akan mengembang.
  6. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 170 selama 20 minit
  7. Siap!

nota : korang boleh ubah suai resepi ni. Aku suka cip coklat & badam banyak so aku lebihkan. Tepung jagung tu aku tambah untuk lembut kan adunan

p/s : Maaf cookies aku mula2 jadi gemuk & leper ye. Tahun lepas punye lagi lawa Tapi tak pe janji enak. Selamat mencuba

Tips Memasak @ Masakan

Assalammualaikum..

    Bapak awal aku update entry nyah. Sempena aku 2 sem belajar masak ni & aku tak pandai pun masak aku nak share serba sedikit ilmu yang boleh guna pakai dalam masakan ni dengan korang. Korang tahu, there s a lot of things that i did not even know in cooking. Bila 1st time masak aku cakap memang jahanam dapur tu ak kerjakan. Aku ingat lagi mase 1st time aku guna dapur kat UPM tu habis hangus garlic aku & pan aku terbakar. How worse am i.

   Dalam memasak ni act ade rules. Even rules die simple as that tapi membantu sangat dalam masakan. Ape die? Jom sini aku share.

  • dapatkan telur rebus yang cantik texture
Yang ni selalu sangat aku pakai bila nak rebus telur. Masa nak rebus telur tu, korang campurkan cuka & garam dalam air rebus tu sebelum nak rebus telur. Dan elakkan telur daripada tak pecah. Ni nak kasi dapat texture telur yang sangat cantik. Oh final masak ri tu aku dapat pujian Papa Joe & Chef Kadir nyah. Haha

Tak caya pegi buat perbezaan.Telur yang tak letak cuka garam & letak benda tu. Aku selalu ebus telur then letak pepper atas telur tu & makan. Yummy!
  • kekalkan khasiat sayuran 
Masa nak blanch tu letak minyak & sedikit garam. Tujuan untuk kekalkan khasiat sayuran tu kalau tak silap aku lah. Blach tu dalam kampungnye name celur ye anak2. Opss! Tapi jangan over blanch sayur tau, kalau tak nanti lecur. Hilang vitamin


  • untuk kesihatan
Sebaik baiknya gunalah minyak zaitun @ olive oil. Mase aku masak kat dapur tu all the time depan mate aku hanye olive oil je tak de minyak lain. Olive oil minyak sayuran yang kaya dengan omega. Minyak sayuran jugak lagi bagus daripada minyak lain. Nak tau beza minyak sayuran & minyak lain ni senang je, tengok warna minyak die. Kalau minyak sayuran kaler minyak die cair. Kalau minyak yang berasaskan lemak haiwan kaler die more pekat.

Korang jangan pikir tu minyak haiwan ye. Act made from animal fat. Makanya sebelum membeli baca dulu kandungan minyak tu ye. Jangan main sebat je. Dan ada sesetengah minyak yang hanya 2 kali guna je tak boleh lebih kalau tak boleh mudaratkan kesihatan. Be careful on that!
  • rasa dahulu masakan
Sebelum nak hidang kat orang, always do taste your food first. Lecturer aku selalu sangat bising kat aku dengan kawan "always taste your food first or else we gonna die". Paham tak? Kau jangan kasi orang naik darah tinggi letak garam banyak sangat & jangan sampai orang rase nak potong kaki sebab manis sangat. Balance ok
  • elakkan bawang putih melekat kat pisau
Mase nak chop @ cincang tu letak sedikit garam kat bawang putih tu. Jangan banyak sangat! Lepas tu chop sampai halus. Aku dah try & it works.
  • meringue tak split
Tau tak meringue tu ape? Campuran gula & telur putih. Bagi yang tak pandai sebut tu sebut la ala2 "mereng". Bukan mereng yang gila tu ye. Biase orang tak reti nak fold kan meringue ni bila kacau. Act ada teknik nya sebenarnya. Die kene kau pusing dalam bulatan & tak boleh terlalu gelojoh. Kalau nak tau macam mane & lebih paham pegi tengok kat u tube
  • stop process blanching
Once kita blanch apa2 sayur pun, always letak dalam air sejuk @ ais. Proses ni untuk stopkan proses blanching tu dari terus on je. Nanti sayur jadi tak sedap
  • uji tahap masak daging
Sape yang tahu bila nak masak daging ni especially daging lembu ada teknik dia nak tau tahap masak dia. Tahap masak dia ada :
  1. rare
  2. medium rare
  3. medium
  4. medium well
  5. welldone

Bawah ni aku sertakan cara chef & lecturer aku ajar macam mana nak test doneness of meat yang korang nak


Mostly orang pakai untuk masak steak. Final sem 3 aku penah masak daging ni tapi mentah! 
  • goreng tauhu tak melekat
Tabur garam kat permukaan tauhu
  • elakkan cross contamination
Seeloknya pakai chopping board yang khas untuk specific jenis makanan. Ade 3 kaler kalau tak silap aku untuk chopping board ni. Dulu aku pernah kene sound sebab still tak hafal warna chopping board tu untuk jenis makanan ape.

biru- seafood, putih- poultry, hijau- sayuran & buah
  • elakkan lebam pada buah
Rendam dengan perahan lemon. 
  • best seasoning
Season diakhir masakan. Just use pepper & salt dah sedap. 2 bahan ni je yang aku pakai kasi sedap mase belajar dulu

    Sementara aku ingat, ni jelah tips yang aku share. Kalau nak tau lagi banyak pegi google sendiri. Aku share berdasarkan pengalaman aku sendiri yang jahanamkan dapur tu. Haha. Btw dulu sebelum aku start memasak ni aku sangat2 benci nak memasak. Then once aku dah belajar semua benda, aku mula minat memasak. Siyesly aku cakap, tak de perasaan menyesal dah bila aku amik kos ni. Aku teruskan untuk aku terus dapat pengetahuan. Perlu ingat, rezeki datang dari Allah, bukan manusia. Yang penting pengalaman. 

    Aku bukanlah pandai masak pon. Even kawan2 aku pun menyaksikan betapa gelabah nye aku bila memasak. Kena sound tu tak payah cakap lah. Tapi tu semua the best moment i ever had. Bagi korang wahai anak dara yang still pikir "alah awal lagi nak belajar masak" act that was too late. To be honest baru sekarang aku paham kenapa mak aku selalu teriak "ko ni angah, nama je perempuan tapi tak pandai masak lari laki kau nanti". Got it? Think it.


    Sekarang ni senang je nak belajar masak.At least dapat masak yang simple pun jadilah. Ape susah, bukak lappy online terus goggle resepi. Complete dengan step lagi siap gambar. Kan senang. Aku sekarang ni pantang tengok buku resepi, rancangan masakan mesti aku akan stick. Nampak tak perubahan disitu. Yang penting niat. Memasak dengan hati yang ikhlas tau, kalau tak tak sedap. Ok tata happy cooking. Salam Jumaat & Salam ramadhan yang ke 21.

p/s : tahniah Pandalela got gangsa. Yey!!! 

Thursday, August 9, 2012

Kau Yang Terindah

Assalammualaikum..

    Sape tengok citer baru ganti Dejavu Di Kinabalu tu? Ape pendapat korang? Pendapat aku kurang lah. Sebab ape ye?

  • aku tak suka neelofa. Maaf ye die hard fan neelofa. 
  • mostly pelakon baru & tak kenal
  • motif?
    Maaf lah bagi sape2 yang suka tengok kan. Aku tengok pun sebab nak tunggu berbuka. Sebagai penonton aku cakap jelah ape yang aku rasa tak best. Ok tak? Watak Munirah yang macam noob gila tu sampai sanggup kawin lari kalau mak dia tak kasi kawen. Lagi 1 aku agak nak geli sikit bila part Hafiz panggil Munirah tu "sayang,I janji kita sama2 besar kan anak ni ye". Sayang, sayang, sayang. Ok motif nya lagi sebab aku tak kenal sape pelakon tu & penampilan die rambut panjang. Alahai.





    Nak tergelak jugak bila neelofa punye watak macam tu. 1 more thing interesting was Erma Fatima jadi bibik. Orang lama. Bagus lah kan. Maybe awal2 je kot yang tak best nanti last2 tu ok lah kan. Tapi aku bila pelakon tak best aku banned terus hahaha. Kejamnya.Korang macam mana? Salam Ramadhan yang ke 20 semua.

p/s : 7 ramadhan sangat best ok. 


Tuesday, August 7, 2012

Dato' Lee Chong Wei - Aku pun sedih

Assalammualaikum..

    Baru2 ni aku join sekali abah tengok DLCW lawan dengan Lin Dan tu. Bila kalah aku sekeluarga terdiam. Abah sampai terkaku je depan tv tu. To be honest bila tengok DLCW terduduk lepas kalah tu berair jugak lah mate aku ni. Haha. Naseb tak terjatuh je air mata tu ha. To be honest too aku tak suka cara Lin Dan yang macam berlagak tu. Dah lah tak senonoh. Kejam tau kau Lin Dan liat sangat nak 'mati'.

    Aku share gambar DLCW dari Page beliau. Sedih nyah. Aku bet even tak banyak mesti ade sikit perasaan sedih dalam hati korang yang tengok ni kan.






    Terlepas jongkong emas terlepas 2 juta. Tak pelah die dah memang kaya. Hoho. Kat airport berduyun2 orang sambut. Proud to be Malaysian. 

p/s : Salam ramadhan yang ke 18

Thursday, August 2, 2012

Nia Ramadhani Chubby Lepas Bersalin

Assalammualaikum

    Malas nak taip entry panjang2 hari ni. Terjumpa gambar Nia Ramadhani chubby. Kiut sangat lepas bersalin.






    Tapi mase die bersalin dulu pun dah naik badan die kan. Kesimpulannya perempuan lepas kawin ni kemungkinan nak jadi chubby sangat besar. Normal lah tu. Even mak cik aku 3 kali ganda naik badan. Terkejut sangat. Tak pelah janji sihat & ada orang sayang. 

p/s : maybe you guys should read this entry. Story about how a girl named Dya tried to wear a niqab & she did wear it for the rest of her life.  Really make me realize. Alhamdulillah

Wednesday, August 1, 2012

RESEPI- Tauhu Sumbat Bunga with Homemade Chilli Sauce

Assalammualaikum..

    Tadi petang buat tauhu sumbat bunga dengan mama. Inspired by Sheila Rusli kat Ketuk2 Ramadhan tu tapi aku ade modified sikit filling die. Senang sangat nak buat. Act aku tak tau ape name nak letak kat resepi ni so tibai aje.


Bahan2 untuk Inti

  • isi tauhu
  • daging ayam 
  • udang (dikopek)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih  (ditumbuk)
  • daun sup (dihiris halus)
  • daun bawang (dihiris halus)
  • garam
  • gula
  • lada sulah
  • lada benggala (optional)
  • sedikit ajinamoto
  • sebiji telur
Cara2 

  1. Gunting tauhu bulat tu jadi macam bunga & keluarkan isi die. Biar jadi macam gambar kat atas ni
  2. tumbuk ayam & udang sampai hancur.
  3. masukkan bahan lain diatas & gaul sebati
  4. season dengan garam, gula & ajinamoto
  5. masukkan telur & gaul sebati. Tujuan telur ni nak combine isi2 ni bagi senang.
  6. then masukkan filling yang dah digaul sebati ni kat dalam shell tauhu ni semula. Isi bagi mampat. Macam gambar kat bawah ni

     Ok sekarang kite proceed untuk buat sos die. Nak buat sos sendiri ni senang je rupanya. Sebelum ni ingat susah. Bahan2 yang korang perlukan
  • 5-6 ulas lada kecik. Tak kisah lah lada kampung ke cili padi ke. (tumbuk)
  • 1 lada besar (tumbuk)
  • garam
  • gula
  • sos biasa
  • air panas
    Caranya, tumbuk lada diatas then campurkan dalam sos. Letak garam gula then campur kan dengan air panas. Kelikatan sos tu ikut suka korang. Kalau suka pekat letak sikit je air panas. Kalau tak lebihkan sikit air panas tu. Siap!

 p/s : tadi berbuka dengan ni dulu sebab mama lupa tekan suis nak masak nasi. Sadis.

ww 26- Baiknya TUHAN Kita

Assalammualaikum

   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi