Tuesday, May 31, 2011

Misteri Potret Mona Lisa

Assalammualaikum..

 Hai semua! Petang ni tiba2 je nak post pasal potret Mona Lisa hasil daripada karya Leonardo da Vinci. Tak tau kenapa. Rasa macam tertarik. Cantik! Tapi ada jugak yang mengatakan banyak sangat misteri disebalik potret Mona Lisa ni. Jom share 


   Cuba korang perhatikan lama2 potret ni. Kadang2 daku sendiri rasa macam misteri gilos haha. Seram jugak kan. Kat bawah ni daku share fakta pasal potret ni :

  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
   Daku dapat info dari sini. Kredit.

   Ada jugak yang kata gamba ni hasil daripada gabungan gamba Leonardo da Vinci. Katenya tu lukisan beliau dalam versi perempuan. Wah!

lebih kurang kan
  Potret ni pun katenya disimpan rapi sebab penah ada yang nak curik. Siap ada pelindung kalis peluru lagi. Pape pun cuma tertarik dengan misteri potret ni je. Huhu tata


rindu zaman PLKN

Assalammualaikum..

   Hai! Sebelum nak berehat ni nak post pasal kehidupan daku masa zaman PLKN dulu2 kale. Daku dulu dapat PLKN kat KLCC. Yaw KLCC mak oi. Opss bukan KLCC kat Kolumpo tu ni KLCC yang dalam ceruk hutan jugak lah kot. Kumpulan1 Siri 6. Kumpulan paling terbaik dalam siri tu lah bebeh. Teringat masa mula2 dapat tawaran PLKN tu mase tu kat sekolah. Sumpah rase gembira ade sedih pon ade ngaa.

   Balik2 umah tengok dengan tiket2 bas sekali dapat. Mase tu beselah macam2 spekulasi kot pasal PLKN ni. Dah tu naik plak bas kat Temerloh. Babai mama babai abah tak bolah lah naik bas. Sedih gaklah. Then sampai2 PLKN je terus kena amik fon & charger.Walaweh bapak tak bes nye. Siap amek tray selimut sume. Dah gaye banduan ok.

   Tetibe dapat plak dorm mate yang gempak2 yang bes gilos2 dol. Ha dari situlah daku kenal minah blogger ni anis adila ni. Mase tu daku tak suke die sebab nampak kerek macam daku gak haha. Tapi dah lame2 kitorang jadi rapat sesangat 6 beradik ni. Jangan tak tau kitorang kaki usha,kaki ngumpat,kaki gosip semua kaki lah. Ha jom usha Gamba.



mase kelas KN**muka daku yang macam nampak tak nampak je tu dol

   Semua modul bes tapi paling bosan wa cakap lu masa modul etnik kot. Gila la sumpit bosan gilos sampai tertido2 dengan adek. Naseb ade kawan weh. Mase tu kitowang tak nak berpisah kot sebab tak ngam ngan orang lain haha. Kelas CB memang macam tadika sejibik weh. Main buat2 peta minda bagai lah,buat itu buat ini lah. Siap ada name tag ag yaw.

adek beradek daku yang sangat sengal & gila 
zaman kegemilangan kompeni Delta yang menang kawad 
ok mase ni semua nampak gigi je hahahahahaha
   Bile tang modul fizikal paling2 bes sebab main aktiviti air bagai. Berkayak bersama lintah.Tapi kumpulan kitorang tak bes lar sebabnye tertangguh 1 minggu sebab banjir. Yaw kelas tangguh 1 minggu simpan lemak dalam resort siap dapat liputan tv lagi ngee. Paling macam harem duduk kat resort tu sampai kena gigit2 cikenit lahabau tu ceh!

sambutan maulidur rasul.Semua stok pinjam2 baju 
hero termacho sezaman yaw
lawa tak baju kilang kami. hari last kot

lepas menembak TERBAIK LAH
mamat cina yang oren tu kawan baik daku paling bes

   Pape pun bagi korang yang tak nak pegi tu daku nasihatkan pegilah. Best weh. Memang tak nyesal pun. Pegi untuk suka2. Haha.Penuhkah syarat je. Kang tak pasal2 kena penjara. Tapi peraturan tak payah cakap memang ketat gila penat gila. Bukan PLKN lah kalau tak macam askar kan. Ha yang paling penting muka hitam tu yaw. Mana mau cari der. Terbaik lah.

   Kenangan paling tak boleh lupa mase yang camping dalam hutan. Pusing hutan tak hengat tapi sudahnya camping sebelah kem je pon. Malam tu hengat komandan datang semangat yaw pakai tudung tapi yang datang sekumpulan binatang yang berekor pendek. B***. Datang dok menyondol naseb tak sondol kemah kami yang dah memang usang tu.

   Opss tibe2 rindu sangat2 kat kawan2 PLKN. Huwa..Reunion jom. Tak sampai 3 bulan duduk PLKN dah macam2 benda yang jadi kat daku. Jom daku share :


  • Sorang minah gelabah ayam serang2 daku kate daku nam merampas "abang angkat" beliau kononya. Siap sound2 bagai yaw. Terbaek itu perempuan. Nasib tak kena tampar je dengan daku kalau tak tangguh bai.
  • Kena jugak sound dengan penghuluwati a.k.a dormmate daku. Memang suka main sound2 kan
  • Kapten Hafiz yang hensem itu ajak dating pulak ai hahaha
  • Berehat dari latihan modul selama 1 minggu sebab banjir. Teruk gilos
  • Kena denda tukar baju yang leceh nak gilos pakainya dalam masa 5 minit & akibatnya bilik jadi sarang kambing
  • Cadar & selimut kena campak,kasut kena sepahkan sebab tak ikut cara yang betul susunannya. hangen gila
  • Hampir kantoi bawak 2 fon. Nyaris2 wok
  • Dipandang serong disebabkan mulut2 puaka yang busuk nak mampus itu


sayang korang bebeh
periuk kera 
nak jugak..timbalan penghulu
   Almaklumlah masa kat sane dulu laki2 nye banyak jenis. Ada yang macam itu ada yang macam ini. Tapi kan ada sorang JL tu kate kat kitorang " kumpulan 3 lagi senang nak handle dari kumpulan korang. Batch paling degil! " Yaw. Bes tu haha.

ni lah die set2 pekerja kilang yang suka buat gila
   Ok lah tu lebam bijik mate korang tengok gamba banyak2. Daku akhiri dengan gamba yang menimbulkan kontroversi 1 PLKN tu ha.

si penghulu 
p/s : tudung biru yang daku pakai tu dah jadi alas peti sejuk & kain buruk da ngee

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Assalammualaikum..

Ha biakan korang muak dengan daku yang tak habes2 post entry banyak2. Yelah nanti cuti lame gila dari berblog kan. Lebam bijik mate bace hihi. Weh jom join GA nisa kay.

Daku minat tengok cara beliau dress up.
Nampak cantik manis je weh. Tak terlalu over. Simple & menarik.

Sponsor beliau pun ramai beb :

sandra azwan
darkbatman
pink heart craft
ayunar
mas ahmad safwan
yuyu musa
myra amira
ciminny


Tarikh tutup 6 JUN

happy birthday Monster!

Assalammualaikum..

Happy birthday to u..
Happy birthday to u..
Happy birthday to anis gedik..
Happy birthday to u..

gambar masa zaman kanak2

Oh sila abaikan muka daku yang tak semenggah itu ahaks.
Beliau ni roomate & BFF daku masa kat sekolah dulu.
Mula2 kenal tengok memang anak emak yelah anak tunggal lah katekan. Haha

Btw dear anis farzana,

Anis,aku sayang kau sangat2..
Semoga panjang umur & murah rezeki..
May sukses be yours oke.
Semoga kite jadi kawan baik sampai bila2.
Kau memang monster aku yang terbaik lah!


kembali..bukan aku yang nak bertunang

Assalammualaikum..

   Hai! Woah agak lame kot tak update blog ni. Mak oi. Walamak ramai pulak pulak salah faham daku nak bertunang haha. Opss agak terkezut gak la kan kat wall fb tu ha ade pulak yang kate "eh fara ko nak bertunang?????". dan tak kurang ada juga blogger yang bertanya. Opss.Haiyo calon pon tarak lagi nak tunang macam mana hihi. Tu akak daku yang nak tunang isnin ni sekali dengan kenduri kawen bapak sedara daku. Jom la meriahkan suasana hihi.

   Wau! Tema warna purple warne peberet daku lak kan aww. Eksited terlebih daku ni padehal orang lain yang nak kawen & tunang ngee. O ok lah daku nak berjalan2 kat belog korang ni. Lame weh tak berblog walking. Tata!


p/s : Akan bercuti lagi dari berblog lagi buat 5 hari.  

Saturday, May 28, 2011

berehat seketika

Assalammualaikum..

   Hai semua! Opss sory lah yek sebab daku tak update blog untuk 2 3 hari ni sebab balik kampung lagi. He..Almaklumlah nak tunang ngee. Ok tidak disitu ye. Bz nak kemas2 umah untuk kenduri minggu depan. Jadinya hari sory tak update ape2 okeh. Sory jugak bagi yang tinggal jejak ke tinggal komen ke daku tak dapat nak balas terus. Nanti i reply ya sayang aww.

   Daku berehat dari berblog buat seketika. Tata korang. 

p/s : akak yang nak tunang daku pulak yang lebih2 haha.Sekali sekale

Friday, May 27, 2011

Giveaway Gelimat Gegurl Gosh

Assalammualaikum..

Dijemput oleh tuan punya belog faghah dafghi untuk join GA 1st beliau. Unik kan name die,kau ade? Oke tuan punya blog sangat cun oke hihi.Thanks dear.
Moh la kalau nak join sekali tekan header cun malatop kat bawah ni



1. blog beliau sangat simple & daku suka sebab ringan. Suci je kemas lagi. Dan yang paling bes beliau beliau sebab ada tips untuk mix & match aksesori lagi. Ada tutorial semua. Best. Dasat.

2. Tag kepada

- anis adila
-honey roses
-ummu alesya

3. Wah ada slogan yang berbunyi tettt :

Merujuk kamus dewan edisi 2018 , aku rasa maksud GELIMAT tu ialah 1 jenis perasaan geli yang sopan. Maksudnya disini geli yang berlesen lah kot. Menurut pirasat daku yang ada iras2 kamus dewan edisi 2018 bak kate cik tuan punya blog ni gelimat ni juga sejenis binatang kiut yang boleh dijadikan perhiasan.Apakah? Pendek kate daku tak tau ape daku merepek ni tapi kan unik weh perkataan GELIMAT ni.


geli + cermat = GELIMAT



mari hilangkan jerawat dalam masa 5 hari

Assalammualaikum..

   Hai semua! Ape kaba? Selamat pagi jumaat hee. Alamak lepas ni daku akan lama tak update blog sebab berada kat kampung. Daku nak bertunang eh silap akak daku nak bertunang pulak. Sekali majlis kawen bapak sedara daku. Meh jemput datang meh hihi. Lepas setel semua daku update banyak2 gambar ye.

  Ok lah nak share sikitlah 1 produk yang boleh kurangkan kesan jerawat sekali gus hilangkan terus. Daku nak share lah dengan korang sebab daku guna produk ni & berkesan! Tapi depends kat jenis kulit korang la. Tapi bagi jenis kulit yang sensitip tu tak payah lah guna kang tumbuh pulak jerawat batu size extra besar.Naye. 

    Mungkin dah ada orang terlenih dahulu try produk ni tapi daku share jelah. Ok lah. daku letak kat jerawat yang tersembul baek punya kat dahi tu ha sampai merah2. Pedih nye memang dasat wo. Tapi bile esok bangun tengok dah tak de. Kesan jerawat makin kurang & hilang. Percayelah. Try la weh. Tak mahal pon. 

p/s : akan merindui korang nanti wah!

Thursday, May 26, 2011

rindu zaman sekolah

Assalammualaikum..

  Hai! Tetibe rasa rindu pulak kat sekolah lame aiyak. Ok lah hari ni nak share lah dengan korang sikit2 pasal kehidupan daku masa zaman sekolah dulu. Lepas ni daku share pulak kehidupan zaman PLKN pulak ye. Sekali sekale share dengan korang. Siyes rindu tahap cipan lah haha. Jom lah. Ni lah die sedikit sebanyak gambar2 budak nakal kat MRSM GEMENCHEH. Almaklumlah 1st batch kan hee

   CAUTION! ENTRY NI PENUH GAMBAR.JOM CUCI MATA

**beloved classmate

tekalah mane daku haha
kanak2 rebina
ok abaikan wajah yang macam bontot kuali tu baru balik dari plkn terus amik result

hari bumi**daku eksited gila disitu

classamate & cikgu sejarah yang selalu bersabar dengan daku yang suka tido dalam kelas :)

beloved classamate a.k.a budak hingusan 

rindu mase ni..majlis penutup hari koko

BFF ever..sangat banget sih sama korang muah!

mock interview. kawan2 kelas lain

Korang penah dengar mock interview? Mock interview tu macam latihan untuk student untuk merasa interview dalam keadaan yang sebenar. Panel ada 3 speaking yaw. Tapi siyes bes sebab masa ni boleh melaram bagai pakai heel haha


great home roommate ever

erm rindunya lah kat zaman sekolah. Masa zaman sekolah dulu gatal nak cepat habis sekolah nak masuk U sekarang dah masuk U baru tau susah senangnye hidup kat U macam mana huhu. Thanks sudi baca entry penuh gambar ni muah!

p/s : geram sebab pendrive hilang. Habes gambar2 hilang haiya

copycat entry aku

Assalammualaikum..

   Hai semua! Korang ape kabar? Harap2 sehat ye hihi. Opss tengok tajuk entry pon dah tau kan. Tadi tengah syok2 tengok entry blogger2 tetibe ade plak 1 blog yang post entry sejibik sejibun macam daku cuma title die je yang lain. Tapi yang bestnye ada ayat tu memang kau copy habis2 lah kan. Yaw. Entry daku yang semalam yang jangan berjanji jika tak mampu tunaikan. Act daku tak kisah pun tak marah pun tapi kalau nak tiru tu ubah lah ayat kau. Ok sayang. Jangan la amik sebijik2 ayat daku tu terasa tau i haha. Pape pon thanks sebab berminat nak copy ayat & isi entry daku. Pemes jap aww. Lain kali silelah copy lagi ye **perli kasi kau terasa sikit lah hehe


p/s : sape makan tomato terase lah pedasnya

Wednesday, May 25, 2011

Jangan berjanji jika tak mampu tunaikan

Assalammualaikum..

   Hai! Hari ni daku post 1 entry je kot sebab nak pegi hospital lagi. Jadinya daku pendekkan cerita je lah ye. Jom proceed

   Ape yang korang paham dengan janji? Senang je nak berjanji itu ini kat orang kan. Masa berjanji memanglah tak pikir mampu ke nak tunaikan. Tak dinafikan daku sendiri pun pernah jugak berjanji dengan orang tapi janji yang daku buat mengikut kemampuan daku lah. Macam mana kalau janji yang dijanjikan tak dapat dipenuhi? 

   Bukan apa,pada pengalaman daku sendiri pun daku dah muak dengan janji2 yang manusia sekeliling daku janjikan. Muak tahap dewa dol. Daku tak kate daku bagus sangat nak cakap macam tu tapi bila dah berjuta kali janji tapi nak tunaikan HAMPEH. Bagi daku,lebih baik tak yah berjanji kalau tak mampu untuk memenuhi janji itu. 

   Biasanya janji ni banyak dalam relationship,betul tak? Masa zaman daku cintan cintun dulu pon janji bersepah2 tak yah cakap lah. Antara janjinya, sila jangan terasa :

  • Sy janji akan jaga awak sampai bile2
  • Abg janji kita akan bersama sampai mati 
  • Sy janji tak kan cari lain dah
  • Abg janji akan setia
     Berikut adalah antara janji2 manis seekor BUAYA yang duduk kat darat. Daku ada buat entry dulu yang muka hensem ni tak semua boleh percaya kan. Bak kata seorang blogger "makin hensem makin buaya". Bes yaw ayat tu haha. Tapi terpulanglah pada individu.

    Manusia memang hebat bermain dengan kata2. Janji tinggi melangit kata2 lebat bagai. Oleh itu sebelum nak berjanji pikirkan lah dulu ape janji yang nak dibuat itu. Jangan berjanji jika tak mampu tunaikan. Tata

p/s : frust dengan kau. Janji kosong wek! :)

Tuesday, May 24, 2011

Sambal Belacan Kaw Punye

Assalammualaikum..

   Hai! Ape kaba? Harap sihat lah hendaknya. Kat sini daku nak share dengan korang resepi sambal belacan yang memang kaw2 punye sedap hihi. Resepi ni daku belajar dari mak daku. Kalau makan tak de sambal belacan ni memang tak complete la. Jom


sory ler dah habis separuh baru nak amik gamba hihi
Bahan2 :

  • segenggam cili kecik @ cili padi ke kampung ke**bergantung pada tahap kepedasan yang korang nak
  • cili besar ( 1 je cukup )
  • secubit belacan
  • garam 
  • gula 
  • air asam jawa
Then korang tumbukkan semua bahan2 kat atas sampai lumat. Konpem sedap!

Monday, May 23, 2011

Inner 2 tone

Assalammualaikum.

   Hai semua! Kat sini ada 4 helai inner 2 tone yang available. Kalau sape berminat bagitau lah ye :)

kain : jersey
sangat senang untuk dibuat muncung

RM 14 (include postage)


1. sky blue - light pink
2. mustard - dark brown


3. turqoise - pink ( SOLD)
4. black - white

inform kalau nak :)
bagi 

: nama
: alamat
: emel
: no fon
: maybank @ cimb

Tag dari MRS VIP

Assalammualaikum..

Kena pulak tag dengan teman sekentut ku anis adila. Weh agak lame tak main tag mengetag ni kan.

5 tarikh penting

  • 3 Jun - bufday mama 
  • 12 Julai - bufday abah
  • 21 September - bufday kanak2 rebina ni (daku la)
  • 21 Oktober 2010 - daku kena tinggal bas dari matrik nak balik pahang**sampai bile2 ingat!
  • Disember 2010 - masok PLKN KLCC yang bes gilos. Tu yang jumpa anis gedik ni haha

5 perkara dibuat semalam

  • balik dari kampung
  • makan snow ice perisa peanut yang sedap!
  • tido dalam kete tak hengat dunia
  • bagi makan kura2
  • bergayut dengan "bantak busuk"

 5 perkara yang buat korang happy

  • dapat dean list! **oh memang nak sangat2
  • jumpa dengan kawan2 lama. Reunion besar besaran kasi gegar
  • dikurniakan insan yang menyayangi daku seikhlasnya oh!!
  • makan
  • borong shawl banyak2. hilang tension

5 sebab jawab soalan

  • anis tag
  • bosan 
  • tak de keje nak buat
  • hobi
  • suka jawan2 soklan

5 blogger yang ditag

  • honeybunny
  • shafmechy
  • eqa
  •  taufiq
  • abu

 
 

 

 

 

Kekasih lama datang kembali..ape perlu buat?

Assalammualaikum..

   Hai semua! Haiyo bosan lah petang2 ni update entry lah pulak. Ok tak nak cite panjang2 jom terus proceed.Korang tengah pening kekasih lama datang semula? Sama ada sebagai kekasih orang lain @ single lagi menagih kasih lama. Jom sini daku share tips sikit.

  • Jangan terus terima
Jangan lah terus terima direct macam tu je. Kalau in case kekasih korang tu yang dump korang pikirlah banyak kali sebab kang takut sakit hati kali ke 2. Mau gilo jadinye. So take time untuk pikir ok.

  • Berkawanlah dulu
Ini lebih baik kan.Buat macam mula2 kenal dulu. Jangan terus menerima sebagai kekasih.

  • Minta petunjuk dari Allah s.w.t
Kalau dah tak tahu sangat nak buat ape tu ini jalan yang terbaik. Berdoa & mintak petunjuk dari Allah s.w.t supaya memudahkan urusan kita dalam memilih. Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau bercinta bagai nak rak tapi kalau bukan jodoh kenalah terima jugak.

  • Tanya pada hati
Opss! Kadang2 kata hati adalah betul. Tanya lah hati. Kalau bekas kekasih kamu itu adalah yang terbaik kamu rasakan just go on je tapi jangan sampai pisang berbuah 2 kali sudah.

  • Buat tak tau je
Oh! Ni cara kejam sikitlah. Cara daku. Tapi terpulanglah. Kalau dulu si bekas kekasih pernah sakitkan hati kamu buat tak tahu jek even si sia merayu2 nak kan kamu semula. Tak mustahil si dia akan melakukan hal yang sama lagi kan. Tapi tak semua macam tu.

  • Beri peluang ke 2
Yang ni cara yang agak baik lah. Beri dia peluang ke 2 untuk baiki diri sendiri. Opss tapi jangan silap buat keputusan ye. Kalau si dia buat hal lagi baling je kasut kat muka tu huhu.

    Ok lah itulah sedikit sebanyak tips yang dapat daku share. Berdasarkan pengalaman &hasil bacaan sikit2. Harap2 dapatlah membantu for those yang tengah konpius tu sebab pakwe @ makwe lame datang kembali. Apa pun buat keputusan yang betul untuk diri anda sendiri.

 

 

 

CERITA KREATIF AKU BERSAMA BEN ASHAARI



Kalau lah aku dapat jumpe kau balik nadh..mane lah kau hilang lebih 10 tahun ni

Alkisah di suatu hari di stesen ERL..


cik najihah sedang leka membaca novel "BICARA HATI" sambil menunggu tren datang tanpa mengendahkan keadaan sekeliling. 

Tut tut..sms

"fara,aku tunggu kat TS kat Chicken rice shop oke"

cik najihah hanya tersenyum selepas membaca mesej dari anis adila kawan sekentut nya itu. Opss tren dah sampai. 

Di TS..

Sambil menyanyi menuju ke chicken rice shop berjumpa anis adila yang katenya nak kenalkan daku dengan seseorang yang katenye kawan die jugak. Opss bila dah sampai kedai nasi ayam daku pun dengan tersipu2 malu duduk lah kan. "bole tahan jugak mamat ni".

"hai,fara"
"hai,nadh"
"farah najihah ahmad azmi??"
"ye sy kenapa?"
"ko tak kenal aku?"
" ??"

anis adila hanya terkebil2 ape kes korang ni. Ya Allah,rupa2 nya budak comot yang aku cari selama 10 tahun ada kat depan mata daku tadi! Itu nadh yang daku cari selama ni teman sepermainan ku kala dulu.

"kak cikin, saye dah jumpa nadh kawan yang saya cari selama ni"
"yeke najihah? Alhamdulillah"
"Tapi kan kak dia dah berpunya :("

Di petang yang indah kat tasik kafe UPM 

" fara,kenalkan gf aku izyan masri"
"oh,hai fara"
"eh macam kenal je najihah ni,tuan punye belog yang comel tu kan"
" hahahaha..ye saye tak sangka kita jumpa.Opss jadi awek nadh lagi tu hihi"

**********************************
" beb,camne ko bole cam aku?"
"fara,parut kat dahi ko tu aku kenal sangat dari kecik oke"
"oh ingat lagi kau ye.Ape macam life ko skang. Awek mane?"
"dia ada je"
"oh dah berpunya..."
hampa...

*************************************
Daku sendri keliru dengan apa yang sudah ditakdirkan. Kenapa lah dunia ni kecik sangat. Izyan Masri tu daku kenal lah jugak blogger cun. Oh nadh,kenape mesti aku jumpe ko mase ni alahai sadis! Sementara tu kak cikin sentiasa nasihatkan daku supaya kuatkan semangat & biarkan je takdir yang tentukan. Love u kak cikin. Macam biasa rutin harian naik tren aje. 

Dalam tren bersama taufiq :

" Ala kumbang bersepah haha"
"diamlah kau"
"fara,papepun keep on blogging"
"????"

Sepanjang daku dalam tren ni daku memikirkan hal ini. Daku bersyukur kerana Allah telah menemukan daku dengan sahabatku sewaktu kecik,nadh yang kini sedang bahagia dengan izyan masri. Namun,daku sangat bersyukur mempunyai seorang kakak bernama kak cikin & sahabat gila2,taufiq. Daku juga bahagia bersama mereka yang menyayangi daku. Terus termenung didalam tren sehingga sampai ke destinasi.

sekian...

p/s : perhatian,kisah kat atas ni rekaan je semata2. Daku main petik je nama blogger2 yang daku kenal hihi. Pape pun thanks sudi baca kisah yang sengal ni haha. 

First Giveaway Ame Dan Aneff

Assalammualaikum..
Opss ditag oleh bunyi kotak kosong untuk join GA ni. Thanks ya 


Opss dah tutup ke?
Baru je dapat tag tadi tak kirelah nak join juge.

Blog ame :

Nothing much blog kamu simple & menarik. Daku suka sebab template pun simple mimple je tak sarat sangat & yang paling penting blog kamu sangat ringan oke. Bes je nak loading hihi

Blog Aneff :

Wah header kamu comel gilos. Cuma kalau boleh warna font tu kaler hitam lagi ok kot. Seragamkan. Semuanya ok je ringan simple bes!

Ok lah memandangkan GA ni dah tutup daku tak tag sape2 pun sebab takut tak dapat join pulak.
Sory kalau terover kritik ke ape blog daku pon usang je hihi


SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Assalammualaikum..


Jom join sini!



nak join jom klik header atas.

Tutup jam 2 petang!

Tips handle diri bila kena kutuk

Assalammualaikum..

   Hai semua! Selamat pagi. Opss awal je daku update hari ni kan hikhik. Hari ni daku cuma nak post pasal tips kat atas tu. Dah lame kot tak share tips dengan korang. Ok pernah tak korang kena kutuk? Of kos penah kan takkisahlah secara face to face ke senyap2 ke. Tapi yang paling perit bila kena kutuk kaw2 lagi2 bab benda yang kita sendiri tak buat kan huhu. Jom

Kawal diri & emosi
 Itu penting. Kalau tak kawal diri & emosi mau perang mulut jadi weh kang haru jadinya. Kalau dapat kawal 2 kira ok lah sebab emosi mempengaruhi apa yang kita buat.

Bersabar
Yaw ini tersangatlah penting. Janganlah ikut perasaan marah tu sangat. Sape tak marah kena kutuk kan. Cool sudah.

Rasional kan pemikiran
Waw yang ni tak leh blah kan hihi. Opss act pemikiran rasional memainkan peranan jugak dalam menangani situasi kena kutuk ni. Jangan nak bertindak melulu je.

Senyum..
Yang ni daku selalu buat bila kena kutuk. Bila korang jumpa orang yang mengutuk korang tu korang senyum sampai habis2 senyum punya konpem orang tu akan sakit hati. Terbukti berkesan sebab daku pernah buat.

Baiki kelemahan diri
Tak semua yang dikutuk kan itu salah. Ada juga benar kutukan tu & mungkin dari situ kita boleh tau kelemahan diri kita. Bila dah tau baiki lah diri sendiri supaya lebih baik oke.

Jangan cepat melatah
Janganlah lepas kena kutuk terus nak serang. Tak baik macam tu. Jangan cepat melenting & pikir kan dulu apa motifnya.

   Itu lah sedikit sebanyak tips yang daku share untuk korang. Bukan apa,biasalah lumrah dunia tak semua orang suka kita. Kadang2 orang terdekat & terapat dengan kita pun bole buat khianat. Jadinya take it easy je oke bebeh.
 
Bersedialah menerima kritikan & kutukan kerana kadang2 apa yang dikatakan ada benarnya 
 

Sunday, May 22, 2011

baru cakap sikit dah melenting..aduhai

Assalammualaikum..

   Hai! Kembali lagi tapi kali ni entry pendek jelah. Kang cakap lebih2 ade pulak yang melenting. 

   Baru tadi post entry pasal ni dah ade mamat melenting kat fb. Hadoi susahla kan kalau macam ni baru kate sikit dah nak melenting tak tentu pasal. Dah tu kau hidup macam mane de? Bukan nya daku mengutuk kaum adam pun kat situ cuma just opinion saje. Itu pun kau dah gelabah ayam marah2 aku haila. Lantak kau lah der.

   " tak payah nak jadikan alasan tak reti masak la der"

   Ok lah der. Fine. Hak kau nak berkate2. Terima kasih. Tapi sepanjang aku berfb ni dari sebelum cuti sem aku tengok wall fb kau penuh dengan caci maki kau kat perempuan je der. Ade aku marah? Ade aku komen? Ade aku kondem kaum kau? Tak de der. Aku tengok aku bace je der. Aku kutuk dalam hati je. 

   Kondem lah sepuas-puasnya sampai di satu tahap anda sudah muak dengan semua kata2 anda yang kononnya mengatakan anda terlalu baik untuk mengata kaum hawa. Teruskan!

Cakap hati2 jangan sampai memakan diri takut nanti menyesal tak sudah dek kerana kata2. 

perempuan mesti pandai masak habis lelaki??

Assalammualaikum..

   Hai semua! Weh rindu gilos kat korang 3 hari tak update blog tak on9 huhu. Banyak gilos entry korang ek. Opss ape kaba semua? Harap2 sihat. Ommo! Semalam dikejutkan dengan 1 berita tanah runtuh yang meragut nyawa anak2 yatim. Sadis betol jadinye moral of the story tak payah la nak bina rumah kat tepian bukit. Kang naye tapi dah benda nak kadi kan. Al fatihah untuk mereka.

   Ok entry kali ni nak citer pasal perempuan & lelaki. Korang mesti perasan kan mostly lelaki mesti akan cakap syarat perempuan yang nak jadi bini die mesti lah pandai memasak. Ok fine. Tapi kan bagi daku kat sini daku nak bagi komen & pandangan sikitlah ye. Hopefully tak de menimbulkan sakit hati ataupun kontroversi mana2 pihak oke. Just for opinion. Maaf andai tersilap kata

   Ok konpem2 lah laki mesti nak awek die a.k.a bakal bini die yang :

  • pandai masak
  • solehah
  • sopan santun
  • macam2 lagi
   Tapi yang selalu jadi masalah bab memask ni. Em daku rasa tak sepatutnya nak salahkan perempuan yang tak pandai masak. Ehem daku pun tak pandai masak sangat pon. Tapi bolehla kalau nak try2 tu. Ada certain2 mamat tu asyik nak cari salah perempuan je. Kesian wok kat minah tu. Bagi lah masa sikit untuk belajar memasak. Tak semua perempuan ada bakat memasak yang bes2 di usia awal.

   Yang lelaki. Daku bukan nak kata apa lah. Sory kalau korang terasa. Tapi kan kalau nak dikatekan korang mostly pandai jadi imam? Dah betul2 ada sedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Korang si lelaki jangan la asyik sangat sibuk cari salah perempuan kate "minah tu tak pandai masaklah","minah ni tak bes la ape lah". Awok. Tak semua perempuan yang awak nak itu betul2 ada.

   Hem daku agak terasa @ panas sikitlah bila ada jugak member2 laki daku dok berapi sembang lebat kate "aku nak perempuan yang pandai masak" & tak kurang jugak ada yang sound daku kata " ah kau tak reti masak anak dara jenis apa" . Yaw! Daku dengan ringan mulut membalas " ah kau sedap kate aku kau tu dah pandai nak jadi imam ke? Kau baik sangat?". Hal macam ni rasanya tak patut timbul kot.

   Terpulang pada korang nak marah ke ape ke dengan entry daku ni.Daku cuma menyatakan ketidakpuasan hati je. Tak adil kot kalau asyik nak salahkan perempuan yang tak reti masak je. Daku bukan lah baik mana pun nak tegur2 pandai jadi imam ke ape. Mostly ramai lelaki kat luar sana pandai jadi imam tapi imam yang dapat dinilai dari setiap patah bacaanya dalam solat? Mungkin boleh dibilang. Wallahua'alm.Jadi,sebelum nak mengata tengok diri sendiri dulu. Peace.

Kata2 itu lebih tajam dari mata pisau

p/s : sekarang ni laki ke perempuan ke lebih kurang je hebatnya. 

Friday, May 20, 2011

jom kemaskan fb anda!

Assalammualaikum..

   Jom kemaskan fb korang maca fb daku ni ha 

kelik bagi besar okeh
kalau nak buat jugak jom terjah blog muez angelo..
Sedap sikit bijik mate ni nak on9 fb kalau tak serabut je dengan iklan tah ape2. 
 
Selamat mencuba!

cerita adaptasi dari novel best ke??

Assalammualaikum..

   Hai semua! Maaf hari ni lewat sikit update blog. Ommo! Berok band sudah mahu buat hal. Yaw! Lu bikin gua panas lah de. Nak duit lebih jek service hampeh. Opss tak nak marah2 tak bes kan. Btw tadi tengah2 baca entry kengkawan ada lah terbaca berita pemergian seorang blogger yang lebih dikenali oleh "Telordibasuh" . Even daku tak kenal & baru 1st time pegi blog beliau tadi daku nak ucapkan takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman Amin.

   Ok sekarang jom layan entry daku yang pasal cerita @ drama2 yang diadaptasikan daripada novel. Almaklumlah daku ni memang peminat no 1 novel memang kira hantu novel. Tetibe teringat masa zaman PMR dulu novel 1 beg nak balik kampung habiskan baca. Bersusun tepi katil memang haru. Siyes dapat novel tak makan pon tak pe ngeh2.

   Kebanyakan drama2 @ cerita2 sekarang ni diadaptasi dari novel kan antaranya nanti daku reveal kat bawah. Tapi bagi korang mane best? Novel sendiri ke @ drama tu. Bagi daku lah kan,daku lebih suka cerita asal dari novel sebab dari novel pure. Bila daku baca novel daku memang automatik membayangkan diri daku dalam watak novel tu**oke berangan lagi2 kalau hero novel tu hensem haha! Jom usha antara drama2 @ cerita yang diadaptasi dari novel :

  • TRILOGI CINTA

 Citer ni diadaptasikan dari 3 buah novel yang mana semua superb2. TAK SEINDAH MIMPI, TAK    SEMANIS IMPIAN & TIADA LAGI MIMPI. Dah pun baca semua novel ni. Memang tip top bebeh sampai nangis daku. Bes 2 weh karya Sharifah Abu 
Salem. Feveret author daku. Btw cite ni pasal adik nak rebut abang ipar.



  • KAU LAKSANA BULAN
Mengisahkan pasal seorang penulis novel yang dikejar oleh 3 orang jejaka. Wah! Kau mampu? Die tak sedar yang watak yang die tulis dalam novel tu "Firas" rupa-rupanya betul2 wujud  bes2.  Opss novelis feveret daku jugak Aina Emir. Ade 1 novel yang beliau tulis "SESUCI CINTA" yang beliau punya real experience die ceritakan. Awesome bebeh.



  • DARI MATA ARISA

Cite ni lawak gilos. Tapi beslah sebab memang sejibun dengan karakter dalam novel " KAU SAYANGKU". Btw bole plak main petik2 je nama tunang kan tapi muncul betul2 ki3.Si kembar Ayana & Arisa.




  • NORA ELENA

Cite ni daku tak tengok pun.Novel pun tak baca lagi. Tapi mostly kata bes. Jom la tengok cite ni kat Tv3. Adaptasi dari novel "KASIH YANG SUCI"



  • TANGISAN BULAN MADU


Cite ni daku tengok menangis jugak ngee. Bese lah queen of tears. Muka yang sama tapi karakter yang berbeza.



  • LAGENDA BUDAK SETAN


Feh filem ni pecah panggung wok. Superb lah. Bes sampai tak cukup tisu. Kisah Ayu & Kasyah yang bersama sampai akhir hayat.



  • OMBAK RINDU

Opss cite ni katenye mengundang kontroversi ek. Tapi ape2 pun novel nye terbaek lah. Memang bes sebab si Izzah kena kaw2 punya dengan bapak tiri dia. Datang pulak si Hariz ni jadi hero aww. Novel die ade 2 sambungannya kalau tak silap.



   Ok lah setakat ni tu je citer2 @ drama @ filem yang daku tau yang diadaptasikan dari novel. Ape2 pun daku lebih prefer novel lah dari cerita hihi. Btw minat baca novel sebab penangan baca novel 1st zaman form 1 dulu karya Ahadiat Akasyah " PILOT CAFE". Bes! Memang ingat sampai bila2 novel ni. Korang2 yang hantu novel ni kalau tak baca lagi novel2 kat atas ni pegi beli memang tak rugi langsung.


p/s : Opss daku bercuti dari berblog dari esok sampai ahad ni sebab balik kampung. Tata!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Busuk Yang Wangi